Enter Keyword

Nekad Berhenti Merokok Selepas Kantoi Dengan Tunang

Ini kisah benar, mengenai salah seorang pelanggan MS. Identitinya biarlah rahsia. Semoga ia jadi iktibar untuk kita semua terutama kepada kaki rokok.

MS memang terkejut bila dapat mesej WhatsApp daripada beliau. Mula- mula bertanyakan hal biasa mengenai suplemen. Tiba-tiba dia mengaku dia nak berhenti merokok sebab dia nak kawin.

MS biarkan dia terus bercerita. Katanya tunang dia baru tahu yang selama ni dia merokok. Selama ni memang dia sorokkan dan tak pernah bagitahu tunangnya bahawa dia merokok. Sebaik saja tunang dia dapat tahu, tunang dia sedih sangat.

Mungkin tunang dia memang tak suka lelaki merokok. Dan bila tiba- tiba tunangnya itu dapat tahu bahawa tunangnya sendiri merokok, tu yang dia jadi down dan sedih sangat. MS tak de lah nak korek lebih dalam pasal tu. Hal peribadi diorang kan.

Cuma MS nak bagitahu kat sini, perempuan sebenarnya memang tak suka lelaki merokok! Suami-suami yang merokok, cuba tanya isteri masing-masing, 'sayang suka tak kalau abang berhenti merokok?' For sure diorang akan senyum dan bahagia sangat!

Ketahuilah bahawa, isteri kita sebenarnya kalau boleh nak kita berhenti merokok. Tapi sebab sayang dan nak jaga hati suami, si isteri pendamkan saja rasa hati mereka tu. MS selalu jumpa dengan isteri yang tanya, ' ada tak ubat untuk berhenti merokok?' Nah dari sini MS tahu para isteri memang naaaaakk sangat suaminya yang di sayangi bebas daripada sihir rokok.

Walaupun kita tahu rokok tu haram, berbahaya untuk kesihatan, walaupun harga rokok naik beringgit-ringgit, kita masih setia meletakkan puntung beracun itu di bibir sehingga kadang-kadang merisikokan nyawa isteri dan anak kita sendiri.

Berbalik kepada cerita MS tadi, MS ucapkan syabas kepada pelanggan MS yang memang nekad nak berhenti merokok sebelum menjelang hari bahagia. Dan semoga niatnya untuk menggembirakan hati bakal isterinya tercapai. MS juga doakan mereka berbahagia hingga ke jinjang pelamin dan menjadi pasangan yang paling sihat dan bahagia. Aamiinn InsyaAllah..

Berhenti merokok cara pantas dan selamat? Hubungi:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan