Enter Keyword

7 Petua Dan Cara Mengatasi Rambut Gugur Lepas Bersalin

Masalah rambut gugur lepas bersalin memang menjadi kegelisahan buat para ibu. Mana taknya, dulu rambut tebal, hitam sekarang dah nipis. Selak je rambut terus nampak kulit kepala. Kalau sikat rambut tu toksah cerita la kan. Berterabur merata sampai ada yang tanya 'rambut siapalah pulak ni'. Huhuhu...

Rambut gugur lepas bersalin atau dikenali sebagai postpartum hair loss adalah normal dan semua ibu pernah dan akan mengalaminya. Ni ada rahsia nak cerita pasal rambut...

Masa mengandung, rambut dan bulu yang ada pada badan kita tidak gugur malah akan tumbuh dengan lebat. Masa ni kita akan perasan rambut kita sihat, cantik, lembut dan tebal. Tapi..sebaik saja kita dapat baby kecantikan rambut serta merta hilang!


Rambut akan mula gugur apabila memasuk bulan ke3 hingga bulan ke 6 selepas bersalin. Tempoh berapa lama rambut akan gugur pula bergantung kepada individu. Tapi jangan panik, walau sebanyak mana rambut yang gugur, ibu takkan jadi botak.

Tau tak, rambut kita ni pun ada kitar. Dia tau bila dia nak tumbuh atau gugur. Masa mengandung, peningkatan level hormon estrogen dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita berada dalam fasa 'rehat' daripada menumbuhkan rambut. Rambut yang patutnya gugur akan stay di atas kulit kepala. Sebab tu kita rasa rambut kita tebal masa mengandung. Kan?

Tapi, sebaik saja kita melahirkan anak, level hormon estrogen akan turun dan rambut pun mula gugur.

Fasa ini berlaku hanya sementara. Namun ada orang yang mengalami keguguran rambut menjangkau setahun atau mungkin lebih.

Bila terlalu lama macam ni, mungkin ada faktor lain yang menyebabkan keguguran dan rambut susah nak tumbuh contohnya ibu kurang nutrisi.

Di bawah ni ada beberapa petua dan cara semulajadi bagaimana nak mengatasi dan mengurangkan rambut yang gugur lepas bersalin.

1. Urutan

Urut kepala menggunakan minyak yang sesuai. Urutan dapat meningkatkan pengaliran darah ke folikel rambut, memperbaiki kondisi kulit kepala dan meningkatkan kekuatan akar rambut. Lagipun urutan dapat buat kita rasa rileks dan tenang, stress pun kurang.

Minyak yang sesuai digunakan ialah minyak kelapa, minyak zaitun, minyak kacang almond, minyak argan dan sebagainya. Lakukan seminggu sekali.

2. Aloe vera

Aloe vera mengandungi enzim yang boleh meransang pertumbuhan rambut. Caranya sapukan jus atau gel aloe vera ke kulit kepala. Biarkan untuk beberapa jam kemudian basuh dengan air suam. Lakukan petua ini3-4 kali seminggu.

3. Ubi bit

Ubi bit mengandungi karbohidrat, protein, pottasium, fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Ibu boleh minum jus ubi bit ini atau campurkan dengan inai dan sapukan pada kulit kepala.

4. Daun kari

Daun kari selain dimasukkan dalam masakan, di buat ulam, ia juga boleh digunakan untuk lebatkan rambut.

Caranya, didihkan daun kari bersama minyak kelapa di dalam periuk hingga berwarna kehitaman. Sejukkan campuran ini dan sapukan pada kulit kepala 2 kali seminggu. Rambut akan tumbuh lebat dan cantik.

Jika rambut beruban juga boleh guna petua ini.

5. Minyak bawang putih

Komponen allicin yang tinggi dalam bawang putih amat penting untuk merawat rambut gugur.

Ambil 7-8 ulas bawang putih yang telah di ketuk, didihkan bersama minyak zaitun. Sejukkan dan sapu campuran ini pada kulit kepala 3 kali seminggu.

6. Jus lemon

Lemon kaya dengan antioksidan dan vitamin seperti B kompleks dan vitamin C yang dapat meransang pertumbuhan rambut, buat rambut bersinar dan meransang peredaran darah pada kulit kepala.

Caranya campurkan 1 sudu teh jus lemon dan 2 sudu teh minyak zaitun (atau kelapa). Sapukan campuran ini pada kulit kepala dan biarkan selama sejam. Basuh dan syampu rambut.

7. Ambil protein

Rambut terbina daripada unsur protein iaitu keratin. Protein membantu dalam pertumbuhan rambut secara berterusan hinggalah rambut itu gugur (kitaran rambut). Apabila rambut baru tumbuh, protein lagi sekali memainkan peranannya. Apabila seseorang kekurangan protein, maka proses ini terganggu dan akan buat banyak rambut gugur. Ambil protein yang cukup akan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Jom kembalikan kesihatan dan ketebalan rambut ibu cara semulajadi. Mudah je kan!

Ibu yang nak Set Rambut Mahkota Indah boleh hubungi saya:

~ Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

1 ulasan: