Enter Keyword

PIL PERANCANG DAN PENYUSUAN BAYI

Ada orang tanya,

"Saya ambil perancang, ada apa-apa kesan tak kepada bayi? Dan bolehkah saya makan supplemen semasa mengambil pil perancang? Supplemen apakah yang terbaik untuk saya amalkan?"

Sebenarnya terdapat dua jenis pil perancang iaitu satu yg mengandungi progestin dan estrogen, dan satu lagi pil yang mengandungi progestin atau progesteron. Pil perancang yang  mengandungi estrogen tidak sesuai untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu badan.

Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan kepada penghasilan susu badan. Namun, sebahagian HORMON SINTETIK tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak membawa kesan yang buruk kepada bayi, InsyaAllah.. (Sanggupkah kita beri anak hormon sintetik?? erkk!!)

Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang akan menurunkan tahap simpanan vitamin C dalam tubuh kita sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang.

Pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan penurunan aras pyridoksin (Vitamin B6) dan vitamin E di dalam darah. Oleh itu, supplemen tambahan seperti Vitamin B kompleks, Vitamin C dan Vitamin E sangat membantu.

Terdapat sebahagian wanita yang tidak selesa pada payudara semasa mengambil pil perancang. Ibu boleh mencuba GLA Complex Shaklee yang kaya dengan Omega-6. Asid lemak Omega-6 ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Jadi, sebagai ibu yang menyusukan bayi, kita harus tahu sama ada pil perancang yg kita makan ibu bagus untuk bayi atau tidak, dan kita juga boleh malah sangat digalakkan makan supplemen walaupun sedang mengambil pil perancang.

Untuk dapatkan vitamin semulajadi anda, hubungi : Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan