Enter Keyword

3 Tanda-Tanda Bersalin Dah Dekat. Dah Sedia?

Cerita pasal bersalin ni tak pernah tak nerves. Automatik la kepala otak pun membayangkan situasi cemas dalam bilik bersalin.

Bagi ibu yang pertama kali nak lalui saat ini, mesti tak boleh nak imagine apa yang akan berlaku nanti kan. Apa-apa pun jangan panik, jangan takut dan rileks je. Semuanya insyaAllah akan under control.

Lagi pun ibu dah banyak buat research, dah banyak baca kan. Sedikit sebanyak ianya akan membantu untuk ibu tenang dan bersedia nanti. Perasaan takut tu normal la. Ciksu yang dah beranak ramai ni pun masih takut lagi. Hiii


Tanda-tanda awal nak bersalin ni, sebenarnya berbeza antara individu. Macam Ciksu, ketiga-tiga anak sebelum ni di tandai dengan keluar lendir bercampur darah dulu.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Macam anak pertama, bila keluar darah tu, ciksu pun panik la. Terus pergi hospital. Bila doktor cek jalan, baru 1 cm, jadi dia suruh balik dulu. Masa tu memang takde rasa sakit apa pun.

Dah balik, beberapa hari lepas tu keluar lagi lendir campur darah. Pergi hospital lagi. Masa ni baru kena tahan.

Untuk pengetahuan ibu, untuk lahirkan anak pertama, kita kena tunggu sampai laluan terbuka 10cm taw. Dan ikut kata nurse masa tu, biasanya dalam masa 1 jam, hanya 1cm je bukaan. Jadi boleh kira sendiri berapa jam yang diperlukan sebelum betul-betul boleh meneran. Itu kalau benar dia bukak 1cm sejam.

Macam Ciksu sendiri hampir 24 jam! Serius trauma bila ingat semula. Bila kena tahan wad petang tu, malam tu dah rasa sakit sangat. Memang tak boleh tidur. Kekiri salah, kekanan salah, menelentang salah. Semua sakit.

Pagi esok, bila nurse cek, baru 3cm. Huwaaa!! Nak nangis rasa. Memang lama Ciksu tunggu nak boleh sampai 10cm tu. Contraction kuat giler sampai Ciksu dah meneran-meneran dah sambil duduk masa tu.

Dalam jam 3 petang, masa tu ada sedara mara datang, maklong Ciksu ni bidan mengurut orang bersalin, dia tengok Ciksu macam teruk sangat je, dia bagitau la misi. Misi cek dah 7cm.

Terus dia suruh naik atas katil. Tu pun belum boleh beranak lagi, walau pun diri ni dah rasa macam dah tak tahan sangat nak terkeluar tapi tak keluar-keluar. Lama jugak la menahan contraction, siap misi tu boleh sembang-sembang lagi sesama dia. Huhu..

Dalam jam 4 lebih gitu, mula proses perjuangan yang sebenar. Suami pun baru sampai dari Melaka, elok-elok memang dah nak beranak sangat dah. Berpeluh-peluh, dengan menggunakan sisa tenaga yang masih ada, akhirnya! Ya Allah syukur keluar zuriat yang pertama.

Lepas tu segala sakit-sakit tadi totally hilang! Akibat meneran yang banyak sangat tadi tu, koyakan agak banyak. Dah kena naik ambulan pulak, tukar hospital. Doktor hospital situ tak boleh nak jahit.

Jahit pun berejam. Lolll! Seksa taw. Ini cerita 9 tahun dulu. Si sulung pun dah darjah 3. Dah handsome boy sekarang.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Pun sama, masih di tandai dengan keluar lendir darah. Ada contraction manja-manja jam 4pagi. Ciksu dah tak boleh tidur sebab takut. Terbayang pulak pengalaman bersalin yang pertama dulu. Jam 8pagi terus ke hospital.

Jam 12 tengah hari, dah rasa contraction makin kuat. Jam 1 lebih terus masuk labor room. Masa misi tolak dengan kerusi roda tu memang dah bergenang air mata. Dia punya takut tu tak tau nak cakap. Takut sesangat. Fobia trauma semua ada.

Dah baring atas katil tu pun lama juga nak tunggu dia betul-betul nak keluar tu. Jam 2.52 baru dia keluar. Alhamdulillah.

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Contraction manja-manja waktu Subuh juga, ada lendir campur darah. Menjelang siang, eh hilang pulak sakit-sakit pagi tadi. Berdebar juga dah. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, dah malam baru rasa sakit.

Ciksu bertahan dulu, tunggu anak dua orang tidur. Kang sibuk nak mengikut pulak. Dah la abahnya takde, pergi interview di Penang. Adik dan mak yang hantar pergi hospital dalam jam 11 malam macam tu.

Bila cek, dah 4 cm. Tak lama pastu doktor sorang lagi cek dah 5 cm, terus dia suruh masuk bilik bersalin. Lepas doktor cek baru la terasa contraction tu kuat dan kerap.

Akhirnya tepat jam 1.37 pagi, keluarlah zuriat yang ketiga. Syukur Alhamdulillah.

Bila ingat-ingat pengalaman bersalin memanglah akan buat kita rasa serik nak beranak lagi. Tapi perempuan kan. Dah hilang sakit tu tetibe mengandung balik. Huuu..

Perempuan sememangnya 'never give up!' haha.

Bila cerita dengan kekawan, pergi melawat rakan yang baru bersalin, macam-macam pengalaman sebenarnya. Macam ciksu cakap tadi lah, setiap orang tu tak sama tanda-tanda bersalinnya.

Jadi, ibu kena alert dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

Ok, jom tengok tiga tanda utama anda sememangnya dah dekat nak bersalin ni.

1. Pecah air ketuban

Selalunya air ketuban akan dipecahkan oleh doktor sewaktu proses kelahiran dah sangat dekat. Namun begitu ada juga yang wanita mengalami pecah air ketuban dulu secara tiba-tiba.

Jika terasa ada air sudah keluar, jangan berlengah, terus capai beg dan segera ke hospital.

2. Keluar darah dan lendir

Darah dan lendir ni adalah mukus daripada uterus kita. Bila keluar darah ni tak semestinya kita akan rasa sakit terus. Bila tak sakit biasanya doktor akan suruh kita balik atau berehat dulu hingga terasa sakit.

3. Sakit contraction

Sakit contraction ni ibu sendiri boleh rasa dan tau. Sakit manja-manja tu kita akan rasa macam denyut-denyut sikit di bahagian peranakan dan ari-ari.

Lama-kelamaan sakit ni akan semakin kuat dan kerap. Kena tengok jam berapa minit sekali kita rasa sakit. Kalau makin kerap tu maknanya memang dah dekat sangat la tu.

Sebenarnya, semakin kuat, kerap dan lama tempoh contraction, semakin besar laluan akan terbuka. Jadi, sakit bersalin ni sebenarnya nak mudahkan kita keluarkan baby.

Oleh itu, janganlah di tanya kenapa nak bersalin mesti melalui sakit-sakit contraction ni semua. Sesetengah orang je yang memang tak rasa sakit pun tapi tau-tau nak meneran je.

Ciksu harap, ibu dah dapat gambaran sedikit sebanyak bagaimana nak hadapi waktu dan saat-saat nak melahirkan tu.

Walaupun ibu rasa takut, tapi berfikirlah positif dan hadapi dengan tenang. Tarik nafas, dan ingat yang tak lama lagi kita akan peluk dan dakap baby comel kita. Tak lama pun. Cayok ibu!

Jika ibu berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee, boleh saje hubungi Ciksu bila-bila masa.


Ciksu doakan semoga semuanya dipermudahkan nanti. InsyaAllah.

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan