Enter Keyword

Faedah Dan Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Kecantikan Kulit

Assalamualaikum w.b.t

Lagi sekali kita up topik kecantikan. Sebab bulan ni bulan bercantik-cantik dengan GLA Complex Shaklee. Siapa-siapa yang selalu amal GLA ni memang tahulah kebaikan dia. Sebab tu ada orang yang konsisten makan sejak muda sampai ke tua. Hasilnya???? Wallahhhh!! Macam kakak kepada adik-adik uols! Padahal orang tak tahu sebenarnya dia jalan dengan anak-anak. Haa teruja tak? Ini kisah benar tau.

beliau memang natural beauty kan??

Sebenarnya GLA ni banyak khasiat. Sebab ia sebenarnya Omega 6 yang badan kita perlukan tapi badan kita tak dapat nak hasilkannya sendiri.

Tapi hari ini MS nak fokus kepada kecantikan sahaja sebab wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Betul tak? MS sendiri pun wanita, MS tau la...

Lagipun GLA Complex memang sinonim dengan kecantikan kulit. Bacalah kajian-kajian saintifik kebanyakannya mengakui khasiat Gamma Linolenic Acid ni kepada kulit.

Ok la..untuk tidak memanjangkan muqoddimah, jom kita tengok khasiat GLA Complex untuk kecantikan kulit nih.

Kulit yang sihat dan cantik sangat bergantung kepada jumlah lipid yang sederhana dan mencukupi, dalam keadaan tertentu (asid lemak poli tak tepu/ poly-unsaturated fatty acid) yang dinamakan EFA (essential fatty acid) iaitu asid lemak perlu.

EFA sangat penting untuk kelembapan kulit, kelicinan dan kesihatan yang dapat mencegah daripada penyakit kulit.

Antara asid lemak politaktepu (PUFA) yang sangat penting untuk pengekalan dan pencegahan masalah kulit ialah asid lemak dalam golongan Omega-6, yang dinamakan linolenic acid (LA) dan GLA.

Kekurangan Omega-6 boleh menyebabkan:
-kulit bersisik
-meningkatkan kadar penggantian epidermal
-lemah kapilari kulit menyebabkan ia senang pecah
-melambatkan baikpulih luka
-meningkatkan kadar kehilangan air (transpidermal water loss) yang menyebabkan kulit kering

Kulit kering adalah masalah paling kerap dihadapi oleh wanita/lelaki berusia. Apabila menginjak usia 80 tahun, epidermis boleh kehilangan sehingga 50% ketebalan yang mana akan menggalakkan kehilangan air. Kulit kering juga akan membawa kepada masalah lain seperti prsoriasis dan eczema.

Kebanyakan masalah kulit berlaku disebabkan kegagalan memperoses asid lemak di dalam tubuh. Umumnya, penukaran GLA melalui tindakan kritikal enzim delta-6-desaturase (D-6-D) kemungkinan terhalang. Ini membawa kepada penghasilan GLA yang tidak mencukupi dalam tubuh.

Kedua-dua LA dan GLA adalah sangat kritikal kepada kesihatan kulit kerana padanya terdapat struktur komponen sel membran yang memastikan kelancaran bendalir dan kestabilannya.

Pendek kata, asid lemak ini tadi bertindak memastikan integriti pada lapisan epidermal kulit, mengekalkan sistem rintangan air dan mengawal kehilangan air.

GLA ini umpama prekursor hormon yang dinamakan ekosanoids seperti prostaglandin E1 yang membantu menyesuaikan proses fisiologi kulit dengan meningkatkan aliran darah, mengurangkan inflamasi, dan mengurangkan kehilangan air pada kulit.

Haa best tak? best tak? So jika memang ada masalah kulit contohnya kulit kusam, kering, bersisik, tak bermaya, tak berseri, kasar, gatal-gatal, jerawat memang bagus amalkan GLA Complex Shaklee ni!

Kalau nak tahu, GLA Complex lagi best dari EPO (evening primrose oil) kerana GLA Shaklee adalah daripada minyak bunga borage yang mana kepekatannya adalah jauh lebih tinggi daripada EPO.

Selain itu ia juga digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E yang membantu lebih lagi untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Cakap banyak tak guna la kan?? Hihi..apa kata cuba dulu sebotol GLA Complex Shaklee atau alang-alang jadi ahli terus untuk dapat harga penjimatan berganda istimewa untuk bulan Ogos ni sahaja.

Lepas tu jom jadi sebahagian daripada wanita istimewa yang 'natural beauty' dengan GLA Complex Shaklee!
beliau ni pun natural beauty gak..ahaks! (sila jangan muntah)

Harga Runcit GLA Complex : RM 93

Hubungi saya untuk order dan konsultasi istimewa (^_^)V

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Fb/ Su Annajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan