Enter Keyword

Semalam, keributan melanda lagi di media sosial gara-gara wanita terjun bangunan lepas bersalin kerana di katakan gagal menyusu badan anaknya. Maka berperanglah ibu-ibu yang pro-breastfeeding dengan ibu-ibu yang hanya memberikan susu formula kepada anaknya.

Saya bukan berniat nak memanjangkan 'pergaduhan' itu. Mari kita fikir positif dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Saya juga adalah ibu yang gagal menyusukan anak pertama dengan susu ibu. Akibat langsung tiada ilmu, dan mindset saya yang salah, saya hanya berjaya susukan Muhammad Ammar hingga 10 bulan sahaja. Alhamdulillah.

Sejujurnya saya tidak pernah menganggap diri saya gagal pun. Sebab saya sendiri tidak pernah ambil tahu apa-apa mengenai penyusuan. Langsung! Saya tak pernah tahu bahawa menyusukan bayi juga perlu ilmu dan kefahaman yang betul.


Sehinggalah, entah macam-mana ilmu mengenai penyusuan ini mula sampai menderu-deru kepada saya. Bermula apabila saya terjumpa ayat ini semasa saya membelek-belek Terjemahan Dan Tafsir Al-Quran di rumah saya.

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula memberi belanja ibu anaknya itu dan pakaiannya secara ma'ruf. Tiadalah di berati seseorang, melainkan sekadar tenaganya. Tiadalah melarat ibu kerana anaknya, dan tiada pula melarat bapa kerana anaknya; dan terhadap warispun demikian juga. Jika kedua ibu bapa hendak menceraikan anaknya dari menyusu (sebelum cukup dua tahun), dengan kesukaan dan kesepakatan antara keduanya, maka tiada berdosa keduanya. Jika kamu mengkehendaki perempuan lain menyusukan anakmu, maka tiada berdosa bila kamu berikan upahnya secara ma'ruf. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan"
-Al-Baqarah:233

Hati saya mula di jentik untuk ambil tahu dan mencari maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Syukurlah Allah permudahkan apabila DIA temukan saya dengan rakan-rakan yang amat membantu dan mempunyai banyak ilmu berkaitan penyusuan ini.

Syukur juga, Allah akhirnya mengizinkan saya menyusukan anak kedua saya Muhammad Aqil Qayyim sehingga genap dua tahun. Saya kini dalam proses menggenapkan tempoh dua tahun anak ketiga, Ahmad Fawwaz Faiz. Semoga Allah permudahkan. Amiinn.

Wahai ibu, mari kita fikir positif daripada tragedi di atas, ambil iktibar dan berbaik sangka.

1. Bila ada rakan cerita mengenai penyusuan susu ibu, jangan sentap atau menuduh mereka riyak, sebaliknya kutiplah ilmu itu. Mana tahu boleh kita aplikasikan kepada anak kita pula nanti.

2. Bila ada rakan cerita mengenai anak minum susu formula, jangan hakimi (don't jugde). Jangan menghukum, menghina atau merendah-rendahkan (saya berpesan kepada diri sendiri juga yang adakala terlupa).

3. Bila Allah beri rezeki rakan kita dapat susukan anak genap dua tahun, berbanggalah dengan dia. Sesungguhnya bukan mudah nak berjaya sedangkan kita sendiri tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu.

4. Tidak berdosa menyusukan anak dengan susu ibu. Juga tidak berdosa menyusukan anak dengan susu formula.

5. Jika ada rakan sedang berusaha (baca: struggle) nak berikan anak susu ibu, berilah kata-kata semangat, nasihat dan titipkan kata-kata pendorong.

6. Bila nampak ibu sedang menyusukan anak di khalayak, jangan memandang serong. Ibu itu sedang membahagiakan anaknya.

7. Jangan membanding-bandingkan anak, tidak kira dia anak susu ibu atau anak susu formula. Anak itu sentiasa hebat dan unik dengan cara mereka sendiri.

Bagi wanita atau ibu yang ada impian untuk melaksanakan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun atau lebih, tidak kiralah untuk anak yang ke berapa pun, tanamkan mindset betul-betul.

Tips ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Banyakkan membaca dan menggali ilmu. Join grup penyusuan, baca blog/ laman web berkaitan, baca buku atau majalah berkaitan. Apa saja ilmu, terima dengan hati terbuka dan lapang.

2. Bergaul dengan rakan-rakan yang punya misi yang sama dengan kita untuk mengekalkan semangat, aura dan 'circle' positif  kita.

3. Abaikan kata-kata negatif orang lain terhadap kita. Jadilah selenge, katak pekak, apa-apa aja asal kita tidak mudah goyah dan patah semangat.

4. Banyakkan bertanya pada mereka yang arif, pakar dan berpengalaman.

5. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga. Biar ahli keluarga tak sokong, asal suami sentiasa memberi sepenuh galakan.

6. Persediaan fizikal juga penting bagi sesetengah ibu contohnya keperluan mengepam susu.

7. Kesihatan tubuh badan. Bila ibu ada masalah yang menyebabkan ibu memang tidak di benarkan untuk menyusukan bayi (sama ada memudaratkan ibu atau bayi) oleh pakar perubatan, maka itulah yang terbaik.

8. Makanlah makanan yang berkhasiat yang lengkap seperti dalam piramid makanan. Makan berzat amat penting untuk penghasilan susu ibu yang lancar.

9. Pertimbangkan galagtagogue (makanan tambahan) untuk meransang pengeluaran susu. Itupun setelah semua konsep dan 'peraturan' di ikuti dengan baik.

10. Sentiasa happy dan ceria. Stress atau tekanan menyebabkan pengeluaran susu terganggu. Ini juga sebab utama kenapa ramai ibu gagal menyusukan anak walaupun baru lepas bersalin.

11. Percaya dan yakin dengan diri sendiri. Ibu yang was-was, ragu-ragu sering gagal dalam penyusuan susu ibu.

12. Banyakkan berdoa supaya Allah beri rezeki susu ibu kepada anak, seterusnya Allah bantu dan permudahkan sehingga genap dua tahun.

Memberi susu ibu adalah tanggugjawab yang mesti di utamakan, namun tidaklah menjadi satu kesalahan jika ibu memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula kerana setiap ibu sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing.

Saya percaya setiap ibu ada sebab tersendiri kenapa mereka memilih untuk berikan anak susu ibu atau susu formula. Setiap orang ada alasan dan setiap orang percaya apa yang mereka mahu percaya.

Bagi saya, susu ibu tetap yang terbaik!

Salam Sayang...

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Tadi dalam grup geng bisnes, ada yang tanya macam-mana nak buat kalau anak sakit mata atau ada tahi mata sampai melekat kelopak mata tak boleh nak buka.

Terus saya teringat pada baby saya masa kecik dulu. Sebenarnya saya takde pengalaman anak sakit mata. Saya sendiri tak pernah kena jangkitan mata.

So hari tu saya agak panik sikit (sikit je la), macam mana nak buat kalau baby ada tahi mata banyak macam ni.

Saya bawa baby saya jalan-jalan di luar rumah, kemudian ada jiran nampak. Sambil-sambil borak dengan beliau, saya cakap la baby saya ada tahi mata.

Rupanya normal (kalau tak teruk). Bayi mungkin panas di dalam, katanya. So dia suruh saya titikkan susu ibu pada mata bayi.


Sejak dari itu, mana-mana pun kalau ada bayi, anak atau orang dewasa sekalipun yang sakit mata yang saya jumpa atau dengar, semua bagi petua titiskan susu ibu.

Beberapa minggu kemudian, saya pula yang terkena jangkitan mata sebab berjangkit dengan kakak. Memang tahi mata keluar dengan banyak. Bangun tidur sampai melekat-lekat kelopak mata. Tak lama lepas tu, baby saya pula kena, kemudian anak sulung saya.

Sakit mata memang berjangkit. Sebab ia adalah kuman dan bakteria. Sebab itu kalau takut sakit mata, jangan duduk dekat dengan orang yang sakit mata!

Jika dah terkena jangkitan mata, mula-mula kita akan rasa mata gatal dan pedih, diikuti kemerahan. Kemudian terasa seperti bengkak pada mata. Masa ni kalau tunduk atau rukuk, memang rasa tekanan pada saraf mata. Tahi mata pula akan keluar dengan banyak tak kira masa, lebih-lebih lagi pada waktu tidur.

Apa yang boleh di lakukan ialah:

1. Berjumpa doktor

Rasanya doktor akan bekalkan ubat makan dan ubat titis. Saya tak pasti sebab saya langsung tak ke klinik.

2. Bersihkan mata selalu dengan kain yang bersih dan lembut. Jangan pegang mata dan jangan pegang orang lain kalau dah pegang mata.

3. Selalu bersihkan tangan.

4. Titiskan susu ibu. Susu ibu mengandungi antibodi tinggi untuk melawan jangkitan.

5. Cara saya? Saya ambil Nutriferon, Omega Guard dan Garlic Complex untuk diri saya dan anak-anak.

Nutriferon adalah immune booster yang amat berkesan melawan jangkitan kuman dan bakteria. Kesan penyembuhannya memang semulajadi tapi sangat pantas. Inilah first aid saya dirumah sejak bertahun dulu kalau terkena apa-apa jangkitan pun.

Omega Guard pula mengurangkan keradangan, dan bengkak. Ia juga bantu kuatkan imun.

Garlic Complex ialah antibiotik semulajadi yang juga bertindak pantas melawan jangkitan bakteria.

Peritnya sakit mata ni ialah sewaktu nak tutup mata. Rasa macam ada biji-biji dalam mata. Walaupun dah sembuh (dalam 3-4 hari), efek biji-biji dalam mata masih terasa untuk beberapa ketika.

Sakit mata memang menyeksakan. Dapatkan rawatan yang betul atau boleh cuba cara semulajadi seperti saya.

Berminat nak napatkan Set Immune Booster Shaklee, boleh hubungi saya di 012-9645614.

Semoga segera sihat!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994

Sebut je vitamin C mesti terbayang imej perempuan dengan kulit cantik, putih, gebu, tegang. Tak kurang juga ada yang terbayangkan wajah kembung-kembung akibat suntikan vitamin C.

Apapun yang dibayangkan, bayangkan yang baik-baik tau, bukan yang bukan-bukan.

Betul, vitamin C memang sangat sinonim dengan kulit. Saya ada pelanggan semuda usia 16 tahun yang memang dah amalkan vitamin C. Teruja saya sebab saya dulu masa usia 16 tahun, jangankan nak makan vitamin C, menyebutnya pun tak pernah (melainkan ada tengok dalam buku sains).

Tak terfikir langsung nak kena makan vitamin2 bagai ni kan (nasib jual suplemen, barulah faham kenapa perlu makan vitamin)

mudah panik? 

Baiklah, mesti ada yang tak sabar nak tahu apa bestnya lagi vitamin C kepada kita selain untuk cantikkan kulit.

1. Selsema / demam

Kalau jenis mudah sangat di serang demam atau selsema, eloklah amalkan vitamin C sebab vitamin C ni akan mengukuhkan dan menguatkan sistem imun. Immune booster gitu.. Badan kita ni kalau sistem pertahanan sendiri lemah, memang mudah sangat terkesan dengan jangkitan walaupun sikit.

Sejak saya amalkan vitamin C, saya dah memang jarang sangat selsema apalagi demam. Syukur alhamdulillah.

2. Resdung / alergi hidung

Orang yang resdung atau ada alahan hidung ni, dia akan mudah dapat jangkitan apabila bertemu dengan bahan-bahan pencetus seperti habuk, bulu kucing, debunga, cuaca sejuk dan sebagainya. Macam saya dulu. Puncanya ialah lebihan histamine iaitu sejenis bahan keradangan yang sel badan kita hasilkan sebagai respon terhadap pencetus-pencetus itu tadi.

Dengan mengamalkan vitamin C, ia dapat meminimakan kesan histamine dan tubuh kita bertindak-balas dengan kadar yang sepatutnya sahaja.

3. Jerawat

Oleh sebab vitamin C ni kuatkan imun, maka ia menyekat pertumbuhan bakteria pada muka, menghalang jangkitan dan mematikan jerawat.

Saya perasan kalau lama saya tinggal vitamin C, jerawat pun dengan bangganya bermaharaja lela.

4. Vitamin wajib untuk kulit cantik

Nak cantik, tapi tak makan vitamin C, itu bukan nak cantik namanya.

Sel kita ni ada keupayaan memperbaiki dirinya sendiri daripada kerosakan terutamanya oleh radikal bebas dan oksidasi. Apabila sel terlalu banyak rosak, ia juga boleh efek DNA kita juga maka berlakulah mutasi DNA.

Sel kita sangat perlukan vitamin C kerana ia akan mempercepatkan pemulihan sel mati malah memperbaiki DNA kita.

Jadi, nak kulit cantik, hilangkan sel kulit rosak dan mati dengan cepat, amalkan vitamin C.

5. Selalu panik, cemas dan kelam-kabut?

Kurang vitamin C letteww..

Vitamin C bertindak sebagai bahan penenang semulajadi dan buat kita rasa lebih rileks, tenang dan rasional. Tapi seeloknya di 'combinekan' dengan suplemen otak seperti vitamin B kompleks dan Omega-3.

Dengan kombinasi yang betul, kita akan jadi orang paling cool, waras, tenang, kurang meroyan dan lebih bijak! ;)

Kalau ada kawan yang selalu sangat panik tak tentu arah, hadiahkan dia vitamin C.

6. Salur darah lancar

Vitamin C ni membantu melancarkan salur darah, dan menyeimbangkan tekanan darah. So kalau ada masalah darah tinggi, memang elok sangat makan vitamin C. InsyaAllah akan kuranglah risiko diserang sakit jantung dan strok.

7. Turunkan kolesterol LDL

Kolesterol LDL (kolesterol jahat), jika berlebihan akan berkumpul dalam salur darah dan menyempitkannya. Bila dah sempit, darah susah nak lalu, maka darah akan membeku di sesuatu kawasan. Bila darah mula membeku, kebarangkalian salur darah akan pecah menjadi tinggi. Ini punca utama strok. Strok ni takde warning. Terus jadi je.

Jadi jangan culas makan vitamin C setiap hari.

8. Tekanan

Tekanan atau stress ada banyak punca, dalaman dan luaran. Stress berlebihan boleh menghasilkan banyak radikal bebas. Radikal bebas berlebihan pula akan merosakkan sel sihat.

Vitamin C ialah antioksidan berkuasa yang akan menghambat radikal bebas berlebihan dalam badan kita. Orang yang cukup makan vitamin C, memang lebih mudah mengurus tekanan. Dia akan sentiasa positif dan happy!

9. Tulang kuat

Vitamin C membantu tubuh kita menyerap kalsium dengan efektif dan haruslah di ambil bersama vitamin D (daripada cahaya matahari), magnesium dan fosfat.

Bagi orang yang ada masalah osteoporosis, eloklah mengambil semua nutrien ini dalam bentuk yang semulajadi kerana lebih mudah diserap oleh badan.

Sebab tu juga amat di galakkan mengambil vitamin C bersama dengan susu atau pil kalsium.

10. Membantu masalah asthma

Pengidap ashtma selalunya ada level vitamin C yang sangat rendah. Dengan mengamalkan vitamin C, ia akan membantu mengatasi simptom asthma dan inflamasi salur pernafasan.

11. Sendi lebih sihat

Vitamin C meransang pengeluaran kolagen yang amat kurang dalam pesakit sendi. Ia melegakan sakit-sakit sendi kerana sifat anti-inflamasinya.

Untuk sendi yang sihat dan bebas bergerak, ambil vitamin C dengan banyak dalam diet seharian.

12. Mata yang cantik

Vitamin C dapat mencegah penyakit berkaitan mata seperti katarak. Mata yang cantik dan terang perlukan level antioksidan yang tinggi seperti beta-karotena dan juga vitamin C.

13. Lambat tua

Orang yang makan vitamin C memang nampak muda. Kulit yang cepat rosak dan tua adalah disebabkan banyak terdedah kepada cahaya matahari dan juga akibat timbunan radikal bebas dalam badan.

Oleh sebab vitamin C dapat meransang pengeluaran kolagen, kulit akan nampak lebih muda dan anjal, cerah sekata dan memudarkan kerosakan sel akibat cahaya matahari.

14. Mencegah kejadian batu karang

Kalau risaukan terjadinya batu karang dalam buah pinggang atau pundi kencing, mulakanlah mengamalkan vitamin C.

Vitamin C membantu 'memecahkan' kolesterol dalam hempedu, oleh itu batu tidak dapat terbentuk daripada lebihan mendapan kolesterol. Dengan mengamalkan vitamin C, ia membantu mengurangkan risiko terjadinya batu karang dan masalah berkaitan yang lebih parah.

15. Buang plumbum dalam badan

Plumbum ni sangat bahaya. Ia bahan bertoksik yang boleh beri efek kepada kesihatan manusia termasuk otak. Kita memang tak makan plumbum secara terus, tapi ia wujud di mana-mana contohnya pada sayur, perkakas yang kita guna, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, air yang kita minum dan sebagainya.

Pengambilan vitamin C dapat membantu menyingkirkan logam toksik ini supaya sel tubuh dan organ kita berfungsi dengan baik.

16. Muka berseri

Ada anemia? Anemia atau kekurangan sel darah merah akan menyebabkan seseorang kelihatan lemah, pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C membantu badan kita menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Zat besi bertindak membina sel darah merah. Seeloknya makanlah juga vitamin B kompleks untuk penyerapan yang lebih optimum.

17. Hormon testosteron

Vitamin C membantu mengimbangi aras hormon testosteron dalam badan. Hormon testosteron amat penting dalam tubuh manusia untuk pelbagai fungsi. Jika berlebihan atau terlalu berkurangan, banyak masalah kesihatan yang akan timbul nanti.

18. Cerahkan kulit?

Ye. Tapi bukan putih selepuk macam tepung gomak atau orang sakit. Vitamin C membantu mencerahkan dan memberi efek tona sekata pada kulit. Vitamin C meningkatkan aras glutathione dalam badan, oleh itu kulit akan kelihatan lebih putih berseri.

19. Hormon estrogen

Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, aras hormon estrogen juga meningkat. Dan hormon estrogen ni amat penting untuk menggalakkan kesuburan.

20. Milk booster

Ramai tak percaya vitamin C boleh jadi penggalak susu. Vitamin C sangat penting dalam pertumbuhan sel dan tisu. Apabila vitamin C di ambil secukupnya, hormon menyusu (milk-making) akan di ransang dengan baik dengan itu susu akan dihasilkan lebih banyak.

21. Anti-kedut

Sebab ia meransang pengeluaran kolagen, maka kulit akan lebih 'firm', elastik dan garis-garis halus akan kurang kelihatan.

Nak kulit anjal, amalkanlah vitamin C tanpa jemu. :D

Sekarang pasti dah jatuh cinta dengan vitamin C kan? Tak amal tak rasa. Dah amal, terus jatuh cinta!

Ops, pastikan vitamin C yang kita nak makan tu vitamin yang 100% semulajadi berasaskan tumbuhan. Elakkan makan vitamin sintetik. Dah lah susah di serap, bahaya pula kepada organ kita.

Baca >> 5 Fakta Tentang Vitamin C Shaklee

Nak vitamin C yang Halal, Selamat dan 100% Natural, hubungi saya:

ID: 868994

atau beli sendiri secara online:





Assalamualaikum wbt.

Tercari-cari pengedar Shaklee berhampiran kawasan anda?
Nak jimat duit pos?
Nak tanya apa-apa berkaitan Shaklee?
Nak order vitamin Shaklee dan terus sampai depan pintu rumah anda?
Nak konsultasi Shaklee percuma?
Malas nak order online?
Malas nak 'bank-in' duit di bank?
Berminat nak buat bisnes tapi tak kenal siapa?

Jangan risau, saya ada berhampiran anda!

Saya adalah pengedar sah Shaklee sejak 2012 dan masih aktif dan giat menjalankan bisnes Shaklee dari rumah.

Kepakaran saya ialah mengenalpasti produk, vitamin atau nutrisi mana yang sesuai dengan masalah kesihatan anda. Saya juga pakar dalam Set Ibu Hamil, Set Berpantang, Set Penyusuan dan Set Kecantikan juga masalah kesihatan umum pelbagai usia. Saya sedia membantu anda dengan memberi khidmat nasihat serta konsultasi berkaitan produk Shaklee.



Jika anda berada di kawasan sekitar Kuantan seperti:
-Beserah
-Sg. Karang
-Balok
-Pelabuhan
-Kawasan Perindustrian Gebeng
-Sekitar Bandar Kuantan

anda di jemput dan di alu-alukan untuk menghubungi saya. Saya menerima dengan hati yang gembira dan terbuka.

Anda boleh menghubungi saya melalui:-

SMS/ WhatsApp: 012-9645614 (Suhaila) / 019-2083656 (Azman)

~Suhaila Budin~
012-9645614

Sebaik saja tamat perjuangan melahirkan si kecil, setelah di bersihkan kedua-dua ibu dan bayi, si kecil sampai ke tangan ibu. Melihat wajah kecil yang mulus dan polos, air mata ibu tumpah. Terima kasih Allah, akhirnya Dia izinkan si kecil itu menjadi zuriat ibu.

Perjuangan seterusnya kini bermula. Si kecil mula kelaparan. Suara tangisan memecahkan ketenangan wad bersalin, juga mengejutkan lena teman sebaya yang sedang nyenyak tidur di pangkuan bonda mereka.


Naluri dan fitrah seorang ibu, tangisan seorang si kecil mulus itu bagai menggigit tangkai hati. Tanpa berlengah, dalam kesakitan dan pergerakan yang terbatas, ibu suakan payudara untuk si kecil menyusu. Namun peliknya si kecil masih menangis. Hisapannya seperti tidak puas, main-main atau boleh juga di katakan seperti dia tidak menyedut apa-apa. Tiada susu? Mustahil!

Akhirnya si kecil tidur semula dalam dakapan ibu. Setelah penat menangis. Atau mungkin juga bahagia dalam pelukan ibu. Begitulah yang berlaku untuk beberapa ketika hingga akhirnya ibu mendengar bunyi tegukan halus semasa dia menyusu. Ibu menangis gembira. Syukur...

************
Ini bukan kisah orang lain, tapi saya sendiri. Saat mendengar bunyi tegukan demi tegukan, hati rasa sangat gembira. Hilang rasa semua kesakitan. Rasa puas. Rasa berjaya. Apa lagi bila melihat si kecil mula lena dalam kekenyangan yang agak lama.

Sebab tu bila saya tau ada ibu yang mengeluh tiada susu padahal baru saja lepas bersalin, hati rasa memberontak. Nak marah pun ada. Istighfar panjang sebab saya telah berburuk sangka. Mungkin ibu itu tiada pengalaman dan tidak mendapat maklumat yang cukup. Saya salahkan diri saya.

The beginning is always the hardest



Memulakan penyusuan susu ibu sejak saat pertama selepas kelahiran memang bukannya mudah. Apa lagi jika itu ialah pengalaman pertama kita menjadi seorang ibu. Serba kekok. Peringkat inilah yang menentukan lulus atau gagalnya penyusuan eksklusif selepas itu.

Tiga hari yang pertama, payudara akan mengeluarkan kolostrum; iaitu cecair pekat dan berwarna kekuningan berbanding susu berwarna putih yang dikeluarkan pada hari keempat.

Kolostrum sangat tinggi dengan kandungan lemak dan protein, penuh dengan enzim dan antibodi. Melepaskan cecair kuning emas ini adalah satu kerugian buat bayi. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dalam tempoh yang sangat sekejap. Bayi cepat kenyang kerana teksturnya yang pekat dan saiz perut bayi juga sangat kecil.

Amaun kolostrum yang sangat sedikit inilah yang kerap disalah erti oleh ibu sebagai 'tak cukup susu'. Memikirkan yang bayi akan lapar, nak menyusu banyak, nak dia tidur lena, nak dia kenyang, akhirnya susu formula di bancuhkan. Sedih!

Penghasilan berdasarkan permintaan

Penyusuan susu ibu adalah berasaskan proses permintaan. Lebih banyak ibu menyusu, lebih banyak susu di hasilkan. Semakin kurang bayi menyusu, semakin kurang juga susu di hasilkan. Dengan pemberian susu formula daripada botol, payudara mula mengurangkan kadar penghasilan susu.

Jika bayi dah mula kecewa dengan amaun yang kecil (daripada susu ibu), bayi akan menangis kerana mahukan susu yang banyak seperti daripada botol. Ibu pula mula berasa yang dia tidak mampu untuk menyusukan bayi lalu menukar keseluruhannya kepada susu formula.

Kejayaan terhasil dari kekuatan mental dan fizikal serta semangat tidak menyerah kalah

Mental dan fizikal ibu memang kena kuat. Walaupun bayi melekap dengan betul, tetapi ibu terlalu panik dan gementar, bayi tidak akan dapat susu.

Untuk tiga hari yang pertama ini,

1. Banyakkan bertenang, rileks dan susukan bayi mengikut permintaannya. Susukan setiap kali dia menangis. Mungkin bayi agak kerap menangis dalam tempoh ini atas pelbagai faktor. Tidak semestinya lapar.

2. Untuk melancarkan pengeluaran susu, bersihkan puting payudara yang tersumbat, lakukan urutan perlahan, dan tuam payudara dengan kompress panas.

3. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga.

4. Dapatkan tunjuk ajar dan teknik yang betul jika berasa kekok. Boleh rujuk jururawat atau pakar penyusuan yang ibu suka.

5. Menyusukanlah sebaik saja bayi sampai ke tangan ibu. Hormon prolaktin yang dikeluarkan semasa bayi melekap pada payudara ibu akan turut membantu penghasilan susu ibu.

6. Teruskan menyusu dengan susu ibu dan kosongkan payudara sekerap mungkin.


Salam sayang!

P/S: Ingin dapat Set Penyusuan Premium Manjaku , hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994