Enter Keyword

Parenting: Tips Menangani Anak Liar Dan Kasar

Tips ini berdasarkan apa yang saya baca, dengar dan perhatikan. Juga bersumberkan tv seperti rancangan Prof. Muhaya, Prof . Dr. Fadhilah Hj. Mohd Kamsah dan buku-buku.

Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

1. Anak yang kurang penghargaan di rumah, akan cuba cari penghargaan di luar.

Dia akan mula mencari teman yang boleh menggembirakan dia dan berasa 'dihargai' apabila bersama temannya itu. Ini punca ramai remaja bercinta semasa sekolah.

2. Anak degil kerana kita degil dengan Allah

Semak balik hubungan kita dengan Allah, kalau renggang, bermakna semakin renggang hubungan kita dengan manusia. Apabila rapat hubungan kita dengan Allah, Allah akan merapatkan dan memudahkan hubungan kita sesama manusia terutama anak-anak dan suami.


3. Tidak dan kurang berdoa

Doa senjata orang mukmin. Ramai ibu bapa mengabaikan mukjizat doa. Berdoalah secara spesifik dan sungguh-sungguh terutamanya pada waktu mustajab berdoa. Sebut nama anak.

4. Masa anak tidur, bacakan surah di ubun-ubun

Baca Surah Al-Insyirah, Al-Ikhlas, surah Toha dan Surah Lukman. Selawat.

Sebelum kita tidur, hantar gelombang positif kepada anak kita. Pejam mata dan bayangkan apa yang kita nak bagitau anak kita. Ucapkan kata-kata yang lembut dan baik yang anak suka mendengarnya.

5. Dari kecil, anak mencontohi dan menyerap perangai kita

Seboleh-boleh elakkan berkata perkataan yang kesat dan kasar kepada anak. Elakkan juga tingkahlaku kasar di hadapan anak.

6. Jangan melabel anak

Label seperti 'pemalas', 'lembek', 'pengotor', 'bodoh', 'penakut' dan apa saja label negatif kepada anak akan menjadi sistem kepercayaan yang tertanam dalam minda anak kita. Sukar untuk mengikis kepercayaan ini dan apabila dewasa anak akan menjadi seperti yang kita selalu labelkan tersebut.

7. Anak suka bergaduh dari kecil

Kurangkan pendedahan  kepada televisyen terutama cerita berunsur ganas keterlaluan. Jangan biarkan anak menonton tv sehingga tertidur kerana visual ganas itu tadi akan masuk ke alam separa sedar anak kita.

Beri nasihat kenapa tak boleh bergaduh dan sebagainya. Ceritakan juga ancaman Allah dalam Al-Quran kepada orang yang tidak menyayangi orang lain. Banyakkan cerita kisah-kisah Nabi dan tauladan.

8. Anak suka mencuri

Semak balik punca rezeki yang kita beri anak kita makan. Adakah terdapat unsur - unsur syubhah dan haram walau sedikitpun. Apabila kita mengambil harta orang dengan cara yang salah dan orang tidak rela, beri makan anak kita, begitulah perangai anak kita nanti. Nauzubillah.

9. Biasakan anak ke surau, masjid untuk bersolat jemaah dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira peringkat umur supaya dia disayangi masyarakat.

10. Banyakkan guna perkataan bermaksud 'ajakan', bukan 'suruhan'. Kebanyakan manusia tidak suka disuruh-suruh/diperintah tetapi lebih suka di ajak bersama.

11. Jangan malu untuk puji anak walau dia buat sekecil-kecil kebaikan. Manusia memang suka di puji terutama anak-anak kerana dengan itu dia berasa dirinya diberi perhatian. Ini akan meningkatkan self-esteem diri anak.

12. Berkawan dengan kawan anak

Ajak kawan-kawan anak kita datang kerumah sekali sekala, jamu makan dan bersembang supaya kita dapat mengenali mereka.

13. Anak berperangai kasar

Kasar tidak terjadi secara semulajadi, ia terbentuk daripada suasana persekitaran sejak kecil. Jika ibu bapanya berperangai kasar, begitulah anaknya. Ubah diri sendiri dahulu.

Cukup lah setakat ini dahulu, InsyaAllah saya akan tambah lagi. Apapun, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mendidik anak bermula daripada diri sendiri. Jadi manusia yang baik, dapat jodoh yang baik, amalkan amalan yang baik semasa mengandung, makan makanan yang halal dan baik.

Seperti kata Prof. Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Kalau dalaman kita baik, insyaAllah luaran pun baik juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan