Enter Keyword

Why So Serious, Mama?

Cuti sekolah dah bermula!

Anak-anak memang seronok. Boleh nampak keseronokkannya bila diorang boleh bangun awal pagi tanpa drama, boleh mandi tanpa di suruh, dan memakai baju cantik-cantik seolah memberi hint, 'jom la kita jalan mama'.

Tapi, abah awak kan kerja. Marilah kita duduk dirumah je sambil buat apa-apa yang patut.

Dan...hari pertama cuti bermula, mama hampir bertukar warna hijau dengan macam-macam perangai tiga hero ni. Kemuncaknya, bila nak keluar berjalan petang tu, mama dapati lipstik mama yang baru je beli dah patah kena tonyoh dengan anak jantan. Meletop teruslah mama.


Memang hari pertama tu mama banyak mengurut dada sambil mulut pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet sekejap kuat, sekejap perlahan. Rasanya kalau ada mesin cek tekanan darah, kompem asyik meninggi je. huhuhu

Mujur abah diorang balik kerja petang tu dan ajak keluar. Release juga stress mama. Sedikit.

Kami ke kedai buku Popular petang tu. Tujuannya nak cari buku yang kawan mama mintak tolong beli.

Sambil pusing-pusing, mengintai buku-buku yang ada, mata tertancap pada sebuah buku bertajuk 'Why So Serious, Parents?'.

Mama pun ambil buku tu, kelebet-depan belakang. Elok pulak sampai dekat part dia tulis (lebih 
kurang), 'Mama baru kemas rumah, mop lantai tiba-tiba anak tumpahkan air. Mama pun marah bla bla bla...'. 

Terus sentap mama shorang shorang kat situ 😂.
Dia tulis lagi, why so serious, semua benda kita nak marah. Okey masa ni mama terus teringat lipstik yang patah sebelum keluar rumah tadi 😁.

Tak cukup dengan tu mama di tegur Tuhan, malamnya bermimpi pula mama yang kena bebel. Tak ingat siapa yang bebel, tapi pedihnya menusuk kalbu.
Siap keluar sekali pengajaran, kalau kita tak suka kena marah, kena bebel, anak pun begitu juga. Mimpi apakah ini? Huhu.

Sejujurnya, memang mama berfikir mengenai anak-anak ni. Kita stress kenapa diorang susah nak dengar cakap. Kita cakap A, dia buat B. 

Sebenarnya kemahuan anak tak seiring dengan kemahuan kita. Cara berfikir kita pun tak sama. Sebagai mak, patutlah kita lebih memahami keperluan dan keinginan anak kecil kita. Tapi mungkin kita terlalu serious dan terlalu mahukan kesempurnaan.

Kasihan anak bila di paksa-paksa.

Cuti sekolah berbaki seminggu lagi.
Semoga hari ni dan seterusnya, mama lebih tenang, cool, rileks, tak serious. Tarik nafasssss, hembus!

Pada ibu yang nak dapatkan buku ni, bolehlah ke kedai buku berhampiran anda.




Boleh juga klik di sini untuk membeli secara online!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan