Lemas melihat lambakan makanan ini, akhirnya mendorong saya untuk menulis topik ini. Sebagai ibu rasanya menjadi tanggungjawab saya untuk ingatkan ibu yang lain, malah semua ibu bapa bahawa mengambil makanan yang salah akan mendatangkan banyak kesan buruk pada anak kita.

Kita mungkin tak sedar sebab anak kita masih kecil. Sel masih membahagi dengan pantas. Anak masih aktif dan sihat. Namun kesan jangka masa panjang tiada siapa yang dapat menduga. Eloklah kita mencegah dari awal sebelum terlambat.


Pada pandangan kita, gambar di atas nampak macam makanan. Betul kan? Sebenarnya ia bukan makanan. Makanan ialah sesuatu yang kita makan dan ia memberi kita nutrisi yang badan kita sangat perlukan. Dalam gambar diatas (walaupun ada label fakta nutrisi) ia sebenarnya mengandungi kosong nutrisi malah badan kita menganggap ia adalah 'waste'! Langsung tidak berguna!

Inilah yang dinamakan makanan terproses ( processed foods) atau lebih tepat lagi chemically processed foods. Jangan terkeliru dengan perkataan proses itu.

Ayam goreng kunyit, walaupun telah diproses ia masih makanan sebenar. Begitu juga buah limau yang diperah jusnya untuk diminum. Atau nasi lemak sambal sotong. Ia masih 'real foods'. Ia cuma diproses secara mekanikal dan tidak ada sebarang aditif di dalamnya.

Makanan terproses yang kita maksudkan disini ialah makanan yang telah diproses secara kimia, telah ditambah pelbagai bahan seperti pewarna tiruan, perasa, pemanis tiruan, pengawet dan bahan-bahan kimia sintetik untuk mengekalkan tekstur, warna, rasa selama bertahun-tahun. Jadi, masih panggil ini makanan?

Mungkin ramai daripada kita yang menganggap,

"Ala..sekali sekala. Bukan makan banyak pun. Sikit je. Lagipun kesian tengok anak mintak-mintak"

Saya harap kita bertukar fikiran lepas mengetahui sebab kenapa makanan ini tidak sesuai lagi diberikan kepada anak kita.

1. Rintangan insulin

Biskut dan air minuman (tin, botol atau kotak) contohnya mengandungi amaun gula yang sangat tinggi. Kadar gula yang terlalu tinggi ini akan memberi kesan terhadap metabolisme badan kita.

Metabolisme yang tidak stabil akan menyebabkan rintangan insulin, kenaikan lemak trigliserida, kenaikan kolesterol jahat, serta pengumpulan lemak pada organ hati dan abdomen.

Gula adalah pembunuh senyap nombor satu. Ia boleh menyebabkan kanser, serangan jantung, obesiti, diabetes dan sebagainya.

2. Mendorong makan lebih banyak (ketagih)

Pengilang tahu makanan ini mesti sedap untuk menarik perhatian anak untuk makan, makan, dan makan lagi. Maka mereka memasukkan bahan yang boleh menyebabkan kesan kepada biokimia otak (brain rewarding), merosakkan fikiran serta tingkahlaku, lalu mendorong anak untuk terus menikmati makanan itu hinggalah mereka sakit.

3. Timbunan bahan kimia

Sudah tentu ianya bukan makanan sebenar, bukan daripada sumber semulajadi malah langsung tidak berkhasiat. Makanan seperti ini mungkin terhasil daripada campuran beratus-ratus bahan kimia dan anak kita pula sedap menikmatinya setiap hari. Makan terproses ini mengandungi:
  • Preservatives (pengawet): bahan kimia yang buatkan ia lambat rosak
  • Colorants (pewarna): bahan kimia yang buat ia nampak cantik dan menarik
  • Flavor (perasa): bahan kimia yang buat ia rasa sedap dan lazat
  • Texturants : bahan kimia yang berikan tekstur kepada makanan (keras, lembut, lembik dsb)
4. Rendah atau tiada nutrisi

Malah, konon-konon untuk nampak ia berkhasiat, makanan ini di tambah dengan vitamin dan mineral sintetik yang mana juga turut berasal daripada sumber bukan semulajadi. Nutrien sintetik ini TIDAK diperlukan oleh badan berbanding nutrien bersumberkan semulajadi.

Semakin banyak kita makan makanan ini, semakin kurang dan rendah nilai vitamin, mineral, antioksidan dan unsur surih yang badan kita benar-benar perlukan. 

5. Menyebabkan masalah berkaitan perut dan penghadaman

Makanan ini rendah atau tidak mengandungi serat. Serat amat penting untuk sistem penghadaman contohnya prebiotic yang bagus untuk bakteria baik dalam usus.

Jadi tidak hairanlah anak yang kerap makan makanan ini akan selalu sakit perut, sembelit dan sebagainya.

6. Penyebab salur darah tersumbat

Kandungan lemak trans yang tinggi dalam makanan terproses boleh meningkatkan risiko arteri tersumbat, serangan jantung serta kematian mengejut.


7. Pencetus ashtma serta radang kulit

Percaya tak, banyak pewarna sintetik berasal daripada kilang membuat tar contohnya warna kuning (tartrazine) dan biru (indigo carmine). Bahan ini akan meransang tindak balas hipersensitiviti kepada kanak-kanak yang mempunyai ADHD, penyakit asthma, alahan kulit serta dermatitis.

8. Kerosakan sel darah merah

Bahan pengawet yang selalu digunakan ialah Butylated hydroxytoluene (BTH) walaupun sedikit, lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan bahan genetik dalam badan. Kajian turut menunjukkan ia boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah serta meransang simptom sensitiviti kimia.

9. Kerosakan otak dan sistem saraf

Tahu tak, makanan terproses ini datang daripada sumber makanan yang telah disembur dengan pestisid? Contohnya keropok jagung, minuman jus buah-buahan, bijirin gandum, dan sebagainya lagi. Bahan ini sangat karsinogenik (berisiko kanser) dan boleh menyebabkan kerosakan genetik pada manusia.

Sesetengah pestisid yang dikenali dalam kumpulan neurotoksin mampu merosakkan sistem saraf dan membantutkan perkembangan otak dan sudah tentulah ia sangat bahaya kepada kanak-kanak.

10. Sistem imun merosot

Kalau ada yang bertanya kenapa anak-anak sekarang mudah jatuh sakit, mudah terkena jangkitan, selalu keluar masuk hospital, mungkin inilah jawapannya.

Ibu bapa seronok memberi anak makan makanan 'kegemaran' mereka, dan mengabaikan untuk memberi makanan berkhasiat.


Pilihan di tangan kita. Jangan di turuti kehendak anak. 

1. Kurangkan dan berhenti terus daripada memberi makanan seperti itu. 
2. Mulalah memasak sendiri di rumah menggunakan bahan semulajadi. 
3. Kurangkan makanan dalam tin serta makanan segera. 
4. Hidangkan buah-buahan dan kekacang sebagai snek berkhasiat.
5. Buat peraturan 'di larang ke bahagian makanan ringan apabila ke pasaraya'

Tahu tak makanan ini boleh menyebabkan masalah tingkahlaku pada anak? Kenapa anak jadi degil, keras kepala, lemah dalam pelajaran dan sukar nak fokus? InsyaAllah saya akan menulis dalam entry seterusnya.

Teruskan membaca!

P/S: Mahukan nutrisi berkhasiat untuk anak? Hubungi saya: 

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Masalah rambut gugur lepas bersalin memang menjadi kegelisahan buat para ibu. Mana taknya, dulu rambut tebal, hitam sekarang dah nipis. Selak je rambut terus nampak kulit kepala. Kalau sikat rambut tu toksah cerita la kan. Berterabur merata sampai ada yang tanya 'rambut siapalah pulak ni'. Huhuhu...

Rambut gugur lepas bersalin atau dikenali sebagai postpartum hair loss adalah normal dan semua ibu pernah dan akan mengalaminya. Ni ada rahsia nak cerita pasal rambut...

Masa mengandung, rambut dan bulu yang ada pada badan kita tidak gugur malah akan tumbuh dengan lebat. Masa ni kita akan perasan rambut kita sihat, cantik, lembut dan tebal. Tapi..sebaik saja kita dapat baby kecantikan rambut serta merta hilang!


Rambut akan mula gugur apabila memasuk bulan ke3 hingga bulan ke 6 selepas bersalin. Tempoh berapa lama rambut akan gugur pula bergantung kepada individu. Tapi jangan panik, walau sebanyak mana rambut yang gugur, ibu takkan jadi botak.

Tau tak, rambut kita ni pun ada kitar. Dia tau bila dia nak tumbuh atau gugur. Masa mengandung, peningkatan level hormon estrogen dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita berada dalam fasa 'rehat' daripada menumbuhkan rambut. Rambut yang patutnya gugur akan stay di atas kulit kepala. Sebab tu kita rasa rambut kita tebal masa mengandung. Kan?

Tapi, sebaik saja kita melahirkan anak, level hormon estrogen akan turun dan rambut pun mula gugur.

Fasa ini berlaku hanya sementara. Namun ada orang yang mengalami keguguran rambut menjangkau setahun atau mungkin lebih.

Bila terlalu lama macam ni, mungkin ada faktor lain yang menyebabkan keguguran dan rambut susah nak tumbuh contohnya ibu kurang nutrisi.

Di bawah ni ada beberapa petua dan cara semulajadi bagaimana nak mengatasi dan mengurangkan rambut yang gugur lepas bersalin.

1. Urutan

Urut kepala menggunakan minyak yang sesuai. Urutan dapat meningkatkan pengaliran darah ke folikel rambut, memperbaiki kondisi kulit kepala dan meningkatkan kekuatan akar rambut. Lagipun urutan dapat buat kita rasa rileks dan tenang, stress pun kurang.

Minyak yang sesuai digunakan ialah minyak kelapa, minyak zaitun, minyak kacang almond, minyak argan dan sebagainya. Lakukan seminggu sekali.

2. Aloe vera

Aloe vera mengandungi enzim yang boleh meransang pertumbuhan rambut. Caranya sapukan jus atau gel aloe vera ke kulit kepala. Biarkan untuk beberapa jam kemudian basuh dengan air suam. Lakukan petua ini3-4 kali seminggu.

3. Ubi bit

Ubi bit mengandungi karbohidrat, protein, pottasium, fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Ibu boleh minum jus ubi bit ini atau campurkan dengan inai dan sapukan pada kulit kepala.

4. Daun kari

Daun kari selain dimasukkan dalam masakan, di buat ulam, ia juga boleh digunakan untuk lebatkan rambut.

Caranya, didihkan daun kari bersama minyak kelapa di dalam periuk hingga berwarna kehitaman. Sejukkan campuran ini dan sapukan pada kulit kepala 2 kali seminggu. Rambut akan tumbuh lebat dan cantik.

Jika rambut beruban juga boleh guna petua ini.

5. Minyak bawang putih

Komponen allicin yang tinggi dalam bawang putih amat penting untuk merawat rambut gugur.

Ambil 7-8 ulas bawang putih yang telah di ketuk, didihkan bersama minyak zaitun. Sejukkan dan sapu campuran ini pada kulit kepala 3 kali seminggu.

6. Jus lemon

Lemon kaya dengan antioksidan dan vitamin seperti B kompleks dan vitamin C yang dapat meransang pertumbuhan rambut, buat rambut bersinar dan meransang peredaran darah pada kulit kepala.

Caranya campurkan 1 sudu teh jus lemon dan 2 sudu teh minyak zaitun (atau kelapa). Sapukan campuran ini pada kulit kepala dan biarkan selama sejam. Basuh dan syampu rambut.

7. Ambil protein

Rambut terbina daripada unsur protein iaitu keratin. Protein membantu dalam pertumbuhan rambut secara berterusan hinggalah rambut itu gugur (kitaran rambut). Apabila rambut baru tumbuh, protein lagi sekali memainkan peranannya. Apabila seseorang kekurangan protein, maka proses ini terganggu dan akan buat banyak rambut gugur. Ambil protein yang cukup akan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Jom kembalikan kesihatan dan ketebalan rambut ibu cara semulajadi. Mudah je kan!

Ibu yang nak Set Rambut Mahkota Indah boleh hubungi saya:

~ Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Sebagai ibu mengandung, kita tentulah nak berikan yang terbaik supaya baby kita lahir sihat, cukup sifat, normal dan comel macam baby-baby lain.

Jadi kita kenalah bagi segala khasiat yang baby perlukan untuk dia berkembang dan membesar dengan sihat dalam perut tu.

Masalahnya, ibu sendiri alah susu lembu. Macam mana ibu nak bagi khasiat protein dan kalsium untuk baby dalam perut ni?

Jangan kata orang lain, saya pun sama. Kalau minum susu formula walau yang khas untuk ibu mengandung pun, tekak akan kembang semacam. Mujur juga saya takde masalah intoleransi laktosa macam sesetengah orang yang mana kalau minum je susu lembu, perut akan jadi tak selesa, muntah, atau cirit-birit.

Mau tak mau kenalah cari alternatif yang lain kan.

Jadi pilihan yang terbaik ialah susu soya!


Susu soya lengkap dengan sumber protein dan 9 asid amino perlu yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri (yang mana mesti kita dapatkan daripada pemakanan), mengandungi kalsium dan asid folik, proteinnya mudah di hadam berbanding protein haiwan, tidak mengandungi kolesterol dan kaya dengan zat mineral yang lain seperti sodium, pottasium, zat besi, serta magnesium.

Jadi, bagi seorang ibu hamil yang ingin mendapatkan kebaikan susu seperti susu lembu, soyalah paling baik dan selamat untuk diminum.

Tapi, beberapa perkara yang ibu perlu tahu dan ingat. Khasiat susu soya akan hilang dan tidak memberi faedah kepada tubuh badan apabila:-

+ Ia di masak dengan suhu melebihi 40darjah Celcius. Pemanasan tinggi akan memusnahkan molekul protein (protein denatured)

+ Ia di basuh dengan alkohol seperti dalam kebanyakan soya yang dijual di pasaran. Penggunaan alkohol akan memusnahkan isoflavone yang kritikal dan penting untuk tubuh kita

+ Ada soya yang tidak dimasukkan unsur kalsium sedangkan kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang

+ Ibu mengambil soya GMO. Soya GMO lebih murah dan mudah didapati namun ia berbahaya kepada manusia kerana faktor hormon

Sebab Apa Ramai Ibu Hamil Suka Soya ESP Shaklee??


Ini sebabnya!

1. Ibu rasa kenyang dan tak lapar terutama ibu yang suka makan tapi ada kencing manis. Ini kerana ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Glukosanya dilepaskan perlahan-lahan dalam darah.

2. Ibu rasa cergas dan tak letih. ESP bekalkan tenaga berpanjangan.

3. Tinggi serat (fiber) yang bagus untuk sistem penghadaman

4. Baby dapat khasiat kalsium untuk bantu pertumbuhan tulangnya

5. Vitamin B membekalkan tenaga untuk bayi dalam kandungan, membentuk penghantar isyarat dalam otak iaitu neurotransmitter, mencegah kelainan dan kecacatan bayi

6. Kulit ibu  dan bayi cantik, putih, gebu

7. Perkembangan sel bayi berjalan lancar kerana sel baru terbentuk dengan baik melalui protein.

8. Asid folik dalam soya meransang pembentukan sel saraf dan mengoptimumkan perkembangan fetus

9. Organ bayi terbentuk dengan baik kerana soya mengandungi asid amino threonin, arginin, isoleucine, glisin dan lysin

10. Kaya lemak sayuran yang bagus untuk ibu dan bayi

11. Bantu ibu bertenaga sampai ke waktu bersalin dan mengurangkan kesakitan

12. Boleh diminum walaupun setelah melahirkan bayi untuk mendapatkan tenaga dan meransang pengeluaran susu ibu.

13. Yang penting sebab ESP ialah soya yang bebas GMO, selamat dan ada ujian klinikal yang komprehensif serta proteinnya sangat berkualiti tinggi





Kiranya ESP ni 'mom approved' lah taww.

Kalau nak pilih soya, pilihlah ESP Shaklee ;)

Hubungi saya untuk dapat ESP ibu:-

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Apabila seseorang mula jatuh sakit, pertama sekali selera makannya akan menurun. Kemudian diikuti tubuh menjadi lemah dan simptom-simptom penyakit yang di hidapi mula kelihatan.

Lalu bergegaslah kita ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

Adakah ini salah?

Sudah tentulah tidak! Orang sakit memang wajib ke klinik atau hospital untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan sepatutnya. Ini kerana, mereka sajalah yang arif dan pakar dalam mendiagnos, merawat, menyembuh dan mencegah sebarang penyakit daripada menjadi semakin teruk.

Jika di beri ubat, itulah yang terbaik untuk kita ambil.


Tapi... boleh ke orang sakit makan vitamin?

Sudah tentulah boleh!

Selera makan yang menurun semasa sakit menyebabkan kita tidak mendapat zat yang sepatutnya daripada makanan. Sedangkan zat-zat inilah yang diperlukan untuk baik pulih sel dan membantu tubuh kita melawan penyakit.

Contohnya vitamin B complex yang memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh termasuk sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.

Vitamin C contohnya penting untuk menguatkan kekebalan tubuh melawan jangkitan dan membantu pemulihan dengan cepat.

Apabila kita mengambil sesetengah ubat, risikonya ialah vitamin penting yang tersimpan dalam badan ini akan merudum.

Jika kita kekurangan zat nutrisi, kemungkinan juga kita akan lambat pulih daripada penyakit.

Jadi vitamin tambahan membantu mengatasi kelompongan nutrisi dalam makanan dan membantu kita pulih lebih cepat.

Beza antara ubat dan vitamin

Ubat ialah dadah (drugs) atau bahan yang di ambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ia terbahagi kepada dua:

  • yang hanya boleh dipreskripsi oleh doktor
  • yang boleh di beli di farmasi, kedai atau pasaraya
Badan kita tidak perlukan dadah ini dan sebab itulah ia hanya di beri dalam kes-kes tertentu sahaja contohnya semasa sakit.

ubat atau vitamin?

Vitamin pula ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dalam jumlah kecil dan ia berperanan dalam pertumbuhan yang normal, meningkatkan tahap kesihatan, dan mencegah penyakit. Ia juga dikenali sebagai mikronutrien.

Oleh sebab badan kita tak dapat hasilkan banyak vitamin, kita harus dapatkannya sama ada melalui makanan atau suplemen.

Dan, oleh kerana kebanyakan makanan yang kita ambil setiap hari makin kurang nilainya (atas faktor pencemaran, cara memasak, cara mengendalikan), sebab itu kita perlu juga mengambil vitamin tambahan atau suplemen.

Semua orang perlukan vitamin, lebih-lebih lagi orang sakit.


Apapun, sebelum mengambil sebarang suplemen, bertanya dan berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor kita kerana mereka lebih tau dan arif mengenai penyakit kita. Dapatkan nasihat mereka untuk memilih suplemen mana yang terbaik dan sesuai untuk kita.

Sihat itu kaya!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Satu isu yang sering ibu-ibu alami lepas bersalin ni ialah, susu badan kurang sedangkan dalam masa yang sama baby mengalami jaundice atau bacaan demam kuning yang agak tinggi.

Bila susu badan tak keluar-keluar atau keluar dalam jumlah yang sikit, kuning baby pula makin tinggi sampai misi kata kalau naik lagi kena tahan wad. Ibu pun mulalah menggelabah dan panik.

Dah la stress susu tak banyak, stress dengan baby lagi. Misi pulak asyik cakap bagi susu ibu banyak-banyak pada baby. Aduh, nak nangis rasa!


Ada beberapa perkara yang ibu perlu tahu mengenai hal ini.

1. Susu ibu sebenanrnya bukan tiada, tapi cuma kurang ransangan. Perut bayi baru lahir hanya sebesar buah ceri. Dia memang tak perlukan susu dalam jumlah yang banyak. Susu yang ibu ada biasanya cukup untuk saiz perutnya yang kecil itu.

2. Payudara mungkin tersumbat dan itulah yang menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan. Cuci dan bersihkan payudara, tuam,  kerap picit atau urut supaya susu dapat keluar dengan lancar.

3. Susu ibu mungkin kurang akibat lekapan mulut bayi yang salah dan dia tidak menghisap dengan betul.

4. Jika anak kuning, amat perlu susukan bayi dengan kerap supaya pergerakan usus bayi lancar dan dapat mengeluarkan najis yang mengandungi bilirubin.

5. Walaupun ibu panik, diingatkan untuk tidak memberi bayi minum selain susu ibu, termasuklah air kosong. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum lagi sempurna dan hanya susu ibu yang terbaik untuk keadaan usus dan perut bayi baru lahir.

6. Kemungkinan juga ibu ada mengambil makanan yang mengganggu pengeluaran susu ibu atau makanan yang menyebabkan kuning naik lagi tinggi contohnya seperti herba dan jamu. Biasanya doktor atau misi akan nasihatkan kita untuk berhentikan makan makanan ni semua.

7. Pengambilan air kosong seharusnya tidak di abaikan. Walaupun ibu sedang berpantang, minumlah dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Sebenarnya kualiti susu ibu sangat bergantung kepada apa yang kita makan. Jika ibu kurang mengambil makanan berkhasiat, berpantang dengan cara yang terlampau atau strict sangat, kurang minum air, memang boleh buat susu merudum.

Bila badan tak cukup zat, kita jadi lemah, sakit, lesu, dan stress hinggalah susu badan pun tak nak keluar. Sebab tu kena makan makanan yang baik dan berkhasiat.

Pilihan set berpantang juga perlu diberi perhatian. Selain mengamalkan cara berpantang tradisional, ambillah juga vitamin dan suplemen yang baik.

Pilihan saya? Dah tentu Set Bersalin Shaklee...

Alhamdulillah, dengan izin Allah badan bukan saja sihat, luka bersalin cepat baik dan susu badan pun banyak hingga bengkak-bengkak dan yang paling best walaupun anak saya kuning, kuningnya cepat turun dan takdelah sampai kena tahan wad.

Sekarang baby pun dah setahun, susu badan pun masih meriah lagi.


Pemakanan yang baik semasa berpantang, amat penting untuk kesihatan ibu dan dalam masa sama dapat menghasilkan susu ibu yang banyak dan berkualiti.

Kalau ibu nak saya bantu pilih vitamin yang mana elok di ambil masa berpantang ni, jangan segan silu hubungi saya;

~ Suhaila Budin~
012-9645614
emel: butik.annajah@gmail.com
ID: 868994



Kata vitamin semulajadilah, sentiasa selamatlah, sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam. Habis, kenapa saya makan rasa makin teruk? Jerawat naik besar-besar, badan asyik penat, mata asyik mengantuk, bukan rasa makin segar atau bertenaga pun!

Paling geram ramai orang tegur kenapa muka saya yang dulu licin sekarang dah menggerutu?? Malunya rasa, tak tau kat mana nak sorok muka. Menyesal rasa makan Shaklee ni.


Beginilah lebih kurang keluhan sesetengah orang yang ada mengambil vitamin Shaklee. Sampai ada yang 'ban' terus produk Shaklee dan unfriend kawan-kawan facebook dia yang jual Shaklee.

Ada lima punca utama kenapa makan Shaklee yang kata bagus sangat tu, tapi seolah-olah tak mendatangkan apa kesan pun malah jadi semakin teruk.

1. Krisis penyembuhan

Kalau inilah pertama kalinya kita makan vitamin semulajadi, besar kemungkinan akan mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan di mana, tubuh kita dalam fasa menghapuskan segala mak nenek toksin melalui pelbagai sistem dalam tubuh kita.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dinamakan Herxheimer Reaction. Ini sebenarnya berlaku apabila sel tubuh kita mula mengeluarkan toksin ke dalam peredaran darah tetapi organ yang terlibat seperti kulit, peparu, hati, buah pinggang, pundi kencing, usus, dsb; tidak mampu untuk menghapuskannya dengan cepat. Jadi toksin yang belum dikeluarkan itu akan berada dalam peredaran darah untuk beberapa ketika maka kesannya akan buat kita loya, sakit kepala, lemah koordinasi, mengantuk, cirit-birit, berjerawat, lesu, demam dan sebagainya.

ini cara bagaimana toksin dalam tubuh dikeluarkan (detoksifikasi)

Proses inilah yang ramai orang tak tahan lepas makan Shaklee.

Sebenarnya healing crisis ini sangat bagus. Ia menandakan tubuh kita sihat, organ berfungsi dengan baik dan kita sebenarnya dalam fasa pemulihan. Selepas proses ini berlalu, percayalah kita akan rasa sangat sihat.

2. Tak cukup air kosong

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari amat penting dalam membantu tubuh kita untuk 'flush' toksin keluar tubuh dengan cepat.

So, jika rasa healing crisis ni lama sangat tak habis-habis, cukupkanlah minum air kosong 3 liter sehari. Sukat taw, jangan main agak-agak je.

3. Salah cara makan vitamin

Walaupun kita kata, "ala, vitamin je... makan bila-bila pun boleh", tak semestinya kita boleh main taram je asal boleh.

Salah cara makan boleh sebabkan zat atau nutrisi tu tak dapat diserap dengan sempurna. Jadi, buat apa makan vitamin?

Cara makan vitamin yang betul ialah:

+ jarak 2-4 jam dengan suplemen atau ubat lain termasuk ubat hospital

+ tidak mengambil kafein kerana kafein akan menghalang penyerapan zat makanan

+ tidak makan kalsium dan zat besi pada masa yang sama

+ tidak membancuh serbuk protein dengan air panas kerana protein mudah musnah pada suhu tinggi

4. Menganggap tindak balas suplemen seperti ubat

Suplemen adalah makanan tambahan. Ia perlu di amal sekurang-kurangnya tiga bulan untuk dapat kesan yang di inginkan. Macam kita makan nasi, sayur, buah, lauk pauk. Kita makan berterusan kan, sepanjang hayat. Macam tu juga dengan suplemen.

Suplemen ni bertujuan untuk 'topup' nutrisi serta menambah nilai dalam makanan yang kita tak cukup hari-hari tu.

Jika kita anggap makan Shaklee seperti makan ubat hospital, hari ni makan esok lusa dah tak sakit, maka kita silap besar!

5. Tidak konsisten makan vitamin

Sekejap makan, sekejap cuti. Minggu ni makan, minggu depan balik kampung, lupa nak makan. Macam ni memanglah tak berkesan.

Buat apa pun kena istiqomah, kena konsisten sampai dapat hasil yang diinginkan.

Jika kita makan dengan konsisten, cukup pengambilan air kosong, dengan izin Allah, Shaklee sememangnya berkesan untuk anda.

Nak makan vitamin Shaklee beserta cara pengambilan yang betul, hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Kalau sesiapa yang ada anak jantan kat rumah tu, mesti ada banyak koleksi kereta besi kecik-kecik Hot Wheel tu kan?

Kat rumah saya selain Hot Wheel ada juga kereta besi jenama Mr. DIY. Haha..Lately duk gila pergi Mr. DIY. Rasa macam semua benda nak beli letak kat rumah. Especially benda deko-deko ni. Last satu benda pun tak beli sebab tak tau nak ambik mana satu.

Tapi habuan anak-anak haruslah ada. Kereta mainan dia, (walaupun tak banyak pilihan), agak murah jugak la. Lagipun GST dia bayar. LOL!

Walaupun kat rumah ni dah ada rak zirafah comel untuk simpan barang mainan, dan bakul plastik untuk lambak mainan besar-besar, mainan tetap bersepah juga. Terutama kereta kecik macam Hot Wheel tu la.

rak ni saya tak jual. tapi kalau nak boleh cari di kedai jual barangan bayi dan kanak-kanak.

Jadinya mama berfikir-fikir, daripada sepah merata-rata, bawah sofa, celah pintu, bawah rak tv dan entah mana-mana lagi sampai hilang, why not kita buat rak display untuk letak kereta Hot Wheel tu.

Selain boleh jadi hiasan dinding, nanti bila-bila nak main senang. Ambil dan letak semula kat situ. (Ok, sebenarnya ambik je. Letak semula tu....errrr krik krik).

Dengan penuh kegigihan, mama cari kat Google kot kot dapat idea macam mana nak buat rak yang cantik, dan kemas tapi dalam masa sama mudah nak buat.

Akhirnya terjumpa beberapa gambar. Ada satu gambar tu, mama tengok dia guna rak kasut kayu. Ala, yang harga RM9.90 beli kat Giant tahun 2012 kot.


Haa ini lah dia rupanya. Terima kasih blog ayurashid.com untuk gambar ni. Akak pinjam naa.. Sebab akak lupa nak amek gambar rak akak sebelum ia di transform jadi cantik.

Ok lah, lepas google google gambar tadi, mama bagi kat suami. Suruh dia pilih yang mana senang nak buat. Nampak gaya memang yang pakai rak kasut tu yang paling mudah nak buat.

Benda dah ada kan. Tinggal rajin ngan malas je.

Setelah suami mama lembang-lembangkan kasut yang ada kat rak tu (sabo jelah), maka bermulalah projek kami.

Ok, FYI, mama tukang bagi idea je. Yang buatnya encik suami. ahakss..


Cuma cantumkan kedua-dua bahagian kayu tu, dan pakukan guna paku yang saiz kecil sekali.


Dah cantum dengan kemas, boleh la cat. Poyo je pakai spray. Tak sesuai sebab angin kuat. Lagipun bahaya jika dihidu kanak-kanak. Suami mama beli cat warna putih yang sesuai untuk cat kayu.

Dah siap cat, biarkan kering. Dah kering boleh la gantung dalam rumah dan susun koleksi kereta Hot Wheel yang ada.

Taraaa!!! Cantik kan??


Ni kalau jual agak-agak berapa RM nak letak ni? :D

Murah, mudah dan cantik.

Jom buat sendiri!


Percaya tak, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan mengalami kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi.

Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga
Nanti jururawat akan minta kita berpuasa untuk lakukan ujian toleransi glukosa iaitu minum air gula.

Kencing manis tak di kawal memerlukan tambahan insulin

Mula-mula darah akan di ambil contohnya jam 8 pagi. Kemudian kita di beri minum segelas air gula.

Dua jam kemudian, sekali lagi darah akan di ambil. Lepas dua jam ni, barulah ibu boleh sarapan apa yang ibu nak makan.

Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melantun-lantun tu.

Bila di beritahu ada diabetes...

Selalunya jururawat akan menghubungi kita jika ujian gula tersebut menunjukkan kita memang ada kencing manis.

Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.

Jadi, sebagai orang yang pernah ada pengalaman mengalami kencing manis semasa mengandung, saya nak kongsi beberapa tips dan cara yang ibu boleh buat untuk mengawal bacaan gula dalam darah.

Penat woo nak ulang alik ke klinik 4 kali sehari setiap minggu. Boleh stress jadinya sebab kita pun banyak kerja lain lagi nak buat kan.

#1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.

Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.

Karbohidrat ringkas contohnya semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.

Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.

#2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:
  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Makan makanan rendah indeks glisemik dapat bantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.

#3. Makan dalam waktu yang tetap

Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak 'pening' dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.

#4. Jangan skip hidangan

Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).

Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.

Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.

#5. Kurangkan lemak

Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.

#6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP

Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Elok lepas doktor warning macam tu, boleh pun kita (saya la) jaga makan dan kawal gula. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.

Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).

Ujian BSP: sedikit darah di ambil untuk menguji tahap glukosa darah

#7. Jangan minum minuman manis 

Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula.

Kencing manis kalau tak di kawal

Sebenarnya agak bahaya juga kepada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:

1. Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim

2. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan

3. Risiko melahirkan bayi pra-matang

4. Risiko pembedahan caesaerean akibat bayi besar atau gagal induce

5. Risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran

6. Risiko kerosakan saraf bayi

7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut

8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah

9. Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa

Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Kita tak nak dapat risiko macam di atas kan?  Nauzubillahi min zaalik.

Saya doakan ibu sihat sepanjang mengandung dan bebas dari sebarang masalah kesihatan hingga saat melahirkan nanti.

Bagi ibu-ibu yang nak ikhtiar kawal kencing manis dengan suplemen, boleh dapatkan Set GDM Shaklee (ESP + Omega Guard + B Complex).


Set ini amat bagus untuk ibu hamil kerana ia membantu mengawal kadar gula dalam darah, mengawal hormon insulin, memberi tenaga, mencegah hipoglisemia, dan amat membantu perkembangan bayi yang sihat.

Berminat mendapatkan set ini, boleh hubungi saya:

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994


Semakin banyak keluhan kedengaran daripada ibu bapa zaman sekarang ni yang mengatakan bahawa anak mudah terkena serangan penyakit, selsema, batuk berkahak, demam, eczema dan semput.

Penyakit tu pulak seolah-olah susah betul nak baik. Dah makan ubat, ambil nebulizer, siap warded lagi. Tapi hal yang sama berlaku berulang-ulang. Sampai penat dan fed-up asyik keluar masuk hospital. Betul tak?

Ada ibu tertanya-tanya kenapa anak-anak zaman sekarang ni banyak penyakit? Salah pemakanan ke atau persekitaran?

Sebenarnya punca anak-anak kita mudah diserang penyakit ialah sebab gabungan kesemua termasuk, pemakanan, persekitaran tercemar, tekanan, serta tubuh badan anak itu sendiri.

Selain mengurangkan pendedahan kepada persekitaran tercemar, walaupun dalam rumah sendiri,(sebenarnya dalam rumah lagi tinggi pencemaran berbanding di luar) ibu bapa wajib menitik beratkan pengambilan makanan berkhasiat, berkualiti, semulajadi, serta bebas bahan kimia seperti air kosong, buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin dan suplemen.

Al-Manna Kaya Nutrisi Yang Menguatkan Sistem Imun


Al-manna yang juga dikenali sebagai gum arabic atau gum acacia adalah berasal dari pokok acasia yang terdapat di Timur Tengah. Ia telah digunakan secara meluas dalam bidang farmaseutikal, perubatan, dan industri kerana mempunyai khasiat yang pelbagai.

Gum acasia ini mengandungi pelbagai zat seperti asid amino, mineral kalsium, zat galian, elektrolit serta kandungan prebiotik yang tinggi hingga 85%.

Antara kebaikan dan khasiat al-manna atau gum  acasia yang telah di catatkan ialah:

1. Meningkatkan sistem imun (immune booster)
2. Menggalakkan kesihatan dan kepadatan tulang
3. Mengurangkan aras lemak trigliserida dalam darah
4. Mengekalkan berat badan ideal
5. Menambah selera makan serta menggalakkan pertumbuhan normal
6. Meningkatkan bakteria baik dalam usus iaitu probiotik
7. Mengurangkan masalah penghadaman dan sembelit
8. Mengurangkan pembengkakan dalam dinding usus
9. Melindungi tisu kolon daripada kerosakan termasuk ulser dan kanser
10. Meningkatkan kadar serapan zat nutrisi daripada makanan

Perlu diingat, al-manna bukanlah satu-satunya penyelesaian kepada masalah kesihatan anak kita. Sekurang-kurangnya kita bantu menguatkan sistem imun dan pertahanan badan mereka untuk melawan jangkitan.

Paling utama, berikan makanan berkhasiat dan lengkap seperti dalam piramid makanan iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin, galian dan mineral. Beri anak minum banyak air kosong, makan buah dan sayur, masak sendiri di rumah, dan berikan suplemen yang sesuai.

Buat ibu yang ingin mendapatkan khasiat al-manna atau gum acasia ini, boleh cuba Meal-Shakes.

Meal Shakes lengkap dengan protein, asid amino, vitamin dan mineral termasuk khasiat al-manna yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak membesar.

Hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Mengandung adalah satu proses yang melibatkan perubahan daripada segala aspek tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal, mental, rohani, fisiologi tubuh, metabolisme, tabiat serta perangai.

Ini bukan pelik kerana kesemua perubahan ini berkait rapat antara satu sama lain.

Cuma, apabila mengandung, perubahan ini ada kala di salah erti, tidak di fahami malah di anggap satu perlakuan aneh yang kadang kala menjengkelkan!


Jom tengok apakah perangai-perangai pelik ibu mengandung yang harus diketahui oleh suami. Jadi lepas ni takde sebab suami nak sindir-sindir, perli-perli atau tiba-tiba marah tak tentu pasal tengok perangai isteri yang bukan-bukan ni. :D

1. Kuat tidur

Teringat seorang roommate masa belajar dulu. Saya pelik tengok dia asyik tidur. Rupa-rupanya baru saya tahu dia sedang mengandung! (dia rahsiakan perkahwinan dia)

Saya sendiri pun suka tidur masa mengandung. Letak je kepala terus hanyut. Entah apa yang letih sangat pun tak tahu lah.

Suami kalau nampak isteri asyik tidur je masa mengandung, biarlah dia rehat. Kita tak tahu penat lelah dia bawa perut atau berperang dengan bayi sorang dalam perut tu.

2. Tak boleh masuk dapur

Terutama dalam trimester pertama. Pengalaman saya sendiri masa mengandung kali pertama, asal masuk dapur je loya. Memang tak boleh tahan dengan bau dapur nak-nak bau bawang. Penyudahnya suami yang masak atau memang tak masak langsung!

Belum ada anak ok la kan.. Kalau anak dah ramai, loya tak loya kena masak juga lah.. Pakailah mask ke apa yang patut.

3. Selera bertambah

Makan untuk dua orang katanya. Masa saya mengandung kali pertama, percaya tak, semua kena double! Padahal saya ni bukanlah jenis makan banyak pun.

Roti canai 2 keping, pizza boleh habis saya sorang (kalau tak sejurih pun jenuh), nasi lemak 2 bungkus macam-macam lagi lah. Mungkin senang hati sangat agaknya. Bukan bela saka tau! Uhuhu..

Peliknya mengandung lepas-lepas tu takde pulak macam tu.

4. Kunyah ais

Ini bukan saya. Tapi ramai juga ibu mengandung ada tabiat kunyah ais ni. Apa yang sedap sangat pun tak tau. LOL!

Tahu tak, tabiat kunyah ais ni ada kaitan dengan anemia atau kekurangan zat besi dalam badan. Jadi selain memuaskan nafsu dengan kunyah ais, ada baiknya ibu telan pil zat besi atau Vitalea.

5. Mudah merajuk

Sikit-sikit merajuk. Salah cakap sikit sedih. Terguris sikit menangis. Oh ini bukan saya. Tapi memang ada ibu mengandung berperangai macam ni.

Suami kena hati-hatilah bercakap dengan isteri. Pembawakan budak.

Dan isteri, janganlah asyik sentap, menangis, merajuk tak tentu pasal. Nanti anak dalam kandungan pun terikut-ikut perangai ibu lalu banyaklah ragamnya nanti. Ibu juga yang stress kan?

So, happy2 lah sepanjang mengandung ni.

6. Saiz kasut bertambah?

Apabila kandungan dah semakin membesar, mungkin ada ibu-ibu yang perasan bahawa kaki mereka dah semakin besar.

Sebenarnya kaki mereka tak membesar pun, cuma sedikit membengkak akibat keluar masuk bendalir yang tidak seimbang.

7. Jadi pelupa

Tertinggal wallet, terlupa kunci kereta letak kat mana, terlupa kunci pintu, terlupa tutup api dapur sampai kering air dalam cerek (aku la tu).

Kajian menunjukkan semasa mengandung, keupayaan kognitif dan memori kita agak terhad dan tidak konsisten. Keadaan ni mungkin hilang selepas bersalin atau mungkin juga berterusan. Itu yang ada orang kata urat putus lepas bersalin ni.

Fokuslah dengan apa yang kita buat, sediakan senarai 'to do list', dan makanlah Omega Guard atau Lecithin untuk kuatkan keupayaan otak dan memori.

8. Emosi berubah-ubah

Kejap suka, kejap masam macam cencorot, kejap gelak-gelak, kejap marah (takut ngat aih) hahaha..

Perubahan mood dan emosi semasa mengandung ni ada kaitan dengan perubahan hormon yang mendadak yang mana ia beri kesan kepada aras neurotransmitter dalam otak.

Di samping kita bergembira dengan kehadiran bakal ahli baru, ada banyak perkara yang kita sering fikirkan. Inilah yang mencetuskan perubahan emosi dalam diri ibu tersebut.

Bertenang dan banyakkan berfikir perkara positif mengenai diri, kehamilan dan anak yang bakal lahir.

9. Mengidam

Ada ibu yang apabila mengandung je, dia teringin nak makan macam-macam. Boleh jadi apa yang dia tak pernah makan pun dia teringin nak rasa. Waktu tak mengandung takde pulak dia nak minta makan pelik-pelik macam tu.

Bukan selalu isteri tu mengandung kan. Jadi apa salahnya suami tolong carikan apa yang isteri teringin sangat nak makan tu. Asal bukan arang, sabun, kayu, kaca, pokok, batu dan seumpamanya cukuplah.

10. Masalah kesihatan dan perubahan fisiologi

Sekurang-kurangnya 10 ketakselesaan dan masalah kesihatan ringan yang ibu mengandung akan lalui termasuk:

dan macam-macam lagi.

Ibu jangan pelik dan panik kalau tiba-tiba mengalami masalah seperti diatas. Ianya normal untuk semua ibu mengandung. Ibu harus hati-hati dan waspada dengan tahap kesihatan. Ikut nasihat doktor dan jururawat.

Paling penting amalkan pemakanan berkhasiat, sentiasa tenang dan gembira, tidak stress dan laluilah tempoh mengandung dengan perasaan teruja dan menyeronokkan!

Ingin dapatkan Set Vitamin Ibu Hamil Gorgeous, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

"Sedih betul tengok wajah sendiri di cermin lepas-lepas bersalin ni. Macam makcik-makcik pun ada. Dengan kulit kering, kusam, jeragat pula dah menunjukkan diri tanpa malu-malu lagi. Umur aku baru 30an beb! Bukan 50an!!

Anak pun baru 3 orang. Kalau berterusan macam ni, lepas anak ke-4 nanti aku tak tahulah macam mana hodohnya rupa aku."

Inilah antara keluhan-keluhan yang kerap kedengaran sebaik saja wanita baru lepas beberapa bulan bersalin.


Kenapa boleh jadi macam ni??

1. Tak sempat menguruskan diri sendiri, asyik menguruskan rumah tangga, suami dan anak sahaja.

2. Stres tak habis-habis

3. Tidak mengambil makanan berkhasiat. Badan tak cukup vitamin sebab semua dah pergi kat anak

4. Malas minum air masak

5. Rasa diri sihat dan masih muda padahal sel-sel dah mula menua perlahan-lahan dari dalam

Kenyataan no. 5 tu amat memeritkan tapi 100% benar. Kalau yang no. 1-4 tu tak di jaga, keputusannya memang no.5 tu lah yang akan berlaku.

Sebab itu kita nampak makin lama kulit makin kering, tak bermaya, kusam, berseri jauh sekali. Sekali pandang macam orang sakit pun ada. Ohhh!

Ok, sudah! Cukup-cukuplah merungut dan mengeluh.

Mahukah kalau saya tunjukkan beberapa makanan penting untuk mengembalikan semula wajah yang muda remaja, tegang, lembap, berseri dan cun melecun??

Set Asas Kulit Cerah Gebu

Tubuh badan kita sangat memerlukan bekalan nutrisi yang baik dan seimbang untuk menjalankan fungsinya. Kalau kita tak bekalkan badan dengan nutrisi yang baik, macam mana sel-sel nak membahagi dengan pantas, kolagen tak dapat nak disintesis, hormon bercelaru, tubuh stress dan akan buat kita nampak makin tua!

Kita memang tak sedar dan tak tahu sebab ia berlaku dalam badan kita.

Tapi bila kita mula berikan tubuh kita asas nutrisi yang ia perlukan, maka ia mula bekerja dengan pantas dan seronok!

Ini ada beberapa testimoni kulit berubah dari kering, kusam, tak de seri kepada wajah yang lebih cantik, cerah, lembap, gebu, berseri dan muda remaja. Macam ni baru cun!

Self-confident pun meningkat. Diri rasa lebih yakin dan seronok.



Protein ialah asas tubuh badan kita. Tanpa sumber protein yang baik, badan akan turut merasa efeknya. Protein mudah musnah pada suhu tinggi. Jadi boleh agak apa terjadi apabila kita masak sumber protein seperti ayam, daging, dan ikan. Lagipun sumber protein daripada ayam dan daging susah di hadam oleh sistem pencernaan.

Kita tak nak kelihatan paling tua dalam ramai-ramai adik beradik kita padahal usia kita belum 30 lagi.
Kita tak nak nampak sakit di kalangan kawan-kawan sekerja sampai bos pun tegur, padahal kita sihat walafiat je.
Kita tak nak orang panggil kita dengan panggilan 'makcik' atau kata kita bawak cucu jalan-jalan.
Kita tak nak orang kutuk-kutuk kita sebab kita tak pandai nak jaga kecantikan wajah.
Kita tak nak nampak lembik takde tenaga macam orang tak cukup makan.
Kita tak nak anak-anak pun kata 'mak kan dah tua!'
Kita tak nak suami asyik jeling-jeling perempuan cantik kulit licin dekat shopping mall.
Kita tak nak orang panggil kita bibik yang sedang mengasuh anak majikan.
Kita tak nak orang cakap kita dah macam anak lima padahal anak baru sorang.

Kalau tak nak di kata macam-macam, jomlah ubah. Biar terbeliak mata orang tengok macam mana si bawang putih bertukar menjadi Cinderella dengan tiba-tiba.

Hubungi segera:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


Hehehehe.... jangan marah bila saya cakap mengada-ada. Kan soalan tu. Saya pun ada masa mengidam juga. Adakah saya mengada-ada? Sudah tentulah tidak! :P

Ibu-ibu (mungkin juga bapa) mesti nak tahu kenapa orang mengandung ni suka mengidam, kan? Kalau mengidam setakat ais krim, roti canai, buah nangka ke oklah lagi. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan daging rusa salai masak lemak negeri sembilan tengah malam-malam buta mana pulak encik suami nak cari? Duduk pula kat Perlis. Haa jenuh lah. Yang ini memang betul mengada kot? LOL.


Percaya tak? Bukan isteri je yang mengidam. Kadang-kadang isteri takde apa, si suami pulak yang over-over mengidam. Kau dah kenapa, kan? Aku yang mengandung kau yang mengidam. Gituu..

Punca mengidam

Kajian menunjukkan sebanyak 90% wanita mengandung akan mengidam makanan tertentu terutamanya pada trimester pertama. Punca sebenar tidaklah diketahui namun ramai percaya sebenarnya ia adalah petanda atau 'signal' tubuh kita kekurangan dan memerlukan sesuatu.

Contohnya, peningkatan isipadu darah akan menyebabkan kenaikan aras sodium. Dengan itu badan beri signal kita lapar jeruk.

Sebenarnya bukanlah tubuh inginkan makanan tersebut (contohnya airkrim), tetapi tubuh memerlukan sesuatu di dalam aiskrim itu manakala otak pula menterjemahnya sebagai aiskrim.

Kenapa berlaku perubahan terhadap selera makan?

Ini adalah disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang mana akan turut mencelarukan sensasi deria rasa dan bau. Lapar, kurang rehat, tekanan dan emosi yang tidak menentu sering diterjemahkan kepada mengidam.

Berdosakah mengidam?

Tidak ada salahnya dan tidak membahayakan jika ibu tidak meminta makanan pelik-pelik seperti teringin nak makan arang, sabun, kayu, kaca dan sebagainya. Sindrom mengidam makanan pelik ini di namakan pica dan jika ia berlaku kepada ibu, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

Bagi kebanyakan wanita, mengidam boleh jatuh dalam beberapa kategori makanan; manis, pedas, masin, atau juga masam.

Kajian turut mendapati hanya 10% sahaja wanita yang mengidam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

telan air liur je tengok jeruk ni. cis!

Pentingnya nutrisi berkhasiat

Tabiat mengidam tidak seharusnya menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan. Walaupun ibu mengidam, ibu harus malah wajib mengambil makanan berkhasiat untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ini kerana, ada ibu mengandung yang hanya mengamalkan makanan yang disukainya sahaja tetapi mengabaikan pemakanan berkhasiat seperti vitamin pre-natal.

Ibu mengandung yang asyik mengidam makanan manis di khuatiri lebih mudah mendapat kenaikan berat badan mendadak dan juga di serang diabetes gestasi.

Manakala ibu mengandung yang asyik mengidam makanan masin pula dikhuatiri mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Apapun, berpada-padalah jika ibu mengidam. Ambil dalam kuantiti sedikit, dan pandailah pilih makanan alternatif yang lebih menyihatkan.

Ingin cuba Set Vitamin Pre-Natal Manjaku, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Menjadi seorang wanita yang sedang hamil, akan melalui banyak ujian terutama dari segi kesihatan.

Kalau tak mengandung tu elok je, segar sihat walafiat. Tahu aje mengandung terus macam-macam penyakit keluar. Pelik kan? Itulah ujian untuk kaum wanita. Sesungguhnya memang bukan senang nak keluarkan seorang manusia.

Salah satu 'penyakit' yang sinonim dengan ibu mengandung ialah pedih ulu hati dan gastrik.


Macam saya sendiri, saya memang tidak ada gastrik. Tapi masa mengandung, masalah pedih ulu hati kerap menyerang saya. Masa mengandung kita ni memang suka makan. Pelawalah apa pun, tolak batu, kayu, besi, kaca, plastik je. Yang lain semua telan. Buruk lantok bebenor!

Kenapa Pedih Ulu Hati Dan Gastrik Lebih Kerap Menyerang Semasa Hamil?

Info ini saya petik daripada blog Dr. Zubaidi.

Kedaan loya, mual, muntah, pedih ulu hati malah sakit di bahagian perut boleh berlaku dengan mudah apabila asid dalam perut tiba-tiba naik ke atas saluran pemakanan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati (heartburn). Kadang-kala ia dikenali sebagai asid reflux dan di burukkan lagi apabila seseorang wanita itu memang ada mengalami peptic ulcer disease (atau lebih dikenali sebagai gastrik) sejak sebelum hamil lagi.

Dalam keadaan biasa, otot LES (Lower Esophageal Sphincter) berfungsi menghalang makanan yang di proses di dalam perut naik semula ke esofagus.


Semasa mengandung, pengaruh hormon kehamilan menyebabkan otot LES itu menjadi lembut lalu menyebabkan 'kebocoran' ketika makanan di proses di dalam perut. Dengan itu makanan yang di proses di dalam perut mudah naik semula ke esofagus lalu menyebabkan ketakselesaan dan pedih ulu hati.

Tambahan lagi, keadaan saiz perut yang semakin membesar akan menolak dan mengecilkan ruang perut menyebabkan proses penghadaman tidak berlaku dengan baik.

Apabila gastrik atau pedih ulu hati menyerang, kita mulalah rasa tak selesa. Baring salah duduk salah, telan air dah bergelas-gelas tapi pedih tetap tak kurang juga.

Ada beberapa cara yang ibu boleh cuba lakukan untuk mengurangkan atau mencegah kejadian gastrik dan pedih ulu hati semasa mengandung.

1. Elakkan mengambil makanan yang salah

Sesetengah makanan dan minuman boleh menjadi pencetus kepada masalah gastrik dan pedih ulu hati. Awasi makanan berasid seperti buahan sitrus, makanan pedas dan berempah, makanan berlemak dan berminyak, kafein, coklat.

2. Makan sedikit tapi kerap

Jangan penuhkan ruang perut sepenuh-penuhnya dengan makanan. Ini akan menyebabkan makanan mudah naik semula ke esofagus. Makan sedikit-sedikit dan biarkan perut mengambil masa untuk proses makanan dengan sempurna. Makan juga dengan perlahan dan jangan gopoh untuk menghabiskan makanan.

3. Minum banyak air kosong

Air kosong membantu penghadaman. Cara yang betul ialah minum di antara waktu makan bukan semasa makan.

4. Jangan baring atau tidur selepas makan

Lakukan apa saja aktiviti selain berbaring!. Lepas makan memang syok kalau dapat tidur. Tapi ini bahaya sebab boleh sebabkan reflux asid di mana makanan akan kembali semula ke esofagus dengan mudah.

Begitu juga jangan makan kalau ibu nak masuk tidur. Ibu memang suka makan malam-malam kan.

5. Tinggikan kepala

Jika pedih ulu hati mudah menyerang waktu malam, tidurlah dengan keadaan kepala di tinggikan sedikit daripada bahagian dada.

6. Ambil Peppermint Ginger

Halia dan pudina memang terkenal dapat membantu meredakan masalah angin, gastrik dan pedih ulu hati. Sama ada jadikan amalan meminum air rebusan halia, dan boleh di campurkan dengan daun pudina.

7. Tidak biarkan perut kosong terlalu lama

Kerana apabila ibu mula memenuhkan perut dengan makanan, perut seolah-olah terkejut dan asid reflux lebih mudah berlaku. Membiarkan perut kosong terlalu lama juga boleh menyebabkan masalah angin.

Jika ibu seorang yang sibuk, mungkin boleh sediakan minuman yang 'tahan lama' di dalam perut seperti minuman serat tinggi ESP sebelum memulakan kerja.

Jika ibu sememangnya ada masalah gastrik kronik, dapatkan bantuan segera. Jadikan saat-saat kehamilan ini waktu yang menenangkan, dan tidak stress melayan macam-macam penyakit.

Saya doakan apa jua masalah kesihatan yang ibu alami sepanjang kehamilan ini, dapat di atasi dengan segera. Hubungi saya jika inginkan bantuan:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Saya ada terbaca soalan seorang ibu yang tanya macam mana nak pekatkan susu badan sebab dia rasa susu badan dia cair dan anak dia cepat kenyang tapi cepat lapar semula. Tambahan dia rasa anak dia tidur tak lena sebab sekejap-sekejap dah lapar semula.

Susu badan boleh di pekatkan ke? Ada ke cara nak pekatkan susu badan?

Jika ibu perasan, susu ibu kelihatan agak cair pada awalnya, namun selepas beberapa ketika, ia mula kelihatan lebih pekat.


Susu yang lebih cair itu di kenali sebagai foremilk, dan yang lebih pekat itu dikenali sebagai hindmilk.

Orang tua selalu mengatakan bahawa, susu payudara kiri lebih cair sebab kandungannya air, manakala susu di payudara kanan lebih pekat kerana kandungannya nasi. Ini adalah mitos sama sekali!

Sebenarnya kedua-dua payudara kanan dan kiri mengeluarkan foremilk dan hindmilk yang amat penting untuk keperluan tubuh bayi.

Foremilk VS Hindmilk



Foremilk merupakan susu yang di keluarkan oleh payudara pada awal menyusu atau berada di hadapan payudara. Ia mengandungi isipadu yang tinggi, lebih cair dan mengandungi kurang lemak.

Hindmilk pula ialah susu yang terhasil selepas habis foremilk di keluarkan oleh payudara. Ia mengandungi jumlah lemak yang semakin bertambah .

Apabila ibu merasakan susu ibu cair, ada kemungkinan ibu sebenarnya hanya memberikan bayi foremilk dan memberhentikan penyusuan sebelum sempat hindmilk di keluarkan.

Bagaimana Cara Memekatkan Susu Badan Supaya Bayi Lebih Kenyang Dan Tidur Lena?

1. Susukan bayi hingga payudara kosong. Bayi akan menikmati kedua-dua foremilk dan hindmilk. Dengan itu bayi akan lebih kenyang.

2. Kosongkan kedua-dua belah payudara dengan kerap sama ada secara mengepam atau direct feeding. Lebih lama ibu membiarkan susu di dalam payudara, susu akan lebih cair dan begitu juga sebaliknya.

3. Makan makanan berkhasiat dari pelbagai sumber merangkumi protein, karbohidrat, vitamin, mineral, dan asid lemak perlu, sama macam dalam piramid makanan.

4. Jangan skip makan. Ibu menyusu memang sentiasa lapar. Walaupun sibuk dengan anak-anak, tetapkan masa yang sama setiap hari untuk makan, at least tiga hidangan utama dan tiga hidangan ringan atau snek.

5. Cukupkan pengambilan air kosong terutama air suam.

6. Ambil 'milkbooster' atau suplemen

Setiap ibu mungkin ada resepi rahsia bagaimana untuk memekatkan susu. Pilihan saya? Sudah tentu ESP dan Alfalfa Complex Shaklee!

Set Breastfeeding Bajet inilah yang pertama saya makan semasa menyusukan anak saya masa bulan puasa tahun 2011. Alhamdulillah, bukan saja bagi saya tenaga tapi susu pun tak drop.

Ini juga di akui sendiri oleh teman adik ipar saya. Katanya, susu lebih pekat kalau minum ESP.

Sebenarnya, apa yang penting konsep 'supply and demand' perlu dipenuhi terlebih dahulu. Ibu jangan malas menyusu atau mengepam. Penuhi setiap keinginan bayi. Berikan susu jika mereka lapar.

Jika berminat mendapatkan Set Breastfeeding Bajet ESP + Alfalfa ini, harganya RM203 sahaja dan penggunaan 2-4bulan.

Di bawah ini ada beberapa testimoni ibu-ibu yang amat berpuas hati dengan Set Breastfeeding Bajet. Bukan saja susu pekat, malah bonus lain pun dapat juga.

Testimoni 1: 

Testimoni 2:

Testimoni 3:

Testimoni 4:

Saya percaya setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Jadi, dapatkan Set Breastfeeding Bajet ini kerana ia sememangnya dapat membantu ibu-ibu yang ada masalah dalam penyusuan.

Saya juga doakan semua ibu mampu dan berjaya melengkapkan tempoh penyusuan hingga dua tahun seperti yang diidamkan.

Dapatkan Set Breastfeeding Bajet berserta konsultasi pengambilan eksklusif dengan menghubungi:

~Suhaila Budin~

012-9645614

ID: 868994
Pengedar Shaklee Malaysia

Hari ini saya nak berkongsi dengan pembaca blog yang mungkin tercari-cari idea menjalankan bisnes atau perniagaan khususnya perniagaan online atau secara dalam talian.

Kita tahu bisnes online semakin berkembang pesat dari hari ke hari dan ramai jutawan terlahir hasil daripada menjalankan perniagaan secara atas talian.

Walaupun ia tidak susah, tetapi ia bukanlah mudah juga. Yang penting kita tahu niat dan tujuan kita berniaga, dan mesti melawan segala rasa malas dan negatif yang bersarang dalam jiwa.


Memiliki bisnes online mungkin gah pada namanya, tapi percayalah, cabarannya sangat besar. Orang yang berjiwa gigih dan kental sahaja yang mampu mengharungi segala jerih perih, suka duka berniaga secara online.

Sedar tak sedar sudah tiga tahun saya menjalan bisnes online Shaklee ini. Bisnes ini sangat dekat di hati saya atas banyak sebab. Malah hingga kini tiada satu bisnes yang mampu mengganggu gugat kesetiaan saya pada Shaklee (setakat ini).

Boleh di lakukan oleh sesiapa saja

Tidak kira anda seorang yang bekerjaya, suri rumah, pekerja kerajaan, pekerja swasta, pelajar universiti, warga emas, pekerja am atau sesiapa jua mampu dan boleh buat bisnes ini.

Tidak kira apa latar belakang anda, berpendidikan tinggi atau rendah, anda tetap mampu dan berpotensi mendapat income semaksima yang boleh!

Suka berkongsi

Inilah asas bisnes Shaklee. Kongsi. Kita kongsi dan sebarkan semua kebaikan mengenai produk, peluang pendapatan serta insentif-insentif yang pihak Shaklee tawarkan.

Bimbingan berterusan

Upline sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan melalui kelas-kelas, webinar, atau personal coaching secara offline mahupun online.

Bisnes Shaklee sangat mudah dan menguntungkan!

Modal permulaan hanya RM69, anda bergelar Pengedar Bebas Shaklee dan boleh mulakan empayar perniagaan anda sendiri!

Potensi pendapatan yang anda mahu?? Anda tentukan!

Ada impian BESAR? Anda  di jemput untuk menjadi sebahagian daripada tim kami!


Hubungi :

~Suhaila Budin~
012-9645614
emel: butik.annajah@gmail.com
ID: 868994