Enter Keyword

Barulah mama sebok nk cari info.. rupanya betulla chicken pox tu demam campak ek..

Alkisah hari ni hari ke-5 saya kena serangan demam campak. Keadaan agak kronik tp dah beransur pulih. Sangat tak sangka boleh kena demam campak lepas 2 minggu Aqil kena haritu.. serik giler! kalau suruh beranak saya rela beranak dari kena demam campak.

Saya tak pastilah bila virus tu mula menyerang saya, mungkin dh lama ada kat badan ni tapi dia tak tunjukkan tanda2. Dan hari Ahad mcm kurang sihat. Pagi Isnin tengok ada satu bintik berair besar molek duduk belah rusuk kiri ni. Saya berdebar2 dah. Tapi tgk Aqil hari tu rileks je siap boleh main2 lagi masa demam saya pun tak la panik sangat. Saya expect hari ke 4,5 dah kering. ewah ewah..

Hari Isnin tu, badan dah start lemah, mengantuk, sakit urat, sakit kepala dan demam. Bijik2 tu naik makin banyak.

Hari Selasa, masih lagi sama. Saya berkelubung bawah selimut je sepanjang hari.

Hari Rabu, hari ketiga demam sakit urat sakit kepala. Bintik2 tu sangat pesat membangun disetiap inci tubuh saya. Tak terkecuali muka. Saya positif. takpe2, esok surut la ni. Sesambil tu masih juga buat keje memperomot di fesbuk. Sesambil tu juga saya bersembang dengan sorang kakak tu pasal chicken pox. Banyak petua dia bg dan banyak ilmu jugaklah saya dapat.

Malam Khamis, saya tak boleh tido. Merenyam2 gatal bijik2 tu tadi tau. Saya yg tak tahan ni ape lg, sekuat tenaga menggaru. Sy tak tahu yg chiken pox ni x bleh garu. Tengok Aqil garu2 ok je dia x de parut besar2 pun..huhuuu. Saya tak garu dengan kuku, saya garu ikut luar baju. Memang sedap menonyoh, pastu siap picit2 gelembung tu macam picit plastik bubble. Memang syok dengar bunyi dia pecah. Kiranya dikeheningan malam yg syahdu itu saya berjaga menjalankan aktiviti memicit gelembung termasuk di muka dan kepala. Kat muka dan kepala tu picit pakai tisu. (WARNING: don't try this at home)

Yg ni scary. Akibat aktiviti memicit2 yg sangat mengujakan itu, rupanya gelembung2 itu muncul semula malah membawa lebih ramai kawan baru. Termasuklah di muka saya. Maka saya bangun pagi (takdelah bangun sgt, sbb mmg tak tido pun) dengan melihat wajah seorang zombie di cermin.. huwaaa..! serius ngeri nak tengok muka sendiri. Terbit berganda2 perasaan menyesal. Apesalla aku x ikat tangan ke mlm td kan.

Muka sy jd bengkak, bintik2 penuh muka, berbucu2 dah muka. Badan pun toksah cakap la. Masuk ke tengah hari lagi teruk. Mujur anak2 saya tak menangis ketakutan haha. Dan pada hari itu juga saya cuba dapatkan segala maklumat yang boleh tentang chicken pox ni.

Hari Jumaat, Alhamdulillah...semakin ok, saya ingat muka saya terkena jangkitan ape dah. Ingat mcm tak boleh surut. Ada juga terbayang mcm ada orang renjis2 je virus tu kat muka saya. (siap mimpi mcm tu lg). Cuma terfikir ada ke org lain kena chicken pox sampai teruk lagu tu? Yg kat badan, hasil picitan yg bersungguh2 tu ada yg kering, ada yg leper mcm picit x habis. tp warnanya dah lebam2 dah dan masih lagi gatal. Betulla orang kata, orang tua kalau kena demam campak lagi teruk dari budak2. Kenapakah daku tak kena masa kecik dulu? why? Patutlah aqil rileks je.. Ni Ammar pulak berjangkit, pun rileks je walaupun malam masih gatal2 merenyam, takdelah demam teruk, pastu bintik pun x banyak.

Oh ye, hari ke 4 saya dah stat ambil vitamin E untuk nk kurangkan kesan parut, zink untuk cepatkan baik luka dan juga ESP untuk pulihkan kulit rosak. Menyesal jugak tak buat stok banyak2 nutriferon tu. Kalau tak saya telan tu je dari hari pertama. Saya mkn vitamin C dari hari pertama tu.

Ok, ni pantang larang khusus untuk orang yang terkena serangan virus demam campak:

  1. Jangan garu! dan jangan sentuh muka dengan tangan. Nanti jadi parut kekal dan paling teruk bakteria membiak.
  2. Jangan makan makanan yang berminyak atau ditumis. Ini akan menambahkan kegatalan. Hanya masakan kukus, rebus dan bakar tanpa minyak je boleh
  3. Jangan main hujan
  4. Jangan makan ayam, atau daging, juga akan menyebabkan kegatalan kronik. Ikan2 yg gatal pun x boleh. 
Petua orang lama mengurangkan simptom2 demam campak
  1. Daum semambu/ neem diguna untuk lapis bawah alas tilam. Secara sains pun daum semambu ni ada bahan kimia yg berfungsi melawan keradangan. Saya tak letak bawah cadar, letak dalam baju terus. puas hati. Selain tu daun ni boleh bawak mandi jugak.. boleh la di tonyoh2 secara lembut ke badan.
  2. Minum air kelapa. Air kelapa berfungsi supaya semua biji2 campak yang ada tu keluar lebih cepat. Memang pun agaknye yg hari muka zombie tu saya ada minum air kelapa.
  3. Makan sup ayam kampung. Walaupun ayam tak boleh makan, tapi ayam kampung boleh. Buat sup je tanpa tumis.
  4. Pakai bedak sejuk +air asam jawa. Petua ni terjumpa dalam blog orang.
  5. Sapu losyen calamine (bukan krim). Ini pun boleh mengurangkan keradangan.
Satu lagi perkara yang harus kita tahu ( kata orang2 tua jugak la ni) kalau campak tu bermula dari kepala, kemudian berakhir di kaki tandanya campak keluar habis. Dan lagi katanya kalau keluar dari kaki dulu kemudian kepala maka lambat la proses pengeluaran campak itu. Wallahua'lam.

Apepun yang penting, jaga pemakanan dan jaga kebersihan diri dan persekitaran. Semoga lepas2 ni kita tak kena serangan virus campak lagi dah. Amiinn.
Alhamdulillah..lebih kurang 19 hari lagi kita akan bertemu Ramadhan. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Seperti biasa, menjelang Ramadhan ni, kita nak cari makanan yang boleh buatkan kita bertahan sampai ke petang dan tubuh kita tidak terhidrat. Penghidaratan akan menyebabkan kita keletihan dan sakit kepala. Sebab tu di awal2 puasa ramai yang akan mengadu sakit sakit kepala. Itu tanda penghidratan telah berlaku.


Ok, apa yang best sangat dengan set Mighty 3 Gems ini?
  • Boleh di ambil semasa waktu sahur - campurkan 1 sudu ESP + 1 sudu PD + 1 sudu Meal shakes dengan air / jus pilihan anda
  • ESP dan Meal Shakes memberi rasa kenyang berpanjangan dan mempunyai GI rendah. 
  • ESP dan Meal Shakes adalah sumber protein yang lengkap dengan asid amino, vitamin serta mineral tambahan menjadikan ia minuman paling berkhasiat semasa puasa
  • ESP dan Meal Shakes tinggi kandungan serat yang membantu mencegah sembelit semasa berpuasa
  • Performance meningkatkan aras glukos menjadikan kita sentiasa bertenaga
  • Performance mencegah dehidrasi dan kekeringan semasa puasa
  • ESP dan Meal Shakes mencantikkan kulit dengan cara menyihatkan sel
  • ESP dan Meal Shakes membantu menurunkan berat badan semasa puasa tanpa kekurangan nutrisi penting
  • Sesuai untuk semua termasuk kanak2 yang baru belajar puasa
  • Hidangan lengkap yang pantas semasa sahur buat anda yang sering terlewat bangun
  • Boleh dijadikan smoothies sama ada semasa berbuka atau sahur bersama buah2an kegemaran anda
  • ESP dan Meal Shakes membantu meningkatkan sistem imun 
  • Menyerlahkan keserian wajah semasa hari raya yang bakal tiba
InsyaAllah.. 

Jadi dapatkan stok anda sebelum tiba Ramadhan dan sebelum kehabisan stok!! Promosi Meal Shakes Jun ini sedang berjalan..Dapatkan ketiga2nya dengan harga jimat. Order sekarang!!!

Hubungi 013-2369434 Suhaila / emel butik.annajah@gmail.com / fb Su AnNajah


Ni testimoni panas jugak ni.. tapi peram seminggu sebab line internet slow nak buka blog pun sakit.

Kisahnya customer ni jiran kepada adik ipar saya. Tengok entry TESTIMONI BERJAYA HAMIL LEPAS TURUNKAN BERAT BADAN ini. Jadi orang2 dikejiranan mereka ni memang makan Shaklee terutamanya set kurus dari saya ;P.. tengoklah tak lama lagi orang2 di kejiranan ni semua sihat walafiat dan slim melim belaka kekekeke..

Kisahnya kak Amy ni mempunyai berat asal 67 kilo sebaik selepas melahirkan anak dia bulan bape entah hujung tahun lepas kot lupa pulak. Jadinya beliau mencuba set kurus Shaklee (setelah di promot oleh adik ipar saya) tu tadi. Setiap bulan memang tak pernah miss.

Mula2 beliau makan set kurus yg ada vitalea, lecithin dan alfalfa. Kemudian bulan-bulan berikutnya beliau hanya mengambil lecithin dan alfalfa sahaja.

Dengan istiqomah dan penuh keazaman, selama 4 bulan dan akhirnya beliau berjaya menurunkan berat sehingga 57 kg!!! 4 bulan beb!!

Tu kan dah kata, kalau ikut panduan terutama cukupkan keperluan air 1liter/25kg berat badan, mesti berjaya punyalah.

Selain itu beliau ibu menyusu. Jadi memang mudah nak bakar kalori. Apabila bayi menyusu, 500 kalori dibakar! Sebab tu saya sendiri kurus keding macam ni ha.. hahaha..

Jadi jika baru lepas bersalin, susukan bayi dengan penuh minat. Selain membina 'bonding' yg kukuh antara ibu dan bayi, ia juga dapat membakar kalori dengan berkesan!

Ok, sape nak set kurus atau lain-lain produk Shaklee, boleh hubungi saya:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ su annajah
Betul ke chicken pox dalam bahasa Melayunya cengkering? Betul kot no, bukan demam campak.

Minggu lepas, lebih kurang 11 hb 6 2013, lepas mandikan Aqil, (1 tahun 11 bulan) asben perasan dekat ari2 dia ada timbul  dua bintik berair..besar jugak.. Saya ingatkan semut gigit, pastu saya sapu herbal blend shaklee.. hehe.

Lepas tu esoknya timbul lagi banyak di seluruh badan. Ayok tak tahu! Sah chicken pox ni! Saya syak berjangkit dengan sepupu dia, ziyad (1 tahun). Ziyad ada datang masa kitorang pindah masuk rumah ni tapi kejadian berlaku 2 minggu yang lalu.

Kebetulan pulak jiran sebelah rumah anak2 dia semua 4 orang pun sedang mengalami chicken pox. Tapi kami tak pernah pergi rumah dia. Tak tahulah pulak macam mana virus tu berjangkit.

Jom belajar sikit apa itu chicken pox sebelum saya bg petua bagaimana ia boleh kering dalam masa 6 hari.

Chicken pox terjadi akibat jangkitan virus varicella zoster. Ia memang satu penyakit yang mudah berjangkit.

Ciri-cirinya:
Bintik besar/ kecil berair, gatal, dan  kebanyakannya sembuh tanpa meninggalkan parut kekal. Ia selalu tumbuh di seluruh badan termasuk muka, kepala, tangan, kaki, dimana saja diseluruh badan malah boleh jadi di dalam mulut juga.

Bagaimana ia berjangkit?
Ia berjangkit melalui sentuhan terus, pesakit batuk atau bersin. Biasanya lepas dua hari virus berjangkit, bintil mula kelihatan. Semasa bintik sedang pesat membangun inilah ia mudah berjangkit dan sebaik sahaja ia kering, risiko jangkitan berkurangan. Keadaan bintik pesat membangun ini selalunya mengambil masa 6 hari (paling lama 2 minggu ada juga 1 bulan)

Simptom lain:
Demam, muntah dan loya, hilang selera makan, gatal dan tidak selesa, sakit otot dan sakit kepala. Simptom juga berbeza antara individu. (Anak saya hanya mengalami kegatalan dan panas badan yg ala suam2 kuku je)

Jangkitan pada ibu hamil
Ibu hamil (dalam usia 6 bulan pertama kehamilan) yang terkena virus ini, boleh menjangkiti fetus dalam kandungan. Pada trimester ketiga pula, ibu akan menderita adverse effect kepada jangkitan ini. Jika ibu hamil ada mengambil immunisasi atau pernah terkena sebelum ini, antibodi yang terhasil boleh dipindahkan kepada fetus melalui placenta. Jadi, ibu dan fetus tidak akan terjangkit virus tersebut.

Sebenarnya agak bahaya jika ibu hamil terkena jangkitan virus ini dan ia boleh membawa komplikasi lebih teruk khususnya kepada bayi dalam kandungan.

Rawatan dan pencegahan
1. Jika boleh kuarantin mereka yang terkena virus daripada bercampur dengan orang yang sihat
2. Asingkan juga pakaian, mainan dan apa saja yg dikhuatiri terkena pesakit
3. Mandikan pesakit dua kali sehari
4. Potong kuku untuk mengelakkan luka semasa menggaru
5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah
6. Virus ini mudah dimusnahkan hanya dengan detergent dan haba panas

Bagaimana saya merawat chicken pox dengan Shaklee

Saya memang berikan anak saya makan vitamin C chewable setiap hari untuk kesihatan sistem imun beliau. Dan semasa kejadian sy tambahkan dos kepada 2 biji. Rasanya ini memang sangat2 membantu kerana beliau tidak mengalami simptom2 yg sukar.

Boleh juga berikan anak yg sakit Nutriferon dan Meal Shakes untuk mempercepatkan pemulihan.

Saya mandikan beliau dengan Basic H Shaklee 2 kali sehari. Basic H membantu membunuh kuman, virus dan bakteria dan ia sangat bebas bahan kimia berbahaya dan tidak merengsakan.

Pakaian aqil diasingkan dan direndam dalam air panas dahulu sebelum dibasuh.

Jadi nasihat saya, simpan dirumah sekurang2nya natural 1st aid Nutriferon dan pencuci natural serbaguna Basic H untuk mencegah jangkitan virus dan bakteria.

Mencegah lebih baik daripada merawat!

Haa tu dia punya panjang tajuk.. sikit lagi nak tambah "hanya dengan mengambil lecithin dan alfalfa sahaja" hiks..

Testimoni panas lagi ni.. baru dapat sms tengah hari tadi dari adik ipar saya. Ni kisahnye..

Adik ipar saya tu, telah mempunyai dua orang cahaya mata. Yang sulung gegirl umur dah darjah 3, yang kedua boboy, dah 6 tahun. Beliau memang ingin mendapatkan cahaya mata seterusnya, tetapi ada masalah dan agak sukar untuk hamil walaupun period datang setiap bulan. Pernah juga period tak datang berbulan2 sampai dia rasa senak perut. Lepas tu dia makan ubat herba mende entahnye. Period pun keluar..ok la..

Lama kemudian, lepas buat urin test asyik negatif je, beliau bertindak berjumpa dengan doktor pakar. Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menasihatkan agar beliau menurunkan berat badan terlebih dahulu dan menjaga pemakanan.

Beberapa lama kemudian, barulah beliau tergerak hati untuk mencuba Shaklee, sebab katanya dah tak tahan badan makin berat, period pun tak sedap, darah keluar sikit2 dan perut pun sakit.

Beliau bermula dengan lecithin dan alfalfa sahaja. Bila makan secara konsisten, beliau dapat rasakan perubahan dimana badan semakin ringan, dan berat badan kemudian turun secara konsisten juga. Yang paling seronok apabila period beliau tidak lagi mengalami sakit2 perut malah darah kotor turun dengan banyak dan lancar.

Selama berbulan2 (ada 5 bulan kot, tak sempat nak cek buku folo up) dan harini beliau memberitahu ujian kehamilan didapati POSITIF!

Allahu akbar! Segala puji bagi Allah yang mengizinkan setiap kesembuhan dan rezeki.

Siapa sangka, dengan niat nak turunkan berat badan, akhirnya didapati positif kehamilan. Sujud syukur padaMu ya Allah..

Semoga beliau sentiasa sihat walafiat dan terus setia dengan produk semulajadi Shaklee ;))

Bagi yg ada mempunyai masalah sama (kebanyakan masalah sukar hamil ialah apabila berat badan berlebihan) bolehlah mencuba Shaklee. Kami ada set kurus dan set kehamilan juga. Tidak salah mencuba kerana selagi tak cuba kita tak tahu. Ini ikhtiar belaka, hasilnya kita serahkan pada Allah.

Konsultasi percuma, hubungi: Suhaila 013-2369434 / Fb page Saya Mahu Sihat / fb Su AnNajah
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. sujud syukur padaMu yaAllah atas rezekiMu.

Alhamdulillah hari ni pembayaran bonus oleh Shaklee kepada distributor yg bertungkus lumus memasarkan produk. Setiap bulan, Shaklee akan bayar bonus melalui 2 cara:

1. Online transfer terus ke akaun Maybank pengedar
2. Cek yg diposkan pada hujung bulan jika tidak mempunyai akaun Maybank

Bila dah masuk wangnya ke akaun kita maka tibalah giliran kita menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam, menunaikan rukun Islam ke-4 iaitu zakat.

Untuk membayar zakat, sama ada perniagaan, pendapatan, fitrah, ternak, emas dan sebagainya, ada 2 pilihan:

1. Bayar di kaunter pusat zakat yg ada disetiap daerah
2. Bayar online.

Sekarang sy nak share bagaimana cara bayar zakat online, atau lebih mudahnya melalui Maybank2u.

1. Log in akau Maybank2u anda
2. Klik "bill payment"
3. Kemudian klik " make a one-off payment"
4. Pilih "zakat & charity". klik "Continue"
5. Pilih perbadanan zakat pilihan anda. Klik "teruskan"
6. Masukkan maklumat yang berkenaan seperti amaun zakat yg akan dibayar, no tel pusat zakat pilihan anda tadi, jenis zakat yang ingin di bayar. Kemudian klik "Continue"
7. Masukkan no TAC. klik "Confirm"
8. Save ke dalam pc untuk rujukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang zakat, siapa yang layak menerima, siapa yang wajib membayar, apakah jenis zakat yang kita wajib bayar, silalah melawat ke laman web zakat ini

www.zakat.com.my

"Dirikanlah solat; dan bayarkanlah zakat; dan apa-apa yang kamu usahakan di antara kebaikan untuk dirimu, nescaya kamu beroleh pahalanya disisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah: 110
Ramai ibu-ibu yang susah hati bila anak kurus, selera makan kurang, malah hanya minum susu formula walaupun dah berusia 2 atau 3 tahun.

Sebenarnya, bayi dilahirkan dengan lebih daripada 75% daripada berat badan bayi daripada air. Apabila usia meningkat, peratus kandungan air akan berkurangan sehingga 50% berat badan orang dewasa. Ini menunjukkan pengambilan air dalam bentuk susu atau cecair lain sangat penting bagi memastikan berat badan bayi berada dalam julat yang normal.

Peratus air yang hilang akibat keaktifan bayi perlu diganti secara berterusan dengan pengambilan air dalam kuantiti mencukupi.

Bayi dan anak-anak sepatutnya mendapat zat protein yang mencukupi untuk memastikan tumbesaran anak-anak normal. Makanan mengandungi asid lemak tak tepu seperti omega-3 sangat penting untuk pembinaan tenaga anak yang aktif.

Dibawah ni beberapa tips dan petua bagaimana meningkatkan selera makan anak dan mengatasi anak yang cerewet makan

1. Ibu dan ayah jangan cerewet!! sebab ikut kajian, 27% kanak-kanak yang cerewet, 22% daripadanya mempunyai ibu bapa yang juga cerewet.

2. Berikan snek berkhasiat pada waktu pagi dan petang selain waktu makan utama seperti buah buahan, kekacang dan Meal Shakes.

3. Lupakan peraturan di meja makan dan jangan terlalu tegas seperti 'jangan bersepah di meja makan' atau ' jangan bercakap semasa makan'.

4. Elakkan anak minum air sebelum waktu makan kerana ini akan mengurangkan selera mereka.

5. Fikirkan alternatif contohnya jika anak tidak sukakan ayam, gantikan dengan ikan kerana dua-duanya mengandungi protein.

6. Hentikan memaksa anak memakan sesuatu yang dia tidak suka.

7. Kalau dia suka makan sendiri, biarkan dia, kalau dia suka disuap, suapkan saja.. (anak saya kalau mama suap berpinggan pinggan dia makan)

8. Kreatiflah! Jika anak tak sukakan makanan sebab rasanya, campur dengan makanan yang dia suka. Jika dia tak sukakan rupanya, olah rupa supaya nampak menarik dan disukai.

9. Jangan paksa anak makan banyak sebab saiz perutnya kecil.

10. Libatkan anak-anak yang cerewet dengan aktiviti dapur supaya mereka memilih sendiri apa yang mereka suka makan.

11. Perkenalkan makanan baru 10 kali bukan sekali dua. Normal bagi seorang kanak-kanak menolak makanan yang baru diperkenalkan kepada mereka.

12. Perhati dan nikmati sahaja perkembangan pemakanan anak-anak asalkan anak tidak terlalu cerewet dan memilih hingga mendatangkan bahaya. Tabiat pemakanan akan berkembang, si manja akan menyukai makanan yang dia tidak biasa, dan menolak makanan yang dia sudah jemu. Macam kita juga ada masa dan ketika kita menggemari sesuatu dan pada masa yang lain kita tidak menyukainya..

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang terlalu memilih, apa kata berikan anak makanan berkhasiat seperti Meal Shakes Shaklee kerana telah ramai ibu dan anak yg mendapat kebaikannya!

Tak cuba tak tahu...

Hubungi : 013-2369434 Suhaila untuk pembelian dgn harga best!
Haaa dia mai dahhh!!

Meal shakes ni memang menjadi rebutan terutamanya mereka yang nak turunkan berat badan, nak naikkan berat badan, nak kulit cantik, sebagai sarapan pagi berkhasiat, nak puasa, untuk anak2 yg kurang selera makan, anak2 yang selalu sakit contohnya anak2 yang dihantar ke nursery atau taska, anak asma, anak eczema, anak HFMD, anak2 membesar, anak sembelit, anak selalu demam, anak selalu selsema, anak selalu gatal2 dan macam2 lagi.

Meal Shakes juga boleh
- bantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

-bantu pembesaran dan bina tulang, otot dan gigi

-sebagai antioksida yang mencegah kanser dan penuaan sel kerana ia mengandungi vitamin antioksida termasuk vitamin A, C, E, Zink, selenium yang juga bertindak melawan jangkitan

-berupaya mengembalikan seri wajah kerana ia mengandungi vitamin B lengkap, zat besi, dan copper untuk bina sel darah yang sihat

-sebagai agen detoksifikasi kerana ia kaya serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Saya sukakan rasa dan bau vanillanya yang sangat harum.. campur dengan ESP + Sunquick memang marvellous lah!!

Hubungi saya untuk konsultasi istimewa:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com