Enter Keyword

Review Buku: You Are The Best oleh Dr. Mohd Shafie Md Amin

Salam semua!!

Apa khabar?? Beberapa hari MS menyepi sebab kering idea..tetibe hari ni up topik pasal buku.. ;))

Buku ni dah lama MS teringin nak beli, tapi asyik tak sempat jer..Masa jalan2 ada gak tengok kat kedai Popular kat Megamall ni tapi tak jumpa..

Sebaik mengetahui kat Kuantan Parade ada ekspo buku Islamik, menggedik MS ajak asben pergi..

Memang rezeki MS, masuk2 je kat tapak ekspo, buku You Are The Best duk depan2 sekali. Haha macam serah diri je berdiri megah di laluan sempit.

Buku You Are The Best (gambar ihsan yahoo image)


Ok, apa yang best tentang buku ini??

 Tentang Penulis: Penulis dia MS tak kenal.. Namanya Dr. Mohd Shafie Md Amin. Rupanya penulis ni sangat glamer, apesal aku boleh ketinggalan sgt nih! Dr. Mohd Shafie adalah pengasas Kaedah Hafazan Al-Huffaz. Beliau menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada usia 30 tahun. Anak-anak beliau pun semuanya huffaz2 belaka. Beliau pernah menjadi akauntan bertauliah sebelum menceburkan diri dalam bidang pengkajian Al-Quran dan Hadis. Tak ke mantop tu?? Nak tahu lebih lanjut pasal penulis boleh la tanya prof google ye ;))

Buku ini WAJIB dimiliki oleh semua orang tak kira usia, lebih2 lagi orang yang ada matlamat nak berjaya di dunia dan akhirat. Kira buku ni macam manual A to Z apa yang kita patut buat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sesetengah orang mentafsirkan kejayaan bila ada jawatan, kaya raya, kereta besar, rumah bertingkek-tingkek, isteri yang besar2 (haha dah kenapa) dan seumpamanyalah.

Kejayaan sebenar adalah apabila kita buat sesuatu dengan niat mendapat keredhaan Allah, serta melakukan sesuatu itu mengikut peraturan dan perintah Allah.

Jadi, kalau orang tu kaya-raya punya uwang berjuta-juta dia belum dikatakan berjaya jika solat pun sering lewat dan kadang-kadang tak buat langsung. Itu namanya Qarun.

Kalau orang tu jawatan tinggi, tapi banyak rasuah, menindas orang yang lemah, rezeki dapat dengan cara menipu, itu namanya istidraj. Masih lagi gagal.

Buku setebal 496 muka surat dengan 63 bab yang best, kulit hard cover memang rugi kalau tak beli..ikhlas ni.

MS pun baru baca ms178. Rasa sayang nak baca cepat2, nanti cepat habis pulak..hihihi..

Baiklah, sila dapatkan buku yang sangat best ini dikedai buku Islam berhampiran anda.

Harga RM55 shj.

Sharing is caring.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan