Enter Keyword

PENYEBAB GOUT DAN PANDUAN MERAWATNYA

Assalamualaikum..

Hari ni MS nak citer pasal gout lah pulak.. Ramai juga orang Malaysia mengidap penyakit gout kan? Dan baru-baru ni ada customer beli suplemen untuk masalah gout dia.

Sebelum MS citer lebih lanjut tentang suplemen untuk pesakit gout, kenalah citer dulu apa itu gout kan?

Gout ini sebenarnya ialah sejenis penyakit yang disebabkan lebihan pengumpulan asid urik berlebihan dalam badan, kegemukan, tekanan, dan penyakit buah pinggang.

Pesakit gout akan merasa sakit dibahagian sendi yang kebiasannya di bahagian kaki. Apabila gout menyerang, kaki akan terasa bengkak, panas dan sakit sehingga tidak boleh berjalan. Ini berlaku akibat daripada bahan buangan pemecahan purin (sejenis protein) yang berkumpul pada sendi dan tisu lembut sekeliling sendi.

Secara semulajadi,asid urik yang terhasil daripada proses pemakanan kita akan dilarutkan dalam darah dan disingkarkan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak asid urik sehingga ia terkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan ia bengkak dan sakit.

Siapa berisiko?

Lelaki - 90% berisiko
Banyak minum alkohol
Berat badan berlebihan
Genetik
Umur -30-50 tahun
Pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang

Jika saya pengidap gout, apa patut saya lakukan?

1. Minum banyak air kosong!

Air kosong berfungsi untuk menuetralkan keasidan tubuh, menyingkirkan toksin serta dapat menurunkan aras asid urik dalam darah sedikit demi sedikit melalui air kencing! Pendek kata pesakit gout tidak boleh kekurangan air dan mereka mesti sentiasa terhidrat.

2. Elakkan ubat tertentu

Contohnya aspirin yang mana ia boleh menyebabkan paras asid urik menjadi lebih tinggi! Selain itu elakkan juga ubat yang bersifat diuretik (ubat yang menyebabkan sering hendak kencing)

3. Makan secara sihat

Kurangkan makan daging merah dan makanlah lebih banyak sayur, buah serta minum banyak air kosong.

4. Mengekalkan berat badan sihat

Semakin meningkat berat badan, semakin tinggi aras asid urik dalam badan. Jadi adalah penting untuk kita sentiasa mengekalkan berat badan sihat. Lakukan senaman lebih kerap.

Suplemen Untuk Pesakit Gout

Seperti orang sihat, mereka yang bermasalah gout lebih perlu mengambil suplemen yang betul. Ia bukanlah bertujuan mengubat tetapi pesakit gout yang mengamalkan pemakanan sihat insyaAllah akan dapat mengurangkan kesakitan akibat gout.

Antara suplemen yang sangat membantu ialah Alfalfa Complex, Omega Guard dan Performance Drink.

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex bersifat alkali. Dengan itu ia membantu menuetralkan aras asid urik di dalam darah. Ia juga adalah agen detoks yang berkesan serta bersifat anti-inflamasi (meredakan bengkak).

Omega Guard

Paras asid lemak Omega-3 mudah melarut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia membantu memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan pembengkakan.

Performance Maximum  drink(PD)

PD ialah minuman elektrolit yang dicipta khas untuk mengurangkan penyahhidratan terutamanya semasa bersukan/aktiviti lasak. Bagi pesakit gout, PD membantu mereka mencegah kehilangan banyak air dan mengurangkan rasa haus. Bagi pesakit gout yang banyak bekerja, dan agak sukar memenuhi keperluan air badan, sediakan minuman PD ini setiap hari sebelum keluar ke tempat kerja. Ia juga membekalkan tenaga dengan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

Sebenarnya banyak lagi suplemen yang membantu, tp MS highlight yang ni je dulu sebab letak banyak-banyak nanti anda pening pulak nak beli yg mana..haha..

Ok, sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi MS

Suhaila 012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan