Enter Keyword

3 Cara Rawatan Kanser Dan Kesan Sampingan Yang Kerap Berlaku

Kanser ialah suatu penyakit 'mahal' dan orang sering mengaitkannya dengan orang kaya. Ini kerana kos rawatan kanser biasanya ada yang mencecah ratus ribu ringgit. Namun, hakikat sebenarnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja.

Seringkali, kanser dikesan hanya apabila ia sudah mencapai peringkat bahaya. Ini kerana sel kanser merebak secara senyap tanpa mendatangkan apa-apa kesan luaran yang boleh dirasai. Kerana itulah juga ia dikenali sebagai pembunuh senyap (silent killer).

rawatan radioterapi

Siapa Boleh Dapat Kanser?

Punca sebenar kepada kanser masih menjadi tanda tanya. Tetapi saintis dan pakar perubatan telah mengenal pasti golongan-golongan yang berisiko tinggi terkena kanser. Antara faktor risiko yang boleh di ketahui ialah:

  • merokok
  • diet tinggi lemak
  • lebihan berat badan
  • diet rendah serat
  • ketagihan alkohol
  • tidak mendapat amaun vitamin dan mineral yang sepatutnya
  • pendedahan kepada alam sekitar yang tercemar
  • pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari
  • terlalu banyak variasi dari pelbagai sumber
  • sejarah keluarga
  • tekanan yang terlampau
3 Cara Rawatan Kanser

Tiga kaedah rawatan kanser yang biasa dilakukan ialah pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Pembedahan hanya dilakukan ke atas sel kanser benign yang dikesan pada peringkat awal.

Kemoterapi
Kemoterapi ialah ubat antikanser yang diberi untuk memusnahkan sel kanser. Sehingga kini, ada lebih daripada 100 ubat kemoterapi, sama ada digunakan secara bersendirian atau secara kombinasi (kemoterapi gabungan). Peratusan kejayaan menggunakan kaedah ini lebih tinggi dan berkesan kerana ia berjaya membunuh lebih banyak sel kanser.

Radioterapi
Radioterapi ialah rawatan radiasi yang menggunakan sinar X bertenaga tinggi untuk merawat kanser. Radioterapi akan memusnahkan sel kanser di kawasan yang dipancarkan sinar X itu sahaja, namun sel lain di kawasan berhampirannya akan turut terjejas. Untuk mengelakkan kerosakan pada sel yang sihat itu, ia juga perlu dirawat dengan cara yang betul.

Kesan Sampingan Rawatan Kanser

1. Keguguran rambut
2. Kulit terbakar
3. Hilang selera makan
4. Berat badan turun mendadak
5. Bibir kering dan mudah pecah
6. Loya dan muntah-muntah
7. Luka yang lambat kering
8. Hilang kesuburan bagi wanita
9. Menopaus lebih awal
10. Berlaku perubahan pada sel darah
11. Pesakit mungkin sensitif kepada cahaya matahari
12. Masalah kulit (kulit sakit atau pucat)

Pesakit kanser tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan ini kerana para doktor telah menyediakan rawatan yang selamat dan sesuai. Sebaiknya anda terus sahaja menghubungi doktor jika merasakan kesan-kesan yang keterlaluan selepas menjalani sesi kemoterapi atau radioterapi.

Hadapilah dengan tenang, sentiasa dapatkan sokongan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga, teman rapat dan pegawai perubatan anda.

Hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat dan pembelian produk semulajadi Shaklee yang membantu dalam mengurangkan kesan tidak selesa akibat rawatan kemoterapi. Perlu diingat, produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, merawat, mengubat atau mendiagnosis penyakit anda tetapi hanya sebagai pemakanan tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda.

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
ID Shaklee: 868994

Rujukan:

http://www.malaysiaoncology.org/article.php?aid=518


Tiada ulasan:

Catat Ulasan