Enter Keyword

Laktasi: Apa Itu Kolostrum

Kolostrum ialah makanan pertama bayi sebaik sahaja ia dilahirkan. Ia merupakan zat penting yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu beberapa minggu sebelum kelahiran bayi.

Setelah bayi lahir, kolostrum sedia untuk diberi kepada bayi sekitar tempoh 48 hingga 72 jam. Selepas itu, kolostrum akan berubah perlahan-lahan menjadi susu matang.

Kolostrum bukan susu basi!!

Jom tengok apa manfaat kolostrum kepada bayi anda.

1. Makanan terbaik untuk sistem penghadaman bayi yang belum sempurna. Lagipun, saiz perut yang kecil membolehkan ia mendapat hanya sejumlah kecil makanan sahaja.

2. Kolostrum sarat dengan protein, laktosa, sel darah putih, vitamin A, sedikit vitamin E, rendah karbohidrat, lemak dan potasium.

3. Kolostrum memberi kesan laksatif bagi membantu bayi mengeluarkan mekonium iaitu najis yang dihasilkannya sepanjang berada dalam kandungan.

4. Kolostrum sangat berguna mengurangkan lebihan bilirubin yang boleh menyebabkan bayi mengalami jaundis.

5. Kolostrum mengandungi antibodi yang dikenali sebagai immunoglobulin di mana sel hidup seperti lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines, dan lain-lain terdapat di dalamnya.

6. Kolostrum mengandungi faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan perkembangan anak dari bayi hingga dewasa.

Jadi, untuk ibu yang bakal melahirkan tak lama lagi, berniat dan berazamlah dari awal untuk menyusukan bayi anda. Berikan mereka kolostrum iaitu imunisasi pertama bayi yang akan membantu tubuh bayi melawan jangkitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan