Enter Keyword

5 Kebaikan Dan Keburukan Menghantar Anak Ke Taska - Panduan Ibu Bapa

Menghantar anak ke taska adakala dilakukan kerana terpaksa. Contohnya sebab tiada pembantu rumah atau pun tiada pengasuh yang sesuai.

Dan mungkin juga memang pilihan ibu bapa kerana taska tempat terbaik bagi anak belajar berkomunikasi, berkawan dan membentuk peribadi.

Saya tiada pengalaman menghantar anak sendiri ke Taska kerana saya adalah seorang ibu yang bekerja sendiri dari rumah (WAHM). Namun, saya percaya memilih Taska terbaik amat penting dalam membantu perkembangan dan pembentukan anak sejak dari awal lagi.


Di sini saya menyenaraikan kebaikan dan keburukan jika menghantar anak ke taska sebagai panduan. Apa pun, anda sebagai ibu bapalah yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk anak masing-masing :)

Kebaikan Menghantar Anak Ke Taska

1. Anak dapat belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai. 
Anak akan belajar bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi sesama rakan sebaya. Ini dapat mengurangkan rasa takut sesetengah anak untuk berhadapan dengan orang ramai contohnya di kampung apabila bersama sanak saudara.

2. Anak belajar berdikari.
Ketiadaan ibu bapa untuk seketika akan memaksa anak berdikari secara 'tidak sedar'. Anak lebih terdorong melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang yang rapat dengannya seperti ibu bapa.

3. Anak menerima input pembelajaran lebih sistematik.
Di taska, anak akan belajar, berehat dan bermain mengikut jadual yang telah ditetapkan. Taska juga sering mengutamakan pendidikan kepada anak-anak yang sesuai dengan tahap umur mereka berdasarkan silibus.

4. Anak belajar membina karakter.
Anak-anak akan memahami erti tanggungjawabdan mereka akan diterapkan dengan budaya disiplin. Anak akan patuh kepada jadual serta arahan dan ini sangat penting dalam membantu pembinaan karakter peribadi mereka.

5. Anak bermain dalam masa sama membantu perkembangan mental dan emosinya.
Taska selalunya menyediakan permainan yang sesuai untk anak bukan saja mengikut tahap umur tapi juga membantu dalam perkembangan mental dan emosi. Ia juga akan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.

Keburukan Menghantar Anak Ke Taska

1. Anak akan mudah terpengaruh dengan watak negatif
Apabila anak sering melihat watak negatif daripada guru dan rakan-rakan mereka akan mudah terikut. Ini kerana pada usia kanak-kanak (2-5 tahun), otak mereka akan menyerap semua perkara termasuk perkara negatif. Kemudian mereka akan meniru dan akhirnya akan menjadi habit. Ibu bapa perlu selalu memerhatikan tingkahlaku dan bahasa yang mereka gunakan, dan terangkan baik-buruknya.

2. Anak mungkin mengalami gangguan emosi akibat penderaan
Penderaan kanak-kanak di taska mungkin kes terpencil dan agak jarang dilaporkan. Namun, apabila diri sendiri atau mereka melihat kawan-kawan di dera, ini sedikit sebanyak memberi kesan emosi kedalam diri mereka. Perhatikan juga perubahan emosi anak apabila ingin menghantarnya ke taska, dan selalulah bercakap dengan mereka untuk mengetahui isi hati mereka.

3. Anak mungkin tidak dapat pembelajaran yang sepatutnya
Sesetengah taska mungkin tidak begitu menitikberatkan pendidikan asas terhadap kanak-kanak. Jadi anak-anak lebih banyak bermain, bergaduh, atau mungkin hanya menyendiri. Ini langsung tidak membantu dalam pembinaan karakter dan emosi yang bagus untuk mereka.

4. Anak berasa bebas daripada kongkongan ibu bapa
Anak pandai berdikari memang di sukai ibu bapa. Masalah mula timbul apabila anak mula kurang 'attachment' dengan ibu bapa. Ini bermakna anak tidak lagi menjadikan ibu bapa sebagai pusat rujukan tetapi lebih suka mengikut kata kawan-kawan.

5. Anak mudah dijangkiti penyakit 
Perkara inilah yang kerapkali berlaku di taska. Faktor kebersihan dan percampuran terlalu ramai anak-anak menyebabkan pihak taska sambil lewa dalam aspek kesihatan. Lagipun, sistem imunisasi kanak-kanak masih dalam peringkat awal dan inilah yang menyebabkan mereka mudah mendapat jangkitan.

Menghantar anak ke taska boleh jadi satu pengalaman berharga dan boleh juga menjadi satu mimpi ngeri yang amat menakutkan. Sebelum ambil keputusan menghantar anak ke Taska, survey dulu reputasi taska berkenaan.

Tanya dan selidik silibus yang mereka gunakan dan selalu melalukan 'intipan' untuk melihat cara guru mengendalikan anak-anak taska mereka. Paling penting, pastikan taska berkenaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tonton video di bawah mengenai kisah bagaimana ibu menyediakan perlindungan untuk anak mereka di taska!


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Terima kasih kerana membaca!

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan