Enter Keyword

ESP Shaklee Tak Sesuai Untuk Ibu Berpantang?

Tempoh berpantang adalah tempoh yang amat 'seksa' bagi sesetengah wanita.

Itu tak boleh, ini tak boleh, itu bisa, ini angin, itu tajam, ini sejuk,  dan sebagainya.

Lazimnya ibu yang pertama kali berpantang akan menurut semua pantang larang yang di beritahu oleh orang tua. Lain halnya dengan ibu yang berpantang anak kedua, ketiga dan seterusnya. Mereka lebih bersifat 'terbuka' dan mengambil makanan tertentu secara 'try and error'. Jika badan tak sakit, mereka teruskan.

Sebenarnya kesan mengambil makanan yang salah boleh jadi tidak berlaku serta-merta. Orang tua selalu kata, kesannya kita akan rasa bila tua nanti. Wallahua'lam. Bila umur dah lanjut logiknya memang banyak penyakit akan menyerang.

Semasa berpantang, ada beberapa jenis makanan yang dilarang mengambilnya. Ini termasuk makanan daripada jenis kekacang. Amalan perbidanan tradisional juga melarang kita mengambil tumbuhan daripada jenis pokok yang menjalar atau merayap. Tumbuhan jenis ini biasanya akan menyebabkan angin dalam badan.

Bagaimana dengan soya atau lebih tepat lagi ESP Shaklee? Ini kerana ia juga bersumberkan kacang soya.

Pengalaman saya sendiri (sekarang sedang berpantang anak ketiga) saya mengamalkan ESP Shaklee sebagai sumber tenaga, pemulihan sel tubuh lepas bersalin, mencantikkan kulit dan sebagai penggalak susu ibu. Saya memulakan pengambilan ESP selepas badan terasa kembali sihat atau lebih tepat lagi selepas memasuki minggu kedua berpantang.

Saya pernah mengambil ESP semasa awal berpantang tetapi ia tidak sesuai dengan saya ketika itu. Alhamdulillah kini saya tidak mengalami apa-apa masalah malah saya mengamalkannya setiap hari.

Sebenarnya, pengambilan apa sahaja makanan termasuk ESP semasa berpantang adalah bergantung kepada tubuh badan seseorang itu sendiri. Pada masa ini, tubuh wanita agak 'fragile' dan hanya dia sendiri yang tahu apa yang sesuai atau tidak dengan keperluan tubuhnya selagi mana ia tidak memudaratkan.

Dahulu, masa berpantang anak kedua, saya agak gamble dalam memilih makanan. Semua saya cuba. Saya pernah makan durian dan kemudian saya demam. Cubaan kali kedua semuanya OK pula. Kalau diingat2 memang banyak makanan yang saya cuba makan. Ada yang OK ada yang tak.

Berbalik kepada isu ESP semasa berpantang tadi, sebenarnya ibu berpantang sangat digalakkan mengambil ESP sebagai sumber protein. ESP membekalkan asid amino penting termasuk 9 jenis asid amino yang badan kita sangat perlu tapi tidak dapat dihasilkan sendiri. Asid-asid amino inilah yang membantu dalam hampir semua penjanaan dan pembinaan semula sel (building block) dalam badan kita.

ESP membantu dalam pemulihan terutama selepas trauma bersalin, menstabilkan hormon, menguatkan kembali organ, mengurangkan keguguran rambut, memulihkan luka, mengurangkan parut dan stretch mark dan sebagainya lagi.

Kita tidak dapat menafikan kepentingan protein kepada tubuh badan. Pengambilan sumber protein lengkap seperti ESP membantu mencukupkan keperluan protein daripada diet harian yang kebanyakannya tidak mencukupi. Proses berpantang umpamanya telah menghadkan keperluan pengambilan protein harian maka dengan ESP kelompongan itu dapat diisi.

Jadi tidak hairanlah jika anda dapati ibu berpantang yang kelihatan sihat, cergas dan bertenaga selepas mengamalkan ESP.

Panduan pengambilan ESP semasa berpantang boleh di dapati secara percuma selepas membuat belian melalui saya dengan menghubungi;

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
Emel: butik.annajah @gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan