Enter Keyword

8 Cara Meningkatkan Kesuburan Pada Wanita Untuk Cepat Hamil

Assalamualaikum wbt.

Setiap pasangan yang berumah-tangga, pasti inginkan kehadiran cahaya mata. Namun cepat atau lambat memperoleh anugerah itu, hanya Allah yang tahu. Tugas kita adalah berusaha sebaik mungkin menggunakan pelbagai cara asalkan halal dan selamat.

Di sini saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh di lakukan untuk meningkatkan tahap kesuburan seterusnya meninggikan peluang untuk hamil.


#1. Turunkan berat badan

Jika mengalami berat badan berlebihan, eloklah usaha untuk mendapatkan berat badan ideal. Berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berlebihan boleh melambatkan masa untuk hamil.

#2. Kurangkan kafein

Jika terlalu banyak mengambil minuman berkafein, ia boleh mengganggu kesuburan. Hadkan pengambilan kafein sehingga satu atau dua cawan sahaja sehari.

Antara minuman berkafein selain kopi ialah teh, minuman bergas, dan coklat malt.

#3. Kurangkan tekanan dan stress

Tekanan di tempat kerja, di rumah, atau masalah peribadi boleh mengganggu kesuburan. Selesaikan masalah, banyakkan berbual dan berbincang dengan pasangan serta berdoa.

#4. Makanan seimbang

Makanan seimbang dan berkhasiat sangat mempengaruhi kesuburan. Jauhi makan rapu, makanan segera, lemak trans, minyak dan lemak, serta garam dan gula berlebihan. Elakkan juga mengambil makanan yang tinggi bahan perasa, pewarna dan pengawet.

#5. Jauhi bahan kimia berbahaya

Contohnya pestisid dan herbisid pada sayur dan buah-buahan, pencemaran udara, air dan tanah, serta radiasi. Pendedahan kepada bahan pencuci tinggi kandungan toksin juga boleh memudaratkan kesuburan.

#6. Hubungan seks yang lebih kerap

Dalam tempoh seminggu, bilangan sperma mungkin meningkat, tetapi kadar kematian sperma juga meningkat. Hubungan seks yang jarang atau melebihi lima hari boleh memberi kesan kepada bilangan sperma.

Lebih kerap melakukan hubungan seks, lebih tinggi peluang untuk hamil.

#7. Jauhi rokok

Sama ada wanita itu sendiri atau pasangannya yang merokok. Zarah beracun dalam rokok boleh mengganggu kesuburan walaupun dalam perokok pasif.

#8. Mengambil suplemen tinggi antioksidan

Suplemen tinggi antioksidan seperti vitamin C dan vitamin E amat penting untuk menggalakkan kesuburan. Vitamin C contohnya, selain menguatkan sistem imun, ia bertindak meransang pengeluaran kolagen yang mana amat penting sebagai tisu penghubung antara sel. Vitamin C juga dapat meransang pengeluaran hormon progesterone dan oksitosin yang mana sering dijumpai dalam kepekatan yang tinggi dalam korpus luteum.

Asas kepada sistem pembiakan yang sihat ialah sel yang sihat. Manakala sel yang sihat memerlukan nutrisi yang baik dan sihat untuk ia kekal berfungsi dengan sempurna.

*********
Set Kesuburan Shaklee -----> Hubungi:

012-9645614
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan