Assalamualaikum w.b.t

Ni nak share pengalaman sendiri lepas bersalin baru ni. Teruja pulak rasanya. Dulu-dulu kalau lepas bersalin mesti rambut gugur teruk macam pesakit leukimia.Huhu..

Kalau sikat rambut, bersepah-sepah kat lantai. Yang lekat pada sikat lagi la kan. Kalau mandi pun sama, rambut dah macam bulu penyapu je kat lantai. Memang banyak sangat gugur sampai nipis rambut kat kepala. Sampai adik pun tegur tau. Sedih betul. Kakak pulak cakap, biasalah dah beranak, dah berumur. Hello!! Ai muda lagi tau!

Taknak rambut gugur teruk sampai nampak macam orang tua! Taknak! Taknak!

Korang tau tak sebab apa rambut gugur dengan banyaknya lepas bersalin? Meh nak citer.

Apabila kita bersalin, hormon kita mula berubah untuk disesuaikan dengan proses fisiologi dan biologi dalam badan. Masa ini juga, simpanan protein dan vitamin dalam badan di ambil oleh bayi comel kita untuk membesar. Sebenarnya bayi guna vitamin kita sejak dari dia dalam kandungan lagi. Bila dah bersalin, vitamin tu diambil pula melalui susu ibu.

Apabila vitamin yang bayi perlukan tidak mencukupi, tubuh mula mengambil nutrisi daripada rambut, tulang dan bahagian lain tubuh ibu untuk disalurkan kepada bayi. Jadi, mana-mana bahagian yang korang rasa bermasalah lepas bersalin, di situlah kawasan vitamin di 'curi', dan itulah tanda ibu mengalami kekurangan nutrisi tertentu.

Contoh lain, selain keguguran rambut, biasanya ibu akan mengadu mata makin kabur atau jadi semakin pelupa. Betul kan? kan? kan? Selalu kita tafsirkannya sebagai 'urat putuih' bak kata orang Kedah. Sebenaqnya bukan urat putuih tapi ibu mengalami 'keputusan' nutrisi.

Disinilah betapa pentingnya vitamin mencukupi baik semasa mengandung apa lagi sesudah bersalin. Masa ni lah nak 'pasang body' semula kan? Ehem ehem.

Jadi, dengan nutrisi yang betul, insyaAllah masalah diatas akan berkurangan atau mungkin tak dirasai langsung! Bab rambut gugur ni tadi, korang nak tahu tak apa yang saya amalkan???

Tak lain tak bukan ESP Shaklee! Sumber protein paling tulen yang rendah lemak. Saya suka ambil ESP sebab:

1. Rambut tak gugur. Anak rambut tumbuh makin banyak pulak. Mula duk fikir bila boleh potong rambut ni.

2. Bertenaga. Takde rasa penat ke letih. Ada makcik tegur, dah habis hari ke padahal masa tu baru 8 hari bersalin!

3. Kulit-kulit mati berganti baru. Yang keras, kasar-kasar jadi makin lembut.

4. Susu badan meriah sangat. Alhamdulillah. Lambat sikit menyusukan baby, cik B dah rasa sakit dan keras. Maksudnya susu akan penuh sentiasa. Saya sedih bila ada ibu yang baru sebulan dah kata susu takde. Sian baby. Kita ni sampai basah2 baju susu duk meleleh keluar.

5. Parut-parut menggaru sebab alergik masa mengandung dulu kian pudar.

Ini baru luaran. Yang dalaman ni insyaAllah makin sihat dan kuat sebab saya dah bagi sel saya makan makanannya yang betul!! Bukan lagi makanan merapu tak ketahuan gitu.

Semoga pengalaman sy yang sikit ni boleh membantu ibu-ibu untuk kekal sihat dan cantik sebaik saja bergelar seorang mama.

Nak jugak ESP, tak mau rambut gugur macam orang tua (huhu), boleh hubungi saya:

Suhaila (868994)
SMS:013-2369434
Wasap:012-9645614
Fb: Su AnNajah
Emel: butik.annajah@gmail.com

Ada banyak cara menikmati Collagen Powder Shaklee. Terpulang pada selera tekak masing-masing asalkan tidak overdose ye. Nanti terlebih berkesan pula. hihi..

Sebelum tu nak bagitau, kenapa saya ambil Collagen masa berpantang ni? Antara sebabnya ialah, untuk membantu semula pemulihan tisu-tisu tubuh yang dah kendur semasa mengandung dulu. Kolagen kan tisu penghubung dalam hampir semua bahagian tubuh kita. Ia tersebar dari kulit hingga tulang. Penting tau kolagen ni!

Pengambilan waktu ni lebih efektif memandangkan tubuh kita pun sedang dalam proses pemulihan. Jadi alang-alang kita supportlah ia dengan memberi nutrisi yang betul. Lagipun ia langsung tak mengganggu penyusuan malah lagi menggalakkannya adalah.

Ada yang kata, ibu menyusu tak boleh ambil kolagen. Sape kata?? Cuma Collagen Shaklee ni tidak diuji keatas ibu menyusu. Semua atas risiko sendiri. Alhamdulillah kebanyakkan ibu menyusu yang minum semua memberi respons positif. Termasuklah saya. InsyaAllah takde kesan buruk. Saya yakin itu.

So, bagaimana cara saya menikmati Collagen Powder Shaklee?

Saya perlukan:
-Shaker
-Collagen Powder 1 sachet
-ESP Shaklee 2 /3 sudu
-sedikit Sunquick
-Air suam (sebab berpantang tak boleh minum ais)

Caranya:
Campurkan kesemuanya sekali dan shake! shake! shake! Kemudian minum..

Rasanya memang lazat dan sedap!

Anda boleh variasikan cara minum Collagen Shaklee ni. Jom kongsi resepi kegemaran anda!

Nak beli Collagen Shaklee?? Hubungi saya bila-bila masa:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah

Kolostrum ialah makanan pertama bayi sebaik sahaja ia dilahirkan. Ia merupakan zat penting yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu beberapa minggu sebelum kelahiran bayi.

Setelah bayi lahir, kolostrum sedia untuk diberi kepada bayi sekitar tempoh 48 hingga 72 jam. Selepas itu, kolostrum akan berubah perlahan-lahan menjadi susu matang.

Kolostrum bukan susu basi!!

Jom tengok apa manfaat kolostrum kepada bayi anda.

1. Makanan terbaik untuk sistem penghadaman bayi yang belum sempurna. Lagipun, saiz perut yang kecil membolehkan ia mendapat hanya sejumlah kecil makanan sahaja.

2. Kolostrum sarat dengan protein, laktosa, sel darah putih, vitamin A, sedikit vitamin E, rendah karbohidrat, lemak dan potasium.

3. Kolostrum memberi kesan laksatif bagi membantu bayi mengeluarkan mekonium iaitu najis yang dihasilkannya sepanjang berada dalam kandungan.

4. Kolostrum sangat berguna mengurangkan lebihan bilirubin yang boleh menyebabkan bayi mengalami jaundis.

5. Kolostrum mengandungi antibodi yang dikenali sebagai immunoglobulin di mana sel hidup seperti lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines, dan lain-lain terdapat di dalamnya.

6. Kolostrum mengandungi faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan perkembangan anak dari bayi hingga dewasa.

Jadi, untuk ibu yang bakal melahirkan tak lama lagi, berniat dan berazamlah dari awal untuk menyusukan bayi anda. Berikan mereka kolostrum iaitu imunisasi pertama bayi yang akan membantu tubuh bayi melawan jangkitan.

Laktasi: Apa Itu Kolostrum

by on Oktober 23, 2014
Kolostrum ialah makanan pertama bayi sebaik sahaja ia dilahirkan. Ia merupakan zat penting yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu beberapa m...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni MS nak share beberapa testimoni Carotomax oleh pelanggan MS dan juga oleh pengguna2 yang lain.

Nyata, mereka semua puas hati. Yang penting kena konsisten makan, minum air kosong secukupnya dan jaga pemakanan. InsyaAllah masalah mata anda akan berkurang.

Cumanya, kalau masalah mata anda agak teruk, pemulihan mungkin mengambil sedikit masa. Bergantung kepada mata masing-masing. Apapun, pengambilan Carotomax bukanlah bertujuan untuk menggantikan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang anda sedang jalani, ia lebih kepada memperbaiki tahap kesihatan mata melalui nutrisi penting dan semulajadi yang kemungkinan berkurangan/ tidak ada dalam pemakanan seharian kita.

Lagi best untuk anda tahu, Carotomax Shaklee ialah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, malah mampu mencantikkan kulit juga!

Ok, tak mau cakap panjang. Baca testimoni di bawah, dan dapatkan Carotomax anda dengan menghubungi saya:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
Fb: Su AnNajah

Siapa yang suka di paksa-paksa? Kan? Takde orang yang suka di paksa-paksa.

Sebab tu saya amat 'menyampah' buat bisnes Shaklee.

Sebab tu sejak saya daftar jadi ahli pada 2012 sampai sekarang pun saya masih lagi jual Shaklee. Lama siut!

Tapi memang saya 'fed-up' bila kena paksa-paksa!

Sebagai ahli Shaklee yang dah lama, saya nak dedahkan aktiviti yang menggunakan 'paksaan' dalam bisnes ni!

1. Saya TERPAKSA jumpa ramai orang yang tak dikenali. Yang peliknya saya tak cari diorang, diorang yang cari saya.

2. Saya TERPAKSA belajar tentang penyakit, nutrisi, suplemen, belajar marketing, belajar blog, belajar consult orang, belajar bagaimana nak handle emosi diri sendiri dan orang lain.

3. Saya TERPAKSA pergi kedai buku tiap-tiap bulan, habis duit sebab beli buku, sebab terpaksa baca buku!

4. Saya TERPAKSA jadi sosial di laman sosial iaitu satu benda yang saya sangat malu nak buat.

5. Saya TERPAKSA tambah kawan dan berkawan dengan entah siapa-siapa. Peliknya sekarang hari-hari saya berkomunikasi dengan mereka dengan begitu erat sekali. Sangat menjengkelkan!

6. Saya TERPAKSA berzikir, beristighfar, berselawat, mengaji, ber Al-Ma'thurat, berDhuha malah ber-Tahajud dimana saya tak pernah buat dan terfikir nak buat pun!

7. Saya TERPAKSA jadi manusia yang ada impian, bermatlamat, ada perancangan hidup, dan di paksa untuk terus berusaha mencapainya.

8. Saya TERPAKSA jadi orang yang penuh semangat, tak putus asa, berfikiran positif dan terpaksa fokus dalam hidup. Sesungguhnya ini bukan saya!

Di harap dengan pendedahan berani ini, anda yang tak suka dipaksa tak perlu jadi ahli Shaklee lagi.

Nak tahu pendedahan berani yang lain, hubungi saya;

SUHAILA (868994)
SMS/Call: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Facebook: Su AnNajah

Assalamualaikum w.b.t

Oleh kerana permintaan hangat Shaklee yang tak putus-putus dari seluruh pelusuk dunia, apa lagi Malaysia kan, maka inginlah saya menyeru di sini, bahawa anda yang berada di sekitar Kuantan boleh mendapat produk Shaklee tanpa kos pos melalui saya.

Saya mempunyai kepakaran dalam memberi servis pantas, konsultasi eksklusif percuma sepanjang masa dan mempunyai pengetahuan luas mengenai suplemen, vitamin dan nutrisi insyaAllah.

Saya amat gembira dapat membantu anda yang ingin meningkatkan tahap kesihatan, memulihkan penyakit dan mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

Shaklee adalah syarikat nutrisi berasaskan sumber semulajadi dan melalui proses pengilangan yg semulajadi serta amat ketat sesuailah sebagai syarikat yg bertapak kukuh di dunia melebihi 100 tahun.

Kepada anda penduduk Kuantan yang ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh menghubungi saya melalui:

WhatsApp: 012-9645614
SMS/ Call: 013-2369434

Saya, SUHAILA BUDIN, pengedar sah Shaklee anda!

Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang

by on Oktober 20, 2014
Assalamualaikum w.b.t Oleh kerana permintaan hangat Shaklee yang tak putus-putus dari seluruh pelusuk dunia, apa lagi Malaysia kan, maka in...

Banyak andaian buruk mengenai soya.

Soya penyebab kanser payudara.
Soya penyebab kemandulan.
Soya penyebab cyst.
Soya penyebab kanser ovari dan prostat.
Soya penyebab kulit rosak.
Soya penyebab alahan.
Soya! soya! soya!

Tapi bila minta bukti??? Kriik krik. TIADA BUKTI.

Benarkah soya begitu buruk?

(Hati-hati dengan tuduhan tak berasas anda. Bukan apa, takut terjerumus ke dalam golongan 'kufur nikmat')

Pendapat saya yang dangkal, dan tak begitu bijak ini mengatakan bahawa semua yang Allah cipta di dunia ini baik-baik belaka. Ada fungsi dan tugas masing-masing. Sebagai pelengkap kepada kekurangan. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia apalagi kepada orang yang berakal.

Namun, buruknya sesuatu itu bukanlah sebab Allah menjadikannya buruk, tetapi ia buruk sebab tangan-tangan manusia itu sendiri.

Contohnya dalam hal soya ini, para saintis barat melalui kejuruteraan genetik telah mencipta kaedah untuk mempercepatkan pertumbuhannya. Dengan itu mereka menyuntik hormon pertumbuhan. Produk baru ini di panggil GMO (genetically modified organisme) atau dalam bahasa Melayunya, organisma terubahsuai genetik.

Soya jenis inilah yang banyak sekali digunakan dalam kehidupan harian kita. Dan jangan terkejut sebenarnya bukan soya saja, malah jagung, beras, gandum dan kebanyakan makanan import  (berasaskan tumbuhan) adalah produk GMO.

Alternatifnya? Carilah produk makanan semulajadi yang tidak menggunakan organisme genetik. Anda boleh fikir sendiri keburukannya. Sebenarnya, dari satu sudut, kita tak dapat lari daripada memakan produk GMO. Ini kerana ia sememangnya dicipta untuk menampung keperluan makanan populasi dunia yang kian bertambah dari hari ke hari.

Jadi, benarkah soya begitu buruk? Bagaimana dengan penyakit yang muncul selepas mengambilnya?

Soalan saya kepada anda:
1. Sejak bila anda mula minum soya?

2. Adakah soya menjadi minuman harian anda? Tak dapat tidak, mesti kena soya.

3. Tahukah anda soya yang anda minum tersebut adalah soya GMO atau bukan GMO?

4. Adakah anda hanya mengambil soya semata-mata sepanjang hidup anda? Dah tentu tidak.

5. Adakah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan? Sejak bila?

6. Adakah ibubapa anda (atau atuk nenek moyang) mempunyai sebarang masalah kesihatan?

Saya sengaja tinggalkan anda dengan soalan-soalan ini.

Nasihat saya, ambillah sesuatu itu secara sederhana. Tak boleh terlalu suka, tak boleh terlalu benci. Boleh jadi apa yang kita suka itu buruk untuk kita. Dan boleh jadi apa yang kita benci itu baik untuk kita.

Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

P/S: Saya tidak jumpa keburukan soya kerana saya tidak mencari keburukannya. Maafkan saya.

Keburukan Soya

by on Oktober 19, 2014
Banyak andaian buruk mengenai soya. Soya penyebab kanser payudara. Soya penyebab kemandulan. Soya penyebab cyst. Soya penyebab kanser ov...

Tetibe hari ni up resepi pulak. Ayam masak kicap memang biasa. Tapi tak kira mama nak buh gak resepi mama.

Awat namanya Ayam Masak Kicap Cerdik?

Haha..mama selalu tanya anak mama, nak ayam masak kicap cerdik ke bodo? Al kisahnya, ayam masak kicap bodo tu simple sangat. Tumbuk2 bawang, tumis dan letak kicap. So ayam masak kicap kategori cerdik ni lain sikit. Masih senang dan sedap.

Mama memang bagi resepi senang2 je sebab mama pun tak rajin nak buat resepi susah2 ala Masterchef.

Ok, straight to the point.

Bahan-bahannya:
Ayam - 5-8 ketul
Bawang merah 5 ulas- kisar
Bawang putih 2-3 ulas - kisar
Cili kering 5-7 tangkai- kisar (boleh lebih kalau nak pedas)
Serai- ketuk
Asam keping
Kicap manis
Bahan hiasan.

Cara memasak:
1. Goreng ayam (garing atau tak ikut suka. Mama tak suka garing sangat nanti keras)

2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga garing.

3. Dah garing, masukkan kicap, serai dan asam keping.

4. Gaul sebentar, masukkan garam.

5. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi.

6. Masukkan bawang potong atau cili untuk hiasan. Boleh juga letak ubi kentang yang telah di goreng terlebih dahulu.

7. Siap!!

Senang je kan?? Anak2 mama memang suka ayam masak kicap ni. Dan kalau mama buntu sangat nak masak untuk hari itu, ayam kicap je la mama buat.

Ok, selamat mencuba!!

(^_^)v

Resepi: Ayam Masak Kicap Cerdik

by on Oktober 19, 2014
Tetibe hari ni up resepi pulak. Ayam masak kicap memang biasa. Tapi tak kira mama nak buh gak resepi mama. Awat namanya Ayam Masak Kicap Ce...

Tempoh berpantang adalah tempoh yang amat 'seksa' bagi sesetengah wanita.

Itu tak boleh, ini tak boleh, itu bisa, ini angin, itu tajam, ini sejuk,  dan sebagainya.

Lazimnya ibu yang pertama kali berpantang akan menurut semua pantang larang yang di beritahu oleh orang tua. Lain halnya dengan ibu yang berpantang anak kedua, ketiga dan seterusnya. Mereka lebih bersifat 'terbuka' dan mengambil makanan tertentu secara 'try and error'. Jika badan tak sakit, mereka teruskan.

Sebenarnya kesan mengambil makanan yang salah boleh jadi tidak berlaku serta-merta. Orang tua selalu kata, kesannya kita akan rasa bila tua nanti. Wallahua'lam. Bila umur dah lanjut logiknya memang banyak penyakit akan menyerang.

Semasa berpantang, ada beberapa jenis makanan yang dilarang mengambilnya. Ini termasuk makanan daripada jenis kekacang. Amalan perbidanan tradisional juga melarang kita mengambil tumbuhan daripada jenis pokok yang menjalar atau merayap. Tumbuhan jenis ini biasanya akan menyebabkan angin dalam badan.

Bagaimana dengan soya atau lebih tepat lagi ESP Shaklee? Ini kerana ia juga bersumberkan kacang soya.

Pengalaman saya sendiri (sekarang sedang berpantang anak ketiga) saya mengamalkan ESP Shaklee sebagai sumber tenaga, pemulihan sel tubuh lepas bersalin, mencantikkan kulit dan sebagai penggalak susu ibu. Saya memulakan pengambilan ESP selepas badan terasa kembali sihat atau lebih tepat lagi selepas memasuki minggu kedua berpantang.

Saya pernah mengambil ESP semasa awal berpantang tetapi ia tidak sesuai dengan saya ketika itu. Alhamdulillah kini saya tidak mengalami apa-apa masalah malah saya mengamalkannya setiap hari.

Sebenarnya, pengambilan apa sahaja makanan termasuk ESP semasa berpantang adalah bergantung kepada tubuh badan seseorang itu sendiri. Pada masa ini, tubuh wanita agak 'fragile' dan hanya dia sendiri yang tahu apa yang sesuai atau tidak dengan keperluan tubuhnya selagi mana ia tidak memudaratkan.

Dahulu, masa berpantang anak kedua, saya agak gamble dalam memilih makanan. Semua saya cuba. Saya pernah makan durian dan kemudian saya demam. Cubaan kali kedua semuanya OK pula. Kalau diingat2 memang banyak makanan yang saya cuba makan. Ada yang OK ada yang tak.

Berbalik kepada isu ESP semasa berpantang tadi, sebenarnya ibu berpantang sangat digalakkan mengambil ESP sebagai sumber protein. ESP membekalkan asid amino penting termasuk 9 jenis asid amino yang badan kita sangat perlu tapi tidak dapat dihasilkan sendiri. Asid-asid amino inilah yang membantu dalam hampir semua penjanaan dan pembinaan semula sel (building block) dalam badan kita.

ESP membantu dalam pemulihan terutama selepas trauma bersalin, menstabilkan hormon, menguatkan kembali organ, mengurangkan keguguran rambut, memulihkan luka, mengurangkan parut dan stretch mark dan sebagainya lagi.

Kita tidak dapat menafikan kepentingan protein kepada tubuh badan. Pengambilan sumber protein lengkap seperti ESP membantu mencukupkan keperluan protein daripada diet harian yang kebanyakannya tidak mencukupi. Proses berpantang umpamanya telah menghadkan keperluan pengambilan protein harian maka dengan ESP kelompongan itu dapat diisi.

Jadi tidak hairanlah jika anda dapati ibu berpantang yang kelihatan sihat, cergas dan bertenaga selepas mengamalkan ESP.

Panduan pengambilan ESP semasa berpantang boleh di dapati secara percuma selepas membuat belian melalui saya dengan menghubungi;

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
Emel: butik.annajah @gmail.com

Eceh..tajuk entry macam aku ni pro-pro je bab ni kan? Haha ko hado?

Alkisahnya aku ni memang suka update blog. Nak nak kalau idea tengah laju menderu keluar kat kepala ni kan. Kalau aku biarkan dah sah aku akan lupa campur malas nak tulis.

Selalu aku update blog guna laptop. Selain senang, luas sikit skrin aku nak tengok. Idok la sampai terjegil biji mata.
Maka oleh kerana laptop aku dalam bengkel akibat kerosakan yang tak begitu serius dan aku pulak dah tergedik-gedik nak menaip (idea mencurah-curah kata ko) aku pun teringat ada seseorang pernah mengajarkan pada aku bahawa blog boleh di tulis melalui smartphone je.

Sebelum ni aku tak teringin pun nak cuba. Tapi sekarang aku dah ada henfon baru (ececeh) maka aku nak la cuba dan tahu apa rasanya menulis blog pakai smartphone. Rasa hebat ke, awesome ke, poyo ke. Hmm

Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Pergi ke Google play store dalam henfon anda.

2. Cari / taip Blogger. Simbol B kaler Oren.

3. Tekan install

4. Tekan accept

5. Tunggu henfon anda download Blogger hingga selesai.

6. Dah selesai, tekan Open.

7. Kemudian godek-godek la henfon anda sendiri. Tak godek tak tahu.

8. Untuk tulis entry baru tekan gambar pen.

9. Untuk save dalam draft tekan icon disket.

10. Untuk publish entry tekan icon seperti anak panah kecil gitu.

11. Untuk tulis label, tulis dalam ruangan label kemudian tekan keypad DONE.

Setakat itu je yang aku tau. Nanti aku dah pro aku ajarkan lagi ye.

Selamat meng-update blog laju laju!

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi kita dalam bulan promo gempak ESP! Produk terlajak laris daripada MS dan rakan2 SID yg lain!

MS suka sangat cerita pasal ESP nih. Sebab apa? Sebab MS dah makan dan MS dah rasa kesannya. Gitu juga kawan-kawan MS yg dah beli ESP. So derang memang sudah jadi pengguna ESP tegar, asal habis mesti repeat order.

MS perhatikan derang yg peminat tegar ESP ni memang mempunyai kulit yang cantik, licin, gebu, cerah dan berseri. Cela-cela macam segan nak dekat tau. Serius!

Ada orang kata kalau minum soya ni kulit jadi nipis la, mudah dapat alergik, parut senang lekat dan sebagainya. MS terfikir soya apa yang depa duk telan tu? Haa hati-hati ye. Tak semua soya beri kesan yg sama. Terutama soya yang kita beli di pasaraya, yg kemungkinan besar soya itu dah terubahsuai genetiknya (GMO soy).

Sejak MS tahu perbezaan itu, MS dah lama tak beli soya kotak. Just minum ESP saja macam pengguna tegar ESP yg lain.

Hasilnya:
1. Parut cepat pudar
2. Muka dan seluruh badan jadi cerah
3. Kulit lebih lembut dan licin
4. Kulit jadi gebu dan berseri
5. Jerawat susut
6. Rambut tebal dan subur
7. Kulit lebih anjal dan melantun2
8. Kulit jadi lembap dan tak kering lagi

Sendiri makan sendiri boleh rasa la kan. Sebab tu derang tak segan silu repeat order berkali-kali.

Nanti MS upload gambar mereka yang dah transform kulit wajah hanya dengan ESP. (ni duk tulis pakai phone, susah nak cari gambar) ngeee...

Kenapa ESP?

MS dah pernah tulis pasal ni dalam entry terdahulu. So secara ringkasnya, soya ESP adalah sumber protein lengkap berasaskan tumbuhan yg sangat mudah di proses oleh tubuh. Ini kerana molekul lebih kecil protein iaitu asid amino dapat dipecahkan dengan sempurna dan digunakan oleh sel tubuh termasuk sel kulit untuk membina sel baru dan menggantikan sel yang dah rosak atau mati.

Protein ibarat makanan sel. Jika sel tubuh kita dapat makanan yang berzat, berkhasiat dan bagus maka ia menjalankan proses regulasi dengan lebih berkesan!

Oleh sebab itu, sumber makanan terbaik wajib di beri kepada tubuh kita.

Jom jadi geng ESP saya!!

Hubungi:

Suhaila 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Khasiat ESP Shaklee Untuk Kulit

by on Oktober 07, 2014
Assalamualaikum w.b.t Bertemu lagi kita dalam bulan promo gempak ESP! Produk terlajak laris daripada MS dan rakan2 SID yg lain! MS suka sa...