Enter Keyword

Benarkah Ibu Underweight Dipaksa Bersalin Awal?

Assalamualaikum w.b.t

Wahh agak terkejut apabila saya terbaca perbincangan mengenai ini semalam. Kerana saya juga seorang ibu dalam kategori underweight!

Tahu tak berat saya kalau tak hamil hanyalah sekitar 35kg hingga 38kg sahaja?? Hihi jangan terkejut.

Dulu-dulu sebelum berkahwin, saya pun risau kalau-kalau berat saya yang tak begitu berat ni akan mempengaruhi kandungan. Oh rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.


Setiap wanita yang mengandung, Allah anugerahkan kekuatan hingga dia mampu membawa beban sehingga 24kg bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan jenis kandungan sama ada tunggal atau kembar.

Dan tidak ada kena mengena berat ibu yang underweight akan dipaksa bersalin awal sebelum cukup tempohnya (37-40 minggu) melainkan ibu tersebut ada masalah tertentu yang akan berisiko terhadap nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Risiko Bersalin Awal

Apabila bayi dilahirkan sebelum cukup 37 minggu, ia dikenali sebagai bayi pra-matang. Ada banyak sebab ibu akan terpaksa bersalin awal. Antaranya:

  • sejarah kelahiran pra-matang. Jadi ibu berisiko tiga kali ganda akan melahirkan bayi pra matang lagi
  • hamil kembar
  • kelainan pada uterus dan serviks
  • jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing
  • jangkitan pada tempat air kencing dan vagina
  • penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan diabetes
  • mengandung dengan satu fetus selepas rawatan IVF
  • ibu merokok, mengambil dadah dan alkohol
  • sosio ekonomi rendah
Walaupun begitu, jika ibu mempunyai faktor risiko spesifik, tidak bermakna seorang ibu telah ditetapkan untuk melahirkan anak pra-matang kerana adakalanya ia berlaku juga tanpa sebab yang tidak diketahui.



Kalau ada yang bertanya berapa kilo berat anak-anak saya semasa lahir?

Anak sulung lahir dengan berat 3.10kg, anak kedua 3.15kg dan anak ketiga 3.55kg.

Apa yang penting, semasa hamil, ibu-ibu mestilah menjaga kesihatan sebaik mungkin, ambil semua vitamin yang diperlukan sejak awal mengandung kerana vitamin itu sangat penting untuk perkembangan bayi yang sihat dan last but not least ikut nasihat doktor becoz your doctor knows best about you!

Salam sayang,

~Mama Su~
012-9645614
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan