Enter Keyword

8 Cara Kawal Dan Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini saya di kejutkan dengan berita bahawa kakak ipar di masukkan ke wad akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Kakak ipar saya ni muda lagi. Umur sekitar akhir 30-an. Suami beliau iaitu abang saya, baru je meninggal beberapa bulan yang lepas akibat serangan jantung mengejut (cardiac arrest). Al-Fatihah untuk arwah.

Memang tak boleh main-main dengan tekanan darah tinggi ni, sebab ia tak kenal siapa. Dan kakak ipar saya ni juga seorang petugas kesihatan a.k.a jururawat.


Antara faktor seseorang boleh dapat tekanan darah tinggi ni ialah sejarah keluarga, umur, etnik, merokok, dan gaya hidup lebih-lebih lagi pemakanan seseorang.

Lemak dan garam jadi punca

Masakan akan jadi tak sedap kalau tiada unsur garam, gula dan lemak. Lazimnya memang tiga bahan inilah yang menyedapkan rasa sesuatu makanan. Sedangkan kita tak sedar bahan inilah yang jadi punca utama kebanyakan penyakit terutama kita di Malaysia ni.

Tekanan darah tinggi berlaku apabila arteri menjadi keras (stiffed) akibat timbunan plak serta lebihan garam dalam darah. Garam berlebihan menyebabkan badan kita terpaksa mengepam lebih air ke dalam salur darah untuk mencairkan kepekatan darah.

Arteri atau salur darah boleh menjadi keras apabila seseorang itu banyak merokok, banyak lemak dan obesiti, diet rendah serat, atau tekanan yang mana arteri tidak lagi elastik dan fleksibel, dengan itu ia tidak boleh meregang untuk membenarkan laluan darah yang lancar.


Arteri normal (elastik) dan arteri keras (stiff)

Selalulah memeriksa tekanan darah terutama jika kita memang ada faktor risiko yang disebutkan diatas tadi.

Darah tinggi memang tidak ada sebarang petanda. Jarang orang rasa sakit-sakit dulu baru tau dia ada darah tinggi. Sebab tu kita panggil dia 'silent killer'. Menakutkan bukan?

Oleh itu jom kita sama-sama jaga kesihatan diri untuk lihat keluarga terutama anak-anak kita membesar dengan sihat.

8 Cara Kawal Dan Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat

Perubahan kecil dalam gaya hidup kita pun dah cukup beri impak besar kepada kesihatan. InsyaAllah, mulakan perlahan-lahan agar lama-lama jadi kebiasaan. :)

#1. Turunkan berat badan

Lebihan lemak terutama di bahagian pinggang menaikkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 60%. Lemak di pinggang dan perut  mengepam bahan inflamatori ke dalam aliran darah, di mana ia akan mengeraskan arteri.

Lebihan lemak juga  boleh mengganggu fungsi buah pinggang dan kemampuannya untuk menapis garam dalam salur darah.

Usahakanlah untuk turunkan berat badan dan mencapai berat ideal serta kekal 'fit'.

#2. Kurangkan pengambilan garam

Klise sangat bunyinya. Tapi tu lah kan... Badan kita memang perlukan sodium tapi dalam jumlah yang kecil sahaja iaitu kira-kira 2.3g sehari. Kalau berlebihan, darah akan jadi pekat dan memaksa tubuh kita pam air lebih banyak. Bila air dah banyak, isipadu darah meningkat, kelajuan untuk mengepam pun meningkat juga. Secara tak langsung tekanan darah turut meningkat.

#3. Ubah pemakanan

Makanlah banyak makanan berikut:

  • buah-buahan
  • sayur-sayuran terutama salad dan ulam
  • susu rendah lemak atau susu segar
  • jus oren
  • pisang
  • sayur bayam
  • kismis
  • jus prun
  • brokoli
  • oat
  • barli
  • kekacang seperti walnut, soya, almond
  • bendi
  • biji labu
  • bawang putih
  • gandum penuh


Ambil makanan yang tinggi kandungan serat, tinggi kalsium, pottasium dan magnesium. Makanan tinggi serat umpama span yang menyerap lemak, garam dan  kolesterol jahat untuk disingkirkan.

#4. Gaya hidup aktif

Banyakkan berjalan, bergerak dan bersenam. Buat senaman selama 30-45 minit dalam 3-4 kali seminggu.

#5. Berhenti merokok!

Rokok bukan saja menimbunkan radikal bebas dalam badan, merosakkan sel terutama sel darah, menyebabkan mutasi genetik serta mengganggu fungsi organ seperti hati, jantung dan buah pinggang untuk bekerja dengan lebih cekap.

#6. Kurangkan stress dan tekanan

Hidup kita adakala memang buat kita stress. Mungkin kita terlalu banyak bekerja dan berfikir. Ambil beberapa minit setiap hari untuk bertenang, kosongkan fikiran, berzikir dan membaca Al-Quran.

Bercakap dan bergaullah dengan orang yang positif yang dapat berkongsi masalah kita.

#7. Berhenti makan makanan tidak sihat

Makanan tersebut ialah makanan segera, makanan dalam tin, makanan terproses, naget, french fries, burger, makanan ringan, snek, dan sebagainya.

Makanan ini bukan saja tinggi kandungan garam bahkan tinggi bahan kimia serta lemak tepu yang boleh merosakkan sel badan.



#8. Mulakan suplemen

Suplemen bukan lagi kehendak, tapi satu keperluan wajib zaman ini. Antara suplemen yang membantu mengawal dan menurunkan darah tinggi ialah Omega 3, antioksidan seperti vitamin C dan E, garlic, kalsium dan protein soya.

Sentiasalah peka kepada tahap kesihatan masing-masing. Buat pemeriksaan tekanan darah setahun sekali untuk memastikan tekanan darah sentiasa berada dalam julat yang selamat.

Akhir kata, mencegah lebih baik daripada merawat.




Jika berminat mendapatkan suplemen semulajadi Shaklee untuk mengawal dan menurunkan darah tinggi, hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan