Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia bahkan juga di seluruh dunia. Punca penyakit ini antaranya terlalu banyak mengambil makanan manis dan tidak berkhasiat, kurang bersenam, cara hidup tak sihat serta pemakanan tidak seimbang.

Penyakit kencing manis ibarat pembunuh senyap kepada manusia. Sebab? Kencing manis kan ada kaitan juga dengan timbunan lemak dalam badan kita ni. Sebab tu orang yang di diagnos ada kencing manis mesti akan ada darah tinggi, sakit jantung atau sakit buah pinggang.



Sakit buah pinggang tu pula sebenarnya kesan dari mengambil bermacam-macam ubat iaitu ubat kencing manis, ubat darah tinggi, ubat sakit jantung dan sebagainya.Kesian buah pinggan terjejas sama sebab kita banyak makan bahan kimia.

Ok, lah bukan nak cite tentang kencing manis ni sebab dah citer dalam entry yang dulu-dulu.

Yang saya nak cite kali ni ialah mengenai Vivix, si tonik yang mampu memperbaiki kesihatan pesakit kencing manis.

Kenapa agaknye ye?

Dalam Vivix ada ramuan yang di panggil resveratrol iaitu daripada buah anggur muscadine, serta Knotweed Jepun. (selain ramuan asas purple carrot dan elderberry)

Apa itu resveratrol?

Resveratrol ialah satu jenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel! Waah!!

Apa kaitannya dengan diabetes?

Ada dua cara resveratrol membantu pesakit diabetes:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.


Kenapa Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee.

Dalam ujian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.

Ramuan utamanya ialah anggur muscadine iaitu anggur paling hebat dengan 20 kromosom (anggur biasa ada 19 kromosom), purple carrot, elder berry dan knotweed Jepun yang memang telah diketahui mempunyai nilai tinggi dalam kesihatan manusia.

Selain itu, Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan

  • melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
  • mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
  • menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  • ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)

Kajian saintifik yang mengaitkan resveratrol dengan diabetes memang banyak. Tu belum masuk bukti2 sohih depan mata seperti testimoni-testimoni ini.






Haa.. ni  baru testimoni kencing manis.. ada banyak lagi sebenarnya tak sempat nak print screen..

Belum lagi yang darah tinggi, kulit cantik, pulih dari kanser dan macam2 lagi lah!

Teringat dulu akak ipar saya punya soalan,

"Vivix ni apa ye? Ada orang cakap dia kencing manis makan Vivix selama 6 bulan je dah baik dari kencing manis"

Memang pun, saya sendiri pernah baca cerita tentang sembuh lepas makan Vivix selama 6 bulan tapi godek2 tak jumpa pulak kat mana. 6 bulan je makan Vivix dah sembuh dari kencing manis! Bayangkan berapa ringgit kos rawatan kencing manis kalau sekali dengan sakit2 jantung, darah tinggi dan dialisis buah pinggang. Berbaloi tak? Sangat kan?

Sebab tu sekarang orang dah cari Vivix je kalau ada sakit2 kronik. Eh eh jangan salah faham..saya tak kata Vivix punya kuasa boleh menyembuhkan segala penyakit. Dah tentulah Allah punya kuasa... Ini ikhtiar saja.. saya share supaya lebih ramai orang-orang yang kita sayang hidup sihat sejahtera. Tak gitu???

Mari dapatkan Vivix untuk kesihatan menyeluruh!

Konsultasi, pertanyaan, sembang-sembang tentang Vivix boleh hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
emel/ butik.annajah@gmail.com
page/ Saya Mahu Sihat



VIVIX SHAKLEE DAN KENCING MANIS

by on Ogos 30, 2013
Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia bahkan juga di seluruh dunia. Punca penyakit in...
Assalamualaikum.. olss!

Kisah Serangan Sendi Terhadap Ibu Saya.

Pada suatu pagi, masa itu saya masih di Pulau Pinang, saya menerima satu SMS mengejutkan daripada adik saya. SMSnya berbunyi lebih kurang gini, "mak jatuh bilik air, tak boleh bangun." Apa yang korang terbayang? Strok kan? Jantung saya berdebar2. Mujur saja kejadian berlaku awal pagi, semasa adik lelaki masih berada dirumah. Adik lelaki seorang guru yang sedang kalut-kalut nak ke sekolah.

Lantas emak di bawa ke hospital. Sementara menunggu keputusan, saya tetap membayangkan emak saya ada darah tinggi dan terkena serangan strok. Syukur ianya bukan. Langsung tidak ada kena mengena dengan  masalah jantung atau darah tinggi. Rupa-rupanya emak saya terkena serangan sendi!

Sendi dan komponennya
Pertama kali saya dengar orang jatuh bilik air sebab sakit sendi. Akhirnya doktor prescribed ubat mengandungi glukosamin untuk melancarkan semula pergerakan sendi beliau.

Sejak itu, emak saya berjalan terhencot dan menggunakan tongkat. (Yang sepit celah ketiak tu ape ke namanya). Lama jugak berbulan2. Ubat sendi tu doktor suruh beli di farmasi je. Barulah saya tahu bahawa antara tulang sendi kita ni ada bendalir sendi yang akan menyusut seiring dengan peningkatan usia.. patutla orang2 tua selalu mengadu sakit lutut kan. Bila bendalir sinovial tu dah kurang, kesan kusyen antara sendi pun kurang, jadi tulang lutut mudah berlaga.. Ouch sakitnya!

Masa itu saya tak terjebak dengan Shaklee lagi, tapi saya baca2 jugaklah melalui internet tentang penyakit sendi tu. Sepupu saya sorang doktor haiwan ada cakap, kucing pun (yang dia jaga) makan ubat sakit sendi macam glukosamin tu.. (nak tergelak aku dengar). So sepupu tu cakap, bila dia sakit2 sendi dia makan je ubat yg kucing dia makan. Biar betik sepupu aku ni?? Mujur aje dia tak bagi ubat tu kat mak. hahaha

Alhamdulillah, sekarang mak dah sihat2 saje, tp kadang2 ada jugak dia mengadu sakit pinggang sakit badan bila tersalah makan. Dulu pernah juga mak sakit pergelangan tangan, ingatkan salah urat. Mungkin juga sendi sebab mak orang yang tak pernah duduk diam, suka berkebun. Sekarang tidak lagi bila dia amalkan pemakanan suplemen ;)).

Untuk pengetahuan, glukosamin secara semulajadinya dijumpai pada cengkerang, tulang haiwan, sumsum tulang dan fungi. Glukosamin adalah satu daripada monosakarida yang melimpah. Secara komersilnya pula, ia di hasilkan daripada hidrolisis exoskeleton kerang-kerangan atau melalui fermentasi gandum atau jagung.

ini sandy, bukan sendi..keh3

Tetapi penggunaan kerang-kerangan sebagai sumber glukosamin akan menyebabkan kesan sampingan.

Glukosamin digunakan sebagai dietary supplement sahaja, bukan sebagai ubat yang merawat penyakit.

Ingat sendi ingat AJHT ok, makanlah suplemen semulajadi!

Nak suplemen untuk sendi?

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat
Ramai yang tanya termasuk kawan-kawan saya, "apa benefit jadi ahli Shaklee?", "best ke jadi ahli?".

 Mestilah best dan banyak kelebihannya. Kalau tak takkan saya bertahan lebih setahun dalam bisnes ini. Inilah MLM paling lama saya join dan betul2 serius. Ibarat tak pandang belakang lagi dah...jalan terusss je ke depan. InsyaAllah.

Ok, disini saya senaraikan beberapa kelebihan anda menjadi ahli dan mendaftar dengan saya (atau guna ID  868994 saya sebagai sponsor anda).

1. Dapat beli barang dengan harga ahli. Untung sebanyak 25% daripada harga runcit. Banyak tu beb!

2. Dapat cash back bonus daripada setiap pembelian anda, jika membuat pembelian melebihi 150uv (bersamaan RM470) dan keatas dalam sebulan. (bonus 5%-21%)

3. Jika nak jadi ahli untuk makan sendiri atau berkongsi dengan saudara mara, tak perlu nak maintain pembelian atau maintain point setiap bulan untuk kekalkan keahlian.

4. Anda akan di ajar bagaimana cara nak order barang sendiri. Lepas ni pun bila2 masa boleh bisnes!



Untuk yang serius nak bisnes

5. Dapat bimbingan team kami dan team upline kami iaitu terdiri daripada leader2 Shaklee yang telah berjaya.

6. Dapat akses ke special secret grup kami di Facebook untuk belajar tentang produk, marketing, dan SEO.

7. Produk yang telah menjadi fenomena. Tak perlu nak terang panjang lebar kerana kebanyakan orang dah tahu tentang produk Shaklee

8. Bisnes online (preferred) atau offline. Dalam banyak masa tak perlu buang masa jumpa client / prospek di luar rumah. Masa yang sangat fleksibel.

9. Boleh menjalankan bisnes pada bila2 masa asalkan ada internet coverage. Segala order dan penghantaran juga dihujung jari.

10. Produk berjenama, terkenal berkualiti tinggi, syarikat berprofil tinggi dan dikenali di seluruh dunia

Ok, dah cukup 10. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang saya dapat. Yang tu tak bleh cerita.. Jom jadi ahli dulu dan anda akan rasa apa yang saya rasa.

Bagaimana nak jadi ahli?

1. Pergi sendiri ke branch Shaklee berhampiran anda dan gunakan ID saya  868994 sebagai sponsor anda. RM65 untuk pendaftaran seumur hidup. Anda dapat beg starter kit.

2. Pendaftaran melalui saya, RM75 (kos pos starter kit RM10). Maklumat lanjut boleh emel ke butik.annajah@gmail.com atau hubungi Suhaila 013-2369434.

Kepada yang dah jadi ahli dibawah team kami, tahniah saya ucapkan! Teruskan langkah anda dengan Shaklee.. insyaAllah semoga impian anda tercapai!

Jom menuju puncak!


Your Shaklee Independent Distributor:
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
ID 868994
fb/ SuAnNajah


Set Menyusu Shaklee ini memang antara set yang sangat laris dijual. Dengan adanya set ini, ibu-ibu tidak runsing lagi apabila susu badan semakin bertambah dan bayi jadi kenyang dan puas menyusu. Lebih ramai ibu memberi anak kebaikan susu ibu berbanding susu lembu.

Set Menyusu Shaklee ada beberapa jenis dari yang paling basic hingga ke set lengkap penyusuan. Ada juga set bajet bagi ibu yang tidak mahu mengambil keseluruhan vitamin dalam set lengkap.

Yang saya nak share hari ni mengenai set bajet dan set lengkap serta aturan makan vitamin-vitamin tersebut. Untuk set2 yang lain boleh rujuk post saya sebelum ini. KLIK SINI.

Set Menyusu Bajet Shaklee

Set Menyusu Shaklee Lengkap

Bagaimana cara pengambilannya?

Sebelum sarapan- ESP 3 sudu dibancuh bersama air suam/ sejuk

Selepas sarapan- Vitamin B complex, Vita C, Vitalea

Selepas sesi mengepam- Alfalfa Complex 2 biji

Sebelum tidur - Ostematrix 2-4 biji.

nota:
#1. Pastikan anda minum banyak air kosong. Sukatlah air kosong anda 2-3liter sehari.

#2. Jika tidak dapat mengikut jadual diatas, ambil lah masa anda, jarakkan pengambilan Vitalea dan Alfalfa dengan ESP serta Ostematrix kerana kalsium dalam ESP dan Oste akan menghalang penyerapan maksimum mineral dalam Vitalea.

Jom tonton video bagaimana ibu menyusu bekerjaya menangani masalah penyusuan


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Beli Set Penyusuan Online sendiri, klik ---> https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4c22bd444899d3b6047a10b20a2f26db

Pertanyaan, tips2 penyusuan  dan konsultasi boleh hubungi saya:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat
emel: butik.annajah@gmail.com
Hai, harini saya nak share tentang satu topik yang agak jarang dibincangkan namun ramai orang mengalami masalah dengannya iaitu masalah kencing tak lawas.

Kencing tak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.


Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Ada beberapa penyebab UI contohnya seperti:
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik


Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya  hidup yang sesuai untuk kita.
Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Suplemen Shaklee yang membantu:

1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.

2. Ostematrix- membantu pengawalan otot

3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf

4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing

5. GLA Complex- memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.

Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas

1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.

2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein

3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing

4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.

5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.

Bagaimana Cara Solat Bagi Pengidap Kencing Tak Lawas?
Baca link ini ---> http://ilhamfamilysihat.blogspot.com/2013/01/kencing-tak-lawas-panduan-ibadah.html

Jika anda salah seorang antara beribu yang mengalami masalah kencing tak lawas, jangan risau, masalah ini boleh dirawat. Jumpa doktor, amalkan cara hidup yang sesuai serta ambil makanan yang betul.

Mahu produk Shaklee untuk bantu masalah anda?

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com
Ok, dulu dah pernah tulis entry bertajuk Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik. 

Kali ni nak cerita lebih jelas dan tak berapa saintifik sangat supaya kita boleh faham.

Sekarang ni banyak betul orang jual vitamin. Industri vitamin dan makanan tambahan memberikan pulangan lumayan. Nak cepat kaya boleh la buat produk jenama sendiri. Pegi je contact tuan kilang yang sediakan perkhidmatan mengilang dan membuat jenama. Tapi jaga-jaga, kualiti hampes, pengguna sakit, korang yang kena saman. Berani kau nak main2 ngan nyawa orang??



Cara mengenal vitamin sintetik:

1. Buat eksperimen sendiri di rumah. Larutkan vitamin/ pil korang ke dalam air pada suhu bilik je. Tengok berapa lama masa yang pil tu ambil untuk melarut. Kalau amek masa yang lama, that's mean pil korang sintetik. Lepas tu pulak, dah la dia tak melarut, dia punya kaler je yang keluar. Itulah juga pewarna sintetik. Dah dua kali sintetik korang makan.

2. Khusus untuk vitamin E. Vitamin E semulajadi diekstrak daripada minyak sayuran dan ia selalunya dalam bentuk "d-alpha-tocopherol". Vitamin E sintetik di tulis sebagai "dl-alpha-tocopherol". Sama tapi tak serupa. Sila cek balik botol vitamin E korang.

3. Vitamin sintetik selalu bekerja lebih baik dalam masa yang singkat. Ini antara sebab orang suka vitamin sintetik juga. Sebab dia mcm ubat, sakit--makan ubat--sihat. (pastu sakit balik-makan ubat balik-sihat balik). Tapi jangan tersalah faham pula bagaimana vitamin dan ubat berfungsi. Boleh baca entry bertajuk Suplemen Vs Ubatan, Mana Satu Pilihan Anda.

4. Vitamin sintetik mudah didapati, kadang2 diberi percuma oleh misi hospital. Ops!

Sebenarnya memang agak susah nak kenal sama ada vitamin tu sintetik atau semulajadi. Semuanya perlu penjelasan biokimia. Kang lagi fenin. Yang pasti vitamin sintetik lebih murah sebab pembuatannya tak libatkan kos mendapatkan sumber bahan mentah semulajadi dan pengilangan berteknologi canggih.

Vitamin semulajadi ni dia berfungsi macam kita makan the raw food, contohnya buat oren. Dalam sebijik buah oren lengkap vitamin c serta ko-faktor, ko-enzim, etc. Itu lah badan kita perlukan. Bukan macam vitamin sintetik, kalau vitamin C cuma vitamin C semata, takde bioflavonoid dan sebagainya.

Bahaya sangat ke makan vitamin sintetik?

Kalau tanya saya, saya cakap bahaya! Seperti juga ubat! Kalaulah kita boleh pegi kilang buat vitamin sintetik tu dan tengok sendiri dari A sampai Z dah sah2 kita kerat leher sendiri. haha..berani? Baca link ini pulak Kesan Buruk Vitamin Sintetik Terbongkar!

Kalau tanya pendapat orang yang kaki suplemen, mesti dia dapat rasa perbezaan makan vitamin yang semulajadi dan vitamin sintetik. Apa lagi yang kerap makan ubat hospital tu kan?

Ada sorang kawan saya yang ada migrain, tiap kali sakit macam nak pecah kepala, macam nak hempuk2 ke dinding. Tapi lepas makan vitamin Shaklee sangat banyak perubahan yang beliau rasakan. Migrain dah sangat berkurang, malah sekarang dah tak ambil sebarang ubatan hospital. Beliau memang tahu bahayanya makan ubat sintetik sebab beliau pun ahli farmasi.

Alhamdulillah kini ramai orang dah sedar kepentingan makan vitamin yang selamat, tiada kesan sampingan (healing crisis adalah), terbukti secara klinikal, semulajadi dan Halal seperti Shaklee.

natural from nature..Subhanallah

Ingat natural, ingat Shaklee..

Mulakan hidup sihat dan dapatkan vitamin semulajadi Shaklee. Jom sembang-sembang tentang vitamin dengan menghubungi:

Suhaila 013-2369434
fb Su Annajah
page/ Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

Saya rasa terpanggil nak tulis tentang isu KKM ini sebab tiba-tiba semalam hangat pulak bila ada yang cuba nak bermain api membangkitkan isu KKM ini. (last2 diri sendiri yang terbakorr!) tak dapek den nak nolong.

Persoalannya, benarkah Shaklee tak lulus KKM?

Jawapan:

#1. Shaklee dah lebih 50 tahun di Malaysia, antara syarikat jualan langsung yang bertapak kukuh. Tak kan semengong itu boleh lupa nak pegi register product diorang kat KKM. Lagipun produk dari luar memang kena melalui KKM dulu.. (produk Malaysia sendiri banyak takde KKM ape kes???)

#2. Kalau pun benar produk Shaklee ini tak lepas KKM, pasti beberapa puluh tahun yang lalu sudah di hangkut ke BPFK seperti banyak produk2 buatan kilang Malaysia sekarang ni kan? Tapi tak de okeh!

#3. No. KKM ada pada setiap botol product Shaklee KECUALI ESP, Performance, Meal Shakes, Cinch Shakes, Collagen Powder, Vivix dan AJHT. Haa sudah! Kenapa pulak?? Sebab ke tujuh produk diatas ini bukannye suplemen, ia masuk dalam kategori MAKANAN seperti beras, susu, quaker oat. Boleh? Tak puas hati jugak boleh call bahagian makanan BPFK. No. tel google sendiri.

Bagaimana Nak Periksa Status Pendaftaran Produk Shaklee?

Korang boleh klik di kedua-dua pautan berikut:

1. http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

2. http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

Masukkan No. KKM yang ada pada pelekat hologram botol Shaklee. Kalau masih belum mempunyai botol Shaklee, silalah beli daripada saya. hihihi...

Ok, di bawah ini senarai produk Shaklee yang telah di daftarkan.



Kalau korang dapat tengok dalam jadual ni, ada produk yang nama pelik2 cam tak pernah dengar kan contohnya beta carotene capsule. Ia memang takde dijual di Malaysia sebab produknya dah di 'discontinue', telah di gantikan dengan Carotomax Shaklee. Yang tuan punya website tu malas nak update jadual tu ape kesnya kan?

Sustained Release Vita C 500mg Shaklee masih ada tapi tak tau pasaipa depa peram lama sangat. Dah dekat setahun kami2 tunggu.

Ok lah di harap penjelasan ini melegakan semua orang espeselly peminat setia product semulajadi dan selamat Shaklee!

Tak payah ragu-ragu lagi. Shaklee terbukti selamat, berkesan dan HALAL!

Sebarang pertanyaan atau surat menyurat boleh emelkan ke Suhaila melalui emel butik.annajah@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Suhaila.
ID 868994.
012-9645614


SHAKLEE TAK LULUS KKM?

by on Ogos 16, 2013
Saya rasa terpanggil nak tulis tentang isu KKM ini sebab tiba-tiba semalam hangat pulak bila ada yang cuba nak bermain api membangkitkan isu...
Baru-baru ini beberapa orang teman-teman saya hamil, maka ramailah yang bertanyakan set mengandung Shaklee ini.

Sebelum tu saya bertanya kepada dorang, vitamin apa yang dorang makan? Mengejutkan kerana ada yang menjawab BELUM MENGAMBIL SEBARANG VITAMIN!

Vitamin-vitamin tu bukan masa hamil je kena makan, sebenarnya sebelum hamil lagi dah kena makan. Sebab? Nak sediakan tubuh yang sihat sejak dari awal. Kalau dah masuk trimester ke-2 baru nak makan vitamin risiko kesihatan bukan je pada ibu malah janin dalam kandungan.

Contohnya vitamin B kompleks (serta asid folik), kalau kurang boleh menyebabkan risiko kecacatan tiub neural. Tiub neural tu la yang membentuk saraf tunjang kita iaitu tulang belakang dan otak!

perkembangan fetus dalam kandungan

Entry terdahulu saya pernah pos antara vitamin Shaklee dan vitamin klinik, yang mana patut kita makan. Baca LINK INI.

Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Sebab:

  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan

Vitalea
Multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia.
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap harian yang di ekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
Sebagai pelengkap nutrisi ibu hamil.

B Complex
Mengandungi 8  komponen penting vitamin B termasuk folik asid dan choline yang penting untuk perkembangan saraf tunjang dan otak bayi.
Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.

Vitamin C
Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C, 120mg bioflavonoid.
Antioksidan berkuasa yang membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
Sebagai agen anti radang, memperbaiki keadaan gusi berdarah semasa hamil.

Ostematrix
Sumber kalsium unik yang dilengkapi magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron.
Kekurangan kalsium semasa hamil akan menyebabkan kerapuhan tulang dalam jangka panjang kerana bayi turut menyerap kalsium daripada ibu.
Penyerapan Ostematrix pada kadar 99%.

Omega Guard
Minyak ikan terbaik yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Satu sajian membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Sangat penting dalam membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
Penting pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin dalam kandungan. Susu ibu mengandungi DHA yang tinggi yang berfungsi meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

ESP
Soya non-GMO sebagai sumber protein yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
Penting dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan, sumber tenaga, meransang fungsi psikologi dan baik untuk hormon.


Tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang. Pemakanan sihat sejak awal kehamilan sangat penting. Berikan yg terbaik untuk bayi anda. Pilih yg semulajadi, selamat, dan Halal.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, sila hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb/ Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Kita mulakan sharing hari ini dengan doa,

"Ya Allah selamatkanlah umat Islam di Mesir, Palestin, Syria dan di seluruh dunia. Berilah bantuanMu Ya Allah. Amiin"

Sedih kan tengok gambar2 mayat para syuhada' bergelimpangan dibunuh kejam oleh musuh2 Islam. :'(

Semoga syurga tempat mereka.

Back to our topic.

Untuk bercerai susu dengan bayi kesayangan anda, mestilah perlukan:

1. Restu dan izin suami
2. Hati yang cekal dan kuat
3. Props yang sesuai. hihi..

Ada beberapa petua yang saya dapat, hasil dari survey terhadap teman2 yang berjaya menceraikan susu masa saya nak cerai susu dengan Aqil.

1. Guna serbuk kopi
Tidak la pulak saya bertanya lanjut sama ada kopi itu direndam dulu ke tidak. Tapi katanya anak dia geli tengok nipple ibu dia warna hitam.. heheh. (korang jangan imagine lebih2 okeh!)

2. Letak garam
Rasa garam yang masin menyebabkan baby tak lalu untuk menyusu. Mungkin di fikiran mereka "biasa sedap je lemak manis berkrim apesal kali ni tak sedap? dah basi kot?" keh3...

3. Letak getah akar bakawali/petawali.
Ini yang saya guna. Petua dapat daripada mak mertua yg beliau gunakan semasa menceraikan susu dengan anaknya iaitu abah Aqil. (bapa borek, anak rintik sangat.. :P ). Caranya, patahkan akar tu, then akan keluar cecair seperti getah. Pehtu tenyehla di bahagian yang baby hisap/ sekeliling nipple. Dia punya rasa? Tah la..den tak sanggup nak raso.. haha..

Mak mertua kata getahnya memang pahit tahap 10. Kalau hempedu itu pahit, getah bakawali ni lagi pahit. Akibatnya Aqil sampai termuntah2 lepas 'merasa' kepahitan itu.huhu sian dia.. Lepas tu dia serik.. Eh tak jugak, pagi tu dia datang lagi nak menyusu, rasa pahit itu masih ada.. dia terloya2 sikit nasib tak muntah.

Semenjak itu, asal tanya kat dia, "adik, mana wek?" dia mesti tunjuk kat mama.. hhhuuuu... walaupun dia masih lupa2 (tibe2 baring atas riba nak menyusu) bila mama ingatkan dia "eii wek, ni wekk" terus tak jadi.

Korang nak tahu rupa akar bakawali itu bagaimana?


akar bakawali yang bintik-bintik tu ye
Dimana nak cari akar bakawali ni? Biasanya banyak terdapat pada pokok tinggi-tinggi, akar dia berjuntai ke bawah. Bakawali ni spesis parasit jugak ni.. kahkahkah. Dalam gambar ni nampak macam orang tanam je kan.

Kalau tak tahu sangat kat mana nak cari, bagi tahu saya.. dekat rumah mak saya ada sangat banyak akar bakawali, bergayut pada pokok jering tepi rumah. Kalau nak nanti saya poskan hihi..

Ok, sedikit info tentang bercerai susu atau bahasa Inggerisnya wean off:

Tidak menjadi satu kesalahan untuk bercerai susu sama ada sebelum anak cukup usia dua tahun atau pun melebihi usia dua tahun. Asalkan ibu dan anak sihat.

Nabi berhenti menyusu pada usia dua tahun? Ini kerana ketika berusia dua tahun, Nabi Muhammad telahpun matang dan mengikut pendapat ulamak pemikiran baginda telah seperti kanak-kanak yang berusia 6 tahun.

Adalah di galakkan ibu bapa memerhati perkembangan bayi masing2 tetapi biasanya kanak-kanak Malaysia belum pun matang pada usia 2 tahun. Ramai juga ibu bapa yang wean off apabila anak berusia 3tahun++.

Apapun terpulang kepada anda sebgai ibu bapa. Berbincang dan dapatkan nasihat pakar juga. :))


Ada banyak sebab yang menjadi punca sakit sendi seperti osteoarthtritis, reumatoid athtritis, bursitis, gout, ketegangan, terseliuh, dan kecederaan lain.

Masalahnya sendi adalah perkara biasa dan yang kerapkali di adukan ialah sakit sendi lutut diikuti bahu dan paha tetapi sakit sendi boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh.

Semakin meningkat usia, sakit sendi semakin meningkat.

Sakit sendi boleh jadi akut dan kronik. Kesakitan jenis akut biasanya mengambil masa sehingga beberapa minggu, manakala sakit kronik boleh mengambil masa hingga berbulan. Pembengkakan yang sedikit pun boleh beri kesan kepada pergerakan dan hidup kita.

Masalah sakit sendi selalu terjadi apabila berlaku kecederaan seperti hentakan kuat, terseliuh, atau tanpa sebarang hentakan. Contohnya dikalangan warga emas. Apabila meningkat usia, faktor perubahan hormon turut menyebabkan masalah sendi.

Ini juga berlaku dikalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan termasuk wanita yang pernah hamil. Ini kerana sendi tidak dapat menampung berat badan maka geseran antara sendi menjadi lebih kuat.

Antara masalah sendi yang kerap berlaku:

  • Arthtritis (atau osteoathritis) masalah sendi yang kerap berlaku pada orang berusia. Ia selalunya melibatkan lutut, peha, tangan, tulang belakang, dan bahu
  • Reumatoid athtritis- penyakit autoimun dimana sistem imun tubuh kita tersalah menyerang tisu sendi. Secara tipikalnya ia menyerang bahagian jari,  pergelangan tangan, siku, lutut, buku lali dan kaki.
  • Pseudogout- iaitu masalah mekanikal pada sendi seperti kartilaj terkoyak lalu menyebabkan rasa sakit dan menyukarkan pergerakan sendi


Penawar terbaik untuk masalah sendi?


AJHT menyokong keselesaan sendi dalam 3 cara:

1. Meningkatkan keselesaan sendi
Dalam perubatan Ayurvedic, Boswellia digunakan untuk merawat osteoathtritis dan rheumatoid athtritis. Asid boswellia adalah komponen utama aktif ekstrak boswellia. Ia bertindak sebagai

  • Agen anti radang semulajadi
  • Menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi
2. Meningkatkan kesan kusyen
Glukosamin daripada ekstrak jagung merupakan komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan dan bendalir sinovial
  • membekalkan pelincir
  • membekalkan kusyen antara sendi-sendi
3. Memelihara kesihatan tisu penyambung
  • Vitamin C - nutrien penting dalam sintesis kolagen
  • Zink, tembaga dan mangan- kofaktor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan
Ia 100% BEBAS CHONDROITIN! Apa itu chondroitin?

- chondroitin sulfate mengurangkan keberkesanan penyerapan glukosamine
- kebanyakan suplemen di pasaran menggunakan chondroitin sulfate yang diekstrak daripada sumber haiwan (lembu) dan kemungkinan tercemar semasa pemprosesan.
- chondroitin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti perut tak selesa, muntah, loya, gastrik, pedih ulu hati, cirit-birit, dahaga, penyahhidratan, sakit perut angin dan sakit tekak
- chondroitin akan berinteraksi dengan warfarin (ubat pencair darah) lalu menyebabkan lebam dan pendarahan dalaman yang teruk.

AJHT pilihan mereka yang bijak! 

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb Su AnNajah
Fb page: Saya Mahu Sihat
Tahu tak berat badan seseorang tak kira dia kurus atau gemuk bergantung kepada beberapa faktor? Pernah tak tengok dalam satu keluarga semuanya berbadan besar? Pernah tak jumpa dia sorang je selim sedangkan ahli keluarganya yang lain semuanya bertubuh besar? Pernah kan..

Faktor Genetik

Faktor genetik memainkan peranan yang sangat besar terhadap berat badan kita. Ia bukan daripada mak ayah kita sahaja malah dari moyang-moyang kita terdahulu. DNA diwariskan sehingga ke anak cucu cicit ciut cuit dan susur galur lebih dari 7 keturunan.

Apa yang kita warisi? Warna anak mata, jenis rambut, kumpulan darah, bentuk kaki, cara berjalan segalanya sehingga ke cara bagaimana otak kita bekerja serta cara bagaimana lemak disimpan dalam tubuh malah penyakit pun kita warisi!! Haa bab penyakit tu kena hati2 :)



Bagaimana genetik memberi kesan kepada berat badan?

1. Ia mempengaruhi kadar metabolisme basal (iaitu kadar dimana tubuh kita menggunakan tenaga [kalori] semasa rehat). Sesetengah orang dilahirkan dengan kadar metabolisme tinggi berbanding yang lain. Orang yang mempunyai kadar metabolisme tinggi mudah membakar kalori dan sukar menaikkan berat badan.

  • Aktiviti fizikal boleh meninggikan kadar metabolik
  • Diet  sangat rendah kalori akan menurunkan kadar metabolik. Kadar metabolik yang rendah menyebabkan berat badan meningkat kerana tubuh kita tak bakar kalori secara cepat.
2. Signal tubuh
Termasuk ransangan selera dan rasa kenyang atau rasa lapar

3. Penyebaran lemak
  • Sesetengah orang mempunyai kaki yang slim, manakala sesetengah yang lain mempunyai kaki yang agak berisi. Kita tak boleh ubah dimana tubuh kita menyimpan lemak.
  • Lelaki menyimpan lebih lemak di bahagian perut semakin mereka berusia manakala wanita menyimpan lemak di bahagian punggung dan paha.
Faktor Nutrisi

Apa yang kita makan juga memberi kesan kepada berat badan kita. Purata hidangan harian kita mengandungi tinggi kalori, terlalu banyak lemak tepu, kolesterol, protein haiwan, garam serta gula.

Agak sukar memilih makanan yang sesuai kerana:
  • faktor emosi
  • mudah akses kepada fast food
  • tak cukup masa - jadual makan tidak teratur, skip meals
  • tertipu dengan label. contohnya makanan yang "bebas kolesterol" mempunyai tinggi kalori dan lemak
Faktor Aktiviti Fizikal

Berapa banyak kita bergerak juga menjadi faktor penting yang memberi kesan kepada berat badan. Orang yang sentiasa aktif dan banyak bergerak, kurang duduk, rajin bersenam mampu mengekalkan berat badan sihat.

1. Aktiviti secara tetap akan buat kita jadi 'fit'. Bila kita dah fit, kita akan lebih sihat dan bertenaga. Bila kita fit, kita akan bakar lebih banyak kalori walaupun semasa kita sedang rehat.

2. Walaupun jika kita mempunyai berat badan berlebihan atau obese, tubuh yang 'fit' secara fizikal akan beri kesihatan yang baik kepada organ dan akan menurunkan risiko terkena serangan jantung, darah tinggi, diabetes dan sesetengah kanser. Jika kita ada penyakit itu sekalipun, kecergasan fizikal akan buat kita rasa lebih baik :)

3. Bersenamlah secara sederhana atau berbincang dengan doktor atau pakar senaman untuk sesi latihan yang sesuai dengan anda.



Kesimpulannya, walaupun kita dari keturunan mana pun, menjaga berat badan bukan satu pilihan tetapi mesti dilakukan supaya kita sentiasa cergas, sihat walafiat dan terhindar dari penyakit berkaitan berat badan berlebihan!

Mahu lebih tips dan panduan? Mahu suplemen untuk kecergasan dan mengawal berat badan?

Hubungi :
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
emel butik.annajah@gmail.com
fb Su AnNajah

Kenapa Saya Gemuk??

by on Ogos 14, 2013
Tahu tak berat badan seseorang tak kira dia kurus atau gemuk bergantung kepada beberapa faktor? Pernah tak tengok dalam satu keluarga semuan...