Mempunyai bayi yang montel, gemuk, sihat dan berkatang-katang memang impian semua ibu bapa. Pipi bulat dengan senyuman yang comel memang buat mama dan papa rasa geram nak gomol setiap masa.

Persoalannya, macam mana nak buat bayi jadi gemuk? Adakah bayi yang gemuk ini benar-benar sihat atau ada risiko bakal menjadi obes bila besar nanti? Adakah bayi kurus tak sihat?

credit: google

Mempunyai bayi yang gemuk montel itu tidak penting, tetapi yang paling penting ialah memastikan bayi tersebut sentiasa sihat di mana pertumbuhan dan perkembangannya masih normal dan meningkat setiap bulan walaupun bayi anda kurus.

Tapi saya nak bayi saya gemuk!

Ciri fizikal sama ada gemuk atau kurus seseorang bayi itu bergantung kepada banyak faktor:

1. Genetik dan keturunan

Jika anda atau pasangan anda mempunyai keturunan yang bayi semua kurus-kurus, maka agak sukar untuk mendapat bayi yang montel.

2. Pemakanan sama ada susu ibu atau susu formula

Selalunya, bayi dengan susu ibu mempunyai berat badan yang konsisten kenaikannya, melainkan memang ada unsur genetik. Selain itu kekerapan bayi menyusu (foremilk dan hindmilk) juga memainkan peranan.

Tetapi bayi yang minum susu formula cenderung mendapat berat badan berlebihan kerana kebanyakan susu formula mengandungi kandungan gula yang tinggi di mana ia boleh meransang kenaikan berat badan berlebihan.

Apapun, semua terpulang kepada kekerapan bayi tersebut menyusu susu ibu atau susu formula.

3. Aktiviti fizikal

Lazimnya, apabila bayi sudah mula aktif bergerak, meniarap dan merangkak, berat badan bayi akan mula turun.

Ibu  dan bapa cuma awasi pertambahan atau penurunan berat badan anak. Jika anak masih sihat dan pertumbuhan masih berada dalam graf yang normal, ibu bapa tidak perlu risau.

Ahmad Fawwaz Faiz 3 bulan
Adakah bayi montel cenderung mengalami obesiti bila dewasa?

Akademi Paediatrik Amerika mengatakan bahawa tidak ada bukti menunjukkan bayi montel atau chubby cenderung menjadi obes apabila dewasa.

Namun, ibu bapa perlu menanam tabiat yang baik sejak dari kecil lagi. Makan secara berlebihan dan kurang aktiviti fizikal berkemungkinan besar boleh menyebabkan anak bakal menjadi obes bila besar nanti.

Antara tabiat yang baik itu ialah:

1. Susukan bayi secara eksklusif hingga berusia 6 bulan dan melanjutkan hingga ke tempoh 2 tahun. Bayi yang menyusu dengan susu ibu cenderung tidak mempunyai lemak / montel ini kerana mereka hanya menyusu apabila berasa lapar, bukan sebab terpaksa.

2. Tidak memaksa bayi menghabiskan susu dalam botol ( melainkan di nasihatkan oleh pakar)

3. Galakkan anak makan sayur dan buah apabila mereka sudah mula pandai makan

4. Elakkan memberi jus, sebaliknya beri buah sebenar. Jus lazimnya kurang nutrisi berbanding buah sebenar.

5. Tidak memberi makanan / minuman yang manis

6. Ibu bapa sebagai model kepada anak-anak. Makanlah secara sederhana dan amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

*****

Alhamdulillah, bayi-bayi saya semuanya montel secara semulajadi. Tapi bila mereka dah lasak, berat badan pun mula turun.

Begitu juga dengan baby Fawwaz yang sekarang berusia 7 bulan. Sangat aktif, tak banyak ragam dan bijak tetapi masih montel walaupun berat badan dah mula naik sikit-sikit sahaja berbanding dulu. Sampai ada yang suruh saya berhenti makan suplemen menyusu. Ops! Apa kaitannya??



Ada sebarang komen, pertanyaan atau ingin mendapatkan suplemen menyusu yang buat ibu lebih kuat dan anak lebih bijak, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994



Bayi Menyusu Susu Ibu Lebih Gemuk?

by on April 27, 2015
Mempunyai bayi yang montel, gemuk, sihat dan berkatang-katang memang impian semua ibu bapa. Pipi bulat dengan senyuman yang comel memang bua...
Sebagai seorang ibu dan ayah, hati mana yang tergamak melihat anak yang kita sayangi sering sakit, terbaring lesu, tidak bermaya dan tidak ceria bermain seperti selalu.

Lebih sedih dan merisaukan ialah apabila anak sering dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Sebulan sekali!

Hati rasa nak menjerit melihat tangan kecil si manja di cucuk bermacam-macam jarum hanya untuk mendapatkan beberapa ml darahnya.

Kalau hati tak kuat, memang boleh menitis air mata melihat anak menjerit kesakitan.

Sampai bila nak macam ni??

Oh anak...janganlah sakit lagi.....


Kenapa Anak Selalu Sakit?

Ini yang sering menjadi persoalan kebanyakan ibu bapa. Setiap bulan (adakala lebih kerap) mesti selsema, batuk dan demam? Kenapa mudah benar anak kita diserang virus? Apakah sebabnya? Adakah sistem imun anak kita lemah?

Ada beberapa sebab anak kita sering diserang demam, batuk dan selsema

1. Kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun mempunyai sistem imun yang belum matang dengan itu mereka lebih mudah di serang virus.

2. Kanak-kanak mudah mendapat penyakit akibat penyebaran virus melalui udara. Ini kerana mereka batuk dan bersin tanpa menutup hidung dan mulut. Mereka suka memegang permukaan terdedah seperti meja, permainan, peralatan dan kemudian memegang hidung dan mulut mereka sendiri tanpa membasuh tangan.

3. Sistem pernafasan kanak-kanak selalunya belum matang

4. Mudah mendapat jangkitan daripada rakan-rakan contohnya di taska atau tadika

5. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai masalah alergik rhinitis dan asthma berbanding dewasa dengan itu memudahkan mereka mendapat serangan.

6. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak cukup berzat (poor nutrition)

7. Stress contohnya emosi terganggu, kurang tidur dan sebagainya.

8. Persekitaran yang tidak lagi sihat untuk anak-anak bermain kerana terlalu banyak pencemaran baik di udara, air, tanah malah di rumah kita sendiri!

Apa Yang Perlu Ibu Dan Ayah Lakukan?

Ya! Ibu bapa sangat memainkan peranan penting untuk memastikan anak sentiasa sihat dan kuat untuk berhadapan dengan dunia yang penuh  pencemaran ini.

1. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor jika anak sememangnya mempunyai masalah daripada sudut kesihatan contohnya dia memang mempunyai penyakit.

2. Jika anak mempunyai alahan/ alergik, awasi mereka dan elakkan mereka daripada terkena pencetus serangan alergik tersebut.

3. Pastikan anak selalu terhidrat (cukup bendalir), cukup rehat dan mendapat nutrisi yang baik. Pastikan semua keperluan tubuh contohnya protein, vitamin, lemak, mineral, karbohidrat mencukupi.

4. Bekalkan anak-anak dengan nutrisi tambahan untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badannya secara semulajadi.

5. Bantu mereka kurangkan stress dan tekanan emosi dengan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang. Sentiasa peluk dan cium anak anda kerana hormon yang terhasil kesan daripada pelukan ibu bapa ini mampu menguatkan sistem imun dan menjauhkan penyakit. InsyaAllah.



Omega Guard: Minyak ikan tulen dari lautan sejuk yang kaya dengan Omega 3. Kaya dengan asid lemak yang diperlukan seperti DHA dan EPA. Omega Guard membantu menguatkan sistem imun, memberi tenaga, mengurangkan keradangan penyakit dan membantu dalam perkembangan sel-sel otak yang berhubung dan sihat.


Meal Shakes : Sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral, membantu membekalkan nutrisi yang berkhasiat untuk kanak-kanak, membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat, menguatkan sistem imun.

*Suplemen di atas bukanlah sebagai pengganti makanan. Anak-anak harus mendapat sumber makanan sebenar seperti buah, sayur, daging, ikan dan sebagainya. Suplemen ini hanyalah sebagai pemakanan tambahan untuk mengisi kelompongan zat daripada makanan.

Set Kanak-Kanak ini cuma berharga RM249.75 dan boleh bertahan hingga 3 bulan!

Inilah rahsia kenapa anak saya jarang jatuh sakit. Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah :))

Sebarang pertanyaan termasuk tempahan anda boleh menghubungi saya:

~ Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


Assalamualaikum w.b.t

Wahh agak terkejut apabila saya terbaca perbincangan mengenai ini semalam. Kerana saya juga seorang ibu dalam kategori underweight!

Tahu tak berat saya kalau tak hamil hanyalah sekitar 35kg hingga 38kg sahaja?? Hihi jangan terkejut.

Dulu-dulu sebelum berkahwin, saya pun risau kalau-kalau berat saya yang tak begitu berat ni akan mempengaruhi kandungan. Oh rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.


Setiap wanita yang mengandung, Allah anugerahkan kekuatan hingga dia mampu membawa beban sehingga 24kg bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan jenis kandungan sama ada tunggal atau kembar.

Dan tidak ada kena mengena berat ibu yang underweight akan dipaksa bersalin awal sebelum cukup tempohnya (37-40 minggu) melainkan ibu tersebut ada masalah tertentu yang akan berisiko terhadap nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Risiko Bersalin Awal

Apabila bayi dilahirkan sebelum cukup 37 minggu, ia dikenali sebagai bayi pra-matang. Ada banyak sebab ibu akan terpaksa bersalin awal. Antaranya:

  • sejarah kelahiran pra-matang. Jadi ibu berisiko tiga kali ganda akan melahirkan bayi pra matang lagi
  • hamil kembar
  • kelainan pada uterus dan serviks
  • jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing
  • jangkitan pada tempat air kencing dan vagina
  • penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan diabetes
  • mengandung dengan satu fetus selepas rawatan IVF
  • ibu merokok, mengambil dadah dan alkohol
  • sosio ekonomi rendah
Walaupun begitu, jika ibu mempunyai faktor risiko spesifik, tidak bermakna seorang ibu telah ditetapkan untuk melahirkan anak pra-matang kerana adakalanya ia berlaku juga tanpa sebab yang tidak diketahui.



Kalau ada yang bertanya berapa kilo berat anak-anak saya semasa lahir?

Anak sulung lahir dengan berat 3.10kg, anak kedua 3.15kg dan anak ketiga 3.55kg.

Apa yang penting, semasa hamil, ibu-ibu mestilah menjaga kesihatan sebaik mungkin, ambil semua vitamin yang diperlukan sejak awal mengandung kerana vitamin itu sangat penting untuk perkembangan bayi yang sihat dan last but not least ikut nasihat doktor becoz your doctor knows best about you!

Salam sayang,

~Mama Su~
012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum dan hai semua!

Saya bersemangat nak korang semua kurus taw. Ini kerana page Nak Kurus Cara Sihat Dan Selamat telah mencecah lebih 500++ Like dalam masa singkat. Agak pelik sebenarnya macam ada orang tolong saya promotkan page ni secara senyap-senyap. haha..

Ok, ok.. Kalau korang ni memang ada azam yang kuat untuk kuruskan badan sebelum raya nanti, korang mesti bermula dengan gigih daripada sekarang. Sure nanti masa raya ada kawan kawinlah, ada reunion dengan member sekolah la, ada majlis rumah terbuka la, majlis buka puasa la, majlis itu majlis ini yang korang kena hadiri.

Mana la tau nak try Fatin Liyana Signature Premium Jubaa.. cun jugak nih!

Tapi...macam segan je sebab berat badan dah bertambah kan..

Jadi, untuk memulakan usaha turunkan berat badan anda tu, apa kata anda pertimbangkan untuk mencuba Cinch Shake Mix Shaklee ni.


Cinch (sebutannya sinch) Shake Mix ini di datangkan dengan tiga perisa iaitu Coklat, Vanilla dan Cafe Latte.

So anda boleh pilih perasa mana yang anda berkenan dan saya jamin rasanya sungguhlah sedap sekali!

Apa kebaikan dan kelebihan Cinch Shake ni?

1. Satu hidangan membekalkan 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting, serta 6 gram serat larut.

2. Mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 22, menjadikannya sesuai untuk pesakit kencing manis

3, Menggunakan soya tulen bebas GMO, serta tidak mengandungi perasa, pewarna atau pemanis tiruan. 100% berasaskan sumber semulajadi.

4. Di perkaya dengan leusina (leucine) iaitu sejenis asid amino yang berperanan dalam membina otot.

Kenapa protein penting untuk turunkan berat badan?

Ini kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori!

Kalau seseorang tu dah cuba bermacam cara tapi susah juga nak kurus, maka itu tandanya dia mempunyai masalah dengan kadar metabolisme badan.

Protein juga membantu mengatasi rasa lapar berpanjangan atau pendek kata sindrom mengunyah tak berhenti. Dengan pengambilan protein, kita akan rasa kenyang dalam jangka waktu yang lama dan ini dapat mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Jadi, dengan Cinch ni, ia membantu kita membina otot, menurunkan berat dan menaikkan jisim otot untuk meningkatkan kadar metabolisme.

Tubuh bukan saja kurus, malah akan lebih fit, akan ada shape serta tidak menggeleber!

Haa mesti korang tak sabar nak try kan??

Cinch Shake dengan formula Cinch Pro (leucine) ini cuma berharga RM173 untuk secanister. Bulan April ini anda beli 3 dan layak mendapat 1 canister percuma!

Atau, anda beli Cinch Shake dengan kombinasi suplemen kurus (Alfalfa, Lecithin, Omega Guard, Herblax) anda juga berpeluang mendapat segala manfaat sebagai ahli!

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi saya..insyaAllah saya sedia membantu anda menjayakan misi menurunkan berat badan sebelum raya ;))

~Suhaila Budin~
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Sejak dua menjak ni kan, saya dapat banyak pertanyaan mengenai suplemen untuk pesakit strok. Memang pun, sekarang ramai yang kena serangan strok, tak kira usia, malah ada yang semuda usia awal 30-an.

Strok adalah suatu keadaan serangan mengejut dimana berlaku pendarahan dalam otak yang disebabkan oleh salur darah pecah dalam otak (stroke haemorraghic); atau darah beroksigen tidak sampai ke otak akibat penyumbatan lemak dan kolesterol dalam salur darah ke bahagian otak (stroke ischaemic) dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal atau sementara.

Strok lazimnya berlaku secara mengejut tetapi kita boleh perhatikan tanda-tanda awal contohnya seperti terdapat perubahan pada wajah seseorang di mana sebelah bahagian mukanya jatuh / senget, rasa kebas pada sebahagian atau sebelah badan.


Yang paling di takuti ialah strok boleh menyebabkan koma dalam jangka masa yang agak lama.

Bolehkah pesakit strok sembuh?

Boleh! Walaupun ia mengambil masa agak lama untuk kembali pulih ke keadaan asal.

Pesakit strok mesti mendapat sokongan emosi daripada ahli keluarga, kawan-kawan serta jurupulih kesihatan. Ini sangat penting untuk mengembalikan semula keyakinan pesakit strok (yang hilang upaya tiba-tiba) untuk sembuh.

Pesakit strok perlu menjalani rawatan berterusan seperti mengambil ubat, senaman, latihan pertuturan, fisioterapi, juga mempelajari kemahiran baru untuk mengendalikan diri dan peralatan.

Makanan tambahan untuk pesakit strok

Oleh kerana pesakit strok mengalami kesukaran untuk makan dan minum, jadi mereka hanya mendapat nutrisi yang terhad sedangkan mereka sangat perlukan nutrisi penting untuk segera sembuh.

Tiga ubat (sebenarnya suplemen) yang saya syorkan dan amat-amat membantu mereka ialah Vivix, Omega Guard dan Ostematrix.

Vivix

Pada peringkat awal di mana pesakit masih sukar untuk menelan makanan kasar, cecair seperti Vivix sangat diperlukan. Vivix membantu:

+ Mengaktifkan semula sel-sel yang rosak dan mati dan menggalakkan pertumbuhan sel badan yang sihat

+ Menggalak pertumbuhan mitokondria iaitu 'penjana tenaga' dalam sel badan dengan itu tubuh akan terasa lebih kuat, bertenaga dan segar

+ Membantu menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan serangan radikal bebas dan stress oksidasi yang boleh menyebabkan kerosakan sel


Omega Guard

Minyak ikan tulen dalam kapsul softgel ini mengandungi asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh. Omega Guard membantu:

+ Melancarkan perjalanan dan peredaran darah dengan itu darah beroksigen dapat sampai ke seluruh sel badan dengan lancar dan mudah

+ Baik untuk urat saraf dan fungsi sendi yang sudah rosak

+ Mengawal tekanan darah dengan itu mengurangkan ketegangan di bahagian leher dan sakit kepala yang sering di alami oleh pesakit strok


Ostematrix 

Suplemen kalsium yang paling seimbang dan lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, mangan, zink, kuprum dan boron. Ostematrix sangat membantu:

+ Memperbaiki masalah kebas-kebas dan kekejangan anggota badan

+ Memperbaiki tekanan jantung serta mengurangkan stress

+ Baik untuk urat saraf

+ Menstabilkan denyutan jantung dan impuls saraf


Apa kata mereka?

Testimoni 1:

Testimoni 2:


Testimoni 3:


Testimoni 4:


Satu Set Strok  Shaklee (Vivix, Omega Guard, Ostematrix) ini cuma berharga RM672 sahaja. Anda boleh jimat jika daftar ahli sambil membeli set ini.

Selain mengambil ubat-ubatan, suplemen seperti ini amatlah membantu kerana ia asas nutrisi yang diperlukan untuk sel jadi sihat.

InsyaAllah dengan mengamalkan set ni, simptom strok akan berkurang, pengaliran darah lebih lancar, badan akan lebih kuat dan bertenaga, kebas-kebas hilang, selera makan meningkat dan wajah akan lebih berseri dan ceria!

Anda pun boleh menjalankan aktiviti seharian seperti sediakala.

Sekiranya berminat mendapatkan Set Stroke ini, atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di:

-Puan Suhaila-

012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994


Belum habis lagi demam family day yang sangat best dan ohsemmm Ahad lepas!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, perancangan untuk berfamily day dengan adik-beradik dan sedara-mara grup upline kami, Naila Intishar a.k.a Naila Superpower berlangsung dengan sangat meriah dan jayanya.

Syukur akhirnya Allah mengabulkan hajat saya untuk mencuba sukan kegemaran Rasulullah iaitu memanah dan berkuda. Dah lama simpan hajat ni...akhirnya termakbul di Sri Menanti, Kuala Pilah.

Perjalanan kami ke Kuala Pilah bermula pada hari Sabtu lagi, selepas selesai kelas Marketing anjuran grup ASB (Aku Sayang Bini) iaitu grup kaum suami yang isterinya pun pengedar Shaklee juga. ASB ni lebih kepada isu teknikal seperti marketing online, blog, facebook ads dan sebagainya. Tak macam kami mak-mak ni yang memang 100% involve dalam aktiviti jualan dan coaching anak-anak buah. Eh terpanjang pulak cerita pasal ASB.


Time to recharge!

 Kami bertolak dari bandar Kuantan jam 1.30 tengah hari lebih kurang, melalui Felda Palong, Bahau seterusnya Kuala Pilah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah, dan kami ada juga berhenti makan dan solat di hentian R&R.

Sampai di Bandar Kuala Pilah, kami pun tercari-cari arah tujuan. Hihi.. sebenarnya kami menginap di Homestay AM Perpatih (bersama 4 lagi keluarga yang lain) yang terletak agak berhampiran dengan Muzium / Istana Lama Seri Menanti. Oleh sebab GPS takde, Waze pun takde, kami redah aje la..tu pun berpandukan Google Maps yang networknya kejap timbul kejap tenggelam. Sudahnya kami ambil keputusan untuk bertanya seseorang. Malu bertanya sesat jalan gitu kan..

Walaupun perjalanan agak jauh ke dalam melalui kawasan kampung yang gelap, dah la baru lepas hujan, tetapi pemandangan rumah kayu berbumbung minangkabau agak cantik di pandangan, akhirnya di hujung jalan kami sampai di depan pintu pagar Istana. Wahh.. kalau dapat melawat Istana lama ni best juga. Saya pun mencadangkan pada suami supaya singgah sekejap untuk meninjau Istana keesokan hari selepas tamat majlis. Tapi nampaknya masa tidak mengizinkan.

Beberapa minit dari pagar istana, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Tuan rumah menyambut ketibaan kami dengan senyuman, menunjukkan kami bilik-bilik yang ada. Kalau nak tahu, homestay yang kami duduki ni asalnya rumah kampung yang di tambah-tambah sekelilingnya. Semua ada 9 buah bilik. Kami memilih bilik yang paling hampir dengan bilik air.


Signboard ni betul-betul depan pagar rumah. Senang cari.


Inilah homestay kami!

Di homestay ni bilik air lelaki dan wanita di asingkan. Dalam bilik memang takde tandas. Jadi macam asrama pulak rasanya. Ruang utama rumah ni agak luas. Maklumlah rumah kampung dulu-dulu. Tempat berkumpul anak-beranak bila malam tiba. Jadi memang seronok sakanlah budak-budak ni melompat, berlari, berperang sesama sendiri. Meriah!

Selesai dinner di Restoran Warisan malam tu (Ehem terima kasih kepada omak Naila dan abah MQR yang belanja makan.. semoga sentiasa murah rezeki), kaum bapa bersembang manakala kaum mak-mak ambil bahagian bermain Masteria! Game ala-ala Saidina dan Monopoly gitu dan di kendalikan oleh akacan Master Lyna sebagai banker. Malangnya saya gagal merebut takhta Master Coordinator. Sedih! Tahniah kepada pemenang Master Aniey Yusof. Semoga cepat beliau naik Master. Amiinn.


Persembahan bongai di Restoran Warisan setiap Sabtu.



Menu @ Restoran Warisan. Sedap tapi servisnya saya bagi 2 bintang.


Tengok tu betapa khusyuk daku membilang buah dadu.


Pemenang Masteria kami, Master Coordinator Aniey Yusoff.

Hari yang di tunggu-tunggu...

Bangun pagi jam 5 dengan perasaan teruja dan berdebar. Selesai mandi dan solat Subuh, terus saja kami bersiap-siap. Hampir jam 9 sampailah kami ke Ladang Alam Warisan (LAW), Sri Menanti yang mengambil masa kira-kira 5 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan masing-masing dari homestay. Hihi...macam jauh aje kan.


Pagi sebelum gerak ke Ladang Alam. Lepak-lepak dulu sedut udara segar kampung.

Setelah membuat pendaftaran, kami menjamu selera dengan hidangan nasi lemak citarasa LAW. Sedap masakannya. Walaupun macam tak berapa nak lalu makan (sebab excited), tapi kena makan juga. Sat lagi kang pengsan atas kuda jenuh pulak.

Acara seterusnya ialah cabutan bertuah, sesi bertukar hadiah, sesi omak Naila beri habuan atas pencapaian anak cucunya bulan lepas, dan sesi bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.


Saya dan Master Lyna


Saya dan omak Naila, Ainul.


Saya dan Mas



Anakku yang sulung, Ammar dan Master Z.

Kali pertama naik kuda dan memanah

Saat yang di tunggu-tunggu pun tiba. Eh eh, kali ni memang mak yang over mengalahkan anak. Walaupun saya dah beberapa kali pergi ke tempat-tempat yang ada kuda macam ni, tapi entahlah..tak teringin pun nak cuba naik. Tapi di LAW berbeza. Mungkin saya dah set dalam minda awal-awal aku pergi ni mesti naik kuda! Tak kiralah apa jadi pun, mesti naik! Bila lagi nak rasa kan?


Kuda putih yang agak kecil ni namanya Tanda.


Encik suamiku dan anakku Aqil.


Budak Aqil ni memang berani!

Kuda yang saya naik ni namanya Awan. Memang tough betul badannya. Dah la tinggi. Memang takut dan gayat pada mulanya. Tapi sebab naik dengan anak, mama mestilah kena control macho. Ahaks. Lagi pun abam tukang tarik kuda tu cakap, duduk rilek-rilek, jangan keraskan badan dan ikut je lengguk kuda tu.

Selfie bawah matahari. #kohado

Setelah tamat sesi berkuda, kami berhenti minum dulu sebelum ke gelanggang memanah. Ini satu lagi aktiviti yang saya nak sangat cuba. Memang ada tulis dalam senarai 101 impian saya!

Selepas mendengar penerangan ringkas daripada adik-adik LAW, aktiviti memanah dimulakan oleh anak-anak syurga kami. Wah, macam pahlawan kecil gaya masing-masing memegang panah. Ternyata mereka juga seronok dan gembira dapat mencuba aksi memanah buat pertama kali.



Kaum anak-anak




Kaum pak-pak


Kaum mak-mak. Style mesti mau ada. Walaupun panahannya kelaut. Saya dah jatuh cinta dengan sukan memanah sejak detik itu. Best!

Gulai daging salai dan ikan keli goreng memang terbaik!

Jam 1 tengah hari, dah penat memanah, perut pun dah kembali lapar maka tibalah masa untuk makan tengah hari. Tengok je lauk yang dihidang memanglah amat membangkitkan selera. Daging goreng paprik, gulai daging salai dengan pucuk ubi dan terung, gulai lemak telur itik, dan ikan keli goreng. Entah berapa kalori dan berapa kolesterol pun tak tahu ni.. Belasah aje janji kenyang! Ada lagi air asam kalau tak salah. Lupa pulak sebab paling diingati dua yang atas tu la hahah.

Sementara saya makan-makan, (makan pun dah nak last2 sebab bergilir dengan suami jaga baby), suami dan anak-anak meneruskan aktiviti seterusnya iaitu animal feeding. Masa ni saya memang tak tahu apa cerita diorang kat kandang rusa tu sebab tengah syok meratah lauk daging salai dan ikan keli. Kehkeh..




Yang tau, tapau-tapau mana lauk yang tinggal, terus turun bawah. Tengok-tengok suami dengan anak-anak dah tunggu kat kereta. Sempat la salam-salam sesiapa yang masih tinggal. Yang lain-lain ramai dah pulang terus lepas makan sebab ada acara lain nak dikejarkan.

Kitorang pun tak boleh nak rileks sangat sebab jauh tu nak balik Kuantan tambah suami pun nak masuk kerja jam 8 malam.

Elok sampai rumah pukul 5.30 semua pengsan!

Begitulah kisahnya family day kami yang pada perkiraan saya sangat meriah dan penuh aktiviti. Sebenarnya saya agak tak gemar berfamily day di swimming pool. Saya lebih suka aktiviti outdoor dan lasak macam ni untuk anak-anak.

So, kalau ada yang berminat nak buat hari keluarga di Ladang Alam Warisan ni, memang saya galakkan. Anak-anak selain  berkuda dan memanah, boleh tengok haiwan-haiwan yang ada. Sejujurnya saya sendiri pun tak sempat nak melawat kawasan ladang yang luas tu. Rugi rasanya sebab masa terlalu terhad.



Apapun semoga ukhwah yang terjalin antara kami adik-beradik dan saudara-mara family Naila akan berkekalan selamanya..insyaAllah.

P/S: Review penuh mengenai Ladang Alam Warisan saya akan tulis dalam blog satu lagi, suazman.blogspot.com

Salam sayang, salam ukhwah!