Enter Keyword

7 Cara Tambah Darah Dengan Cepat Serta Naikkan Bacaan Hemoglobin

Assalamualaikum wbt.

"Dulu saya fikir ibu mengandung je akan mengalami kekurangan darah atau hemoglobin (Hb) rendah. Rupanya orang lelaki dewasa macam saya pun boleh kena."

Mungkin ramai yang berfikir seperti ini. Hakikatnya, kekurangan darah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Kekurangan darah ni bahaya juga. Apabila kurang darah, kita akan turut mengalami kekurangan hemoglobin. Hemoglobin pun sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Sebab tu apabila seseorang mengalami kekurangan darah yang kronik, pemindahan darah perlu dilakukan untuk tampung kekurangan itu.

Paras hemoglobin normal bagi lelaki dewasa ialah 14-18 g/dl, dan bagi wanita dewasa ialah 12-14 g/dl.

Jika mengalami kekurangan darah, kita akan rasa:

  • pening kepala
  • tidak bertenaga serta lemah
  • nafas pendek
  • sakit kepala
  • kepala berpusing
  • kulit yang pucat
  • kuku tidak sihat
  • degupan jantung yang laju
  • selera makan menurun
Ada banyak punca kenapa kita kurang darah antaranya mungkin mengalami anemia, ada penyakit tertentu seperti anemia, kanser dan talassemia, pengambilan ubat-ubatan, gangguan penyerapan nutrisi, gastrik, atau juga mungkin disebabkan kehilangan darah yang banyak seperti luka kemalangan, haid atau pendarahan dalaman. 

Jika ada mengalami simptom di atas, atau mengesyaki sesuatu yang tidak kena, silalah berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan.

7 Cara Tambah Darah Dengan Cepat Melalui Pemakanan

Ada makanan yang amat membantu menambah kuantiti sel darah merah dan hemoglobin, bergantung juga kepada jenis kekurangan darah yang kita alami. 

Makanan ini perlulah diamalkan secara konsisten kerana ia bukanlah ubat yang merawat penyakit.

#1. Makanan kaya zat besi

Doktor biasanya akan memberi pil zat besi namun pada sesetengah orang, ia boleh menyebabkan sembelit. 

Kita boleh amalkan makanan berikut sebagai sumber zat besi harian.
  • hati ayam atau lembu
  • daging merah
  • udang
  • tofu
  • sayuran hijau seperti bayam, brokoli, bokchoy (sawi pendek), kacang peas
  • kacang almond
  • kurma
  • bijirin
  • tiram, kerang
  • asparagus
#2. Makanan tinggi vitamin C

Jika kekurangan darah adalah disebabkan kekurangan vitamin C, maka banyakkanlah makan makanan yang tinggi vitamin C. Zat besi tidak boleh diserap dengan sempurna jika kita tak cukup vitamin C.

Antara makanan kaya vitamin C ialah:
  • buah betik
  • oren
  • lemon 
  • strawberi
  • brokoli
  • anggur
  • tomato
  • bayam
Suplemen vitamin C semulajadi juga boleh diamalkan.

#3. Makan asid folik

Asid folik ialah sejenis vitamin B. Kekurangannya juga boleh menyebabkan bacaan hemoglobin menurun kerana ia diperlukan untuk membina sel darah merah.

Antara sumber asid folik ialah:
  • sayur berdaun hijau
  • nasi
  • bijirin
  • sayur seperti taugeh
  • kekacang
  • germa gandum
  • pisang
  • brokoli
Boleh juga ambil suplemen asid folik tambahan.

#4. Epal hijau

Sehari sebiji epal dapat membantu mengekalkan paras hemoglobin sihat. Epal kaya dengan zat besi juga vitamin lain yang badan kita perlukan untuk hasilkan darah. 

Caranya, makan sebiji epal hijau setiap hari bersama kulitnya. Tapi kulit epal mengandungi lilin (wax), basuh dulu bersih-bersih sebelum makan.

Boleh juga buat jus epal, campur bersama lemon dan sedikit halia.

#5. Buah delima

Buah delima sangat kaya dengan protein, karbohidrat, zat besi, kalsium dan serat yang membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah dan melancarkan peredaran darah. 

Boleh dimakan begitu saja atau juga jadikan jus; minum setiap hari. 

#6. Berhenti mengambil iron-blocker!

Ini yang ramai daripada kita susahhhh sangat nak buat. Jika kita mengalami hemoglobin rendah, berhentilah mengambil minuman atau makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi.

Antara minuman dan makanan yang perlu dielakkan ialah:
  • kopi
  • teh
  • cola
  • ubat antacid
  • mengambil kasium pada masa yang sama mengambil zat besi
#7. Bersenam dengan kerap

Senaman membantu dengan cara apabila kita bersenam, badan akan menghasilkan lebih hemoglobin untuk memenuhi keperluan oksigen yang digunakan.

Kekurangan darah menyebabkan kita berasa sangat tak selesa. Selalu pening dan berpusing malah sesetengah orang boleh pitam tiba-tiba. 


Selain dapatkan rawatan, menjaga pemakanan, mengambil makanan tambahan juga amat membantu mengurangkan gejala kekurangan darah. 

Antara suplemen semulajadi yang amat membantu ialah Set Tambah Darah Shaklee ini.



Keistimewaan set ini ialah:

1. Lengkap dengan sumber protein, karbohidrat, dan vitamin semulajadi kerana ia berasaskan tumbuhan untuk membina sel darah merah.

2. Protein diperlukan dalam membina sel darah merah dan hemoglobin.

3. Vitalea with iron Formula membekalkan zat besi serta mineral diperlukan untuk membina sel darah merah.

4. B complex yang lengkap dengan asid folik untuk membantu penyerapan vitamin lain dan zat besi.

5. Vitamin C yang penting untuk penyerapan zat besi. 


Feedback pengguna!


Alhamdulillah...ini adalah pengalaman abang ipar saya sendiri. Beliau mengalami pendarahan dalam usus akibat buasir. Apabila selalu berlaku pendarahan dalaman, hemoglobin akan jadi rendah. Beliau kerap dimasukkan ke wad atas masalah ini.

Akhirnya beliau mencuba set tambah darah Shaklee dan sangat berpuas hati dengan resultnya. Kini bacaan hemoglobin beliau normal semula. 

Sekiranya anda berminat mendapatkan set ini dengan panduan cara makan yang betul, boleh hubungi saya:



ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan