Enter Keyword

Boikot Israel Dan Salah Faham Mengenainya

Assalamualaikum w.b.t

Sejak bermula peperangan antara umat Islam Palestin dan Zionis Israel pada 10 Ramadhan lalu, isu boikot mula timbul kembali. Boikot ni ibarat isu bermusim. Apabila ada perang meletus, boikot jadi hangat. Bila perang reda, isu boikot pun reda.

Ini saya pernah tulis dalam entry bertajuk Boikot Semusim. Isu boikot kali ini saya lihat lebih hangat kerana ada pihak yang tidak bersetuju dengan usul memboikot produk Israel/Amerika/Yahudi.

Apabila sebut boikot, RAMAI yang salah faham bahawa kita kena boikot semua produk daripada Israel dan negara-negara yang terlibat termasuk Amerika dan produk ciptaan Yahudi. Ini kerana Amerika dikatakan sekutu kuat Israel, manakala Yahudi ialah bangsa Israel.


Sebenarnya, apa yang kita perlu boikot ialah produk atau company yang mengisytiharkan bahawa mereka menyumbang dana kepada Israel untuk memerangi umat Islam. Perlu di ketahui bahawa bukan semua company daripada US atau Amerika atau company Yahudi yang menyumbang dana untuk Israel memerangi umat Islam di Palestine. Malah ramai daripada mereka yang langsung tidak terlibat dengan agenda jenayah perang terhadap umat Islam.

Jadi, sudah jelas siapa yang kita harus malah wajib boikot. Ustaz Zaharuddin menggariskan beberapa keadaan dimana urusan jualbeli dengan Yahudi pada hukum asalnya HARUS, bertukar haram.

Dibawah ini pula saya sertakan pandangan tokoh agama dan kemanusiaan berkenaan isu boikot.



Anda boleh baca lanjut hukum berjual beli, dan berurusan dengan orang Yahudi serta kewajipan boikot produk Yahudi yang menyumbang kepada pembunuhan Islam umat Islam di laman web Zaharuddin.net ini.

Berikut adalah beberapa senarai syarikat yang jelas memberi dana kepada Israel yang mesti kita boikot:

1. Starbucks
2. Mc Donalds
3. Nestle
4. Motorola
5. Nokia
6. Coca Cola
7. Johnson & Johnson
8. Maybelline
9. Revlon
10. IBM
11. Intel
12. Calvin Klein
13. Garnier
14. Huggies
15. hp (hewlett packard)
16. Pepsi
17. Pizza Hut
18. Kotex
19. Colgate
20 Levi's

dan sebagainya lagi..

Kalau tidak mampu boikot kesemuanya?? Selektif boikot. Pilihlah mana-mana produk/jenama/ dan berhentilah menggunakannya sampai bila-bila.

Tidak dapat dinafikan, produk-produk ciptaan mereka banyak digunakan oleh orang Islam kerana mereka ada kepakaran itu. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memajukan ekonomi kita dan menghasilkan barangan berkualiti dan ia sebenarnya adalah fardhu kifayah untuk kemaslahatan umat Islam.

Bagaimana dengan teknologi yang dikuasai oleh mereka??

Facebook, WhatsApp, Twitter, laptop, smartphone dan gajet-gajet canggih yang kebanyakannya di cipta oleh mereka patut kita gunakan ke arah yang betul.

Facebook contohnya, walaupun pemiliknya Mark Zuckerberg mengishtiharkan bahawa dia menyokong Israel, kita masih boleh gunakan ia untuk:

1. Penyebaran ilmu
2. Penyebaran maklumat penting dan info terkini
3. Menjana pendapatan yang kemudian kita gunakan semula membantu umat Islam
4. Ruang diskusi ilmiah

dan sebagainya lagi.

Semuanya berbalik kepada kita sendiri. Boikotlah dengan ilmu, dengan maklumat bukan dengan nafsu dan emosi.

Anda boleh baca lanjut mengenai boikot melalui laman web www.inminds.com.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan