Enter Keyword

BAGAIMANA NAK KURUS TANPA SUPLEMEN

Ok, hari ni nak bagi free tips tentang bagaimana nak kurus dengan free, tanpa keluarkan apa2 modal membeli suplemen. Eh boleh ke nak kurus tanpa suplemen? Sangat boleh sebab suplemen hanya membantu mencukupkan keperluan nutrisi dan membantu mengurus diet anda, tetapi pokok pangkalnya ia bergantung kepada anda juga... kalau beli suplemen harga rm1000 tapi malas nak jaga makan, bersenam dan sebagai nya, jangan salahkan suplemen jika berat naik semula..sendiri mau ingat la kan!

Lagipun sekarang ni banyak sangat scammer product yg mana bila makan suplemen 5 hari dah kurus! nonsense! Kevin Zahri pun bagi tempoh turun berat badan sebanyak 5 kilo je dalam masa 5 minggu okey! jangan terjebak dengan product scammer, duit melayang, badan makin tembam!
(Nak makan sangat pilih Shaklee ihiks ;)

No.1 : Perlahan-lahan
Tukar hidangan atau menu harian anda, tapi secara perlahan. Contohnya pagi kita biasa makan nasi lemak sebungkus, air nescafe; tukar kepada jus buah oren atau strawberi atau sebagainya. Nak best lagi minum jus dulu sebelum menyantap nasi lemak.

Tambah produk tenusu dalam bekal makan tengah hari anda. Contoh nasi + sayur lebih+ lauk + susu kocak atau soya.

Tetapkan satu hari dalam seminggu untuk makan ikan sahaja.

Brunch: makan snek berkhasiat seperti kekacang atau bijirin gandum kurang manis.

No.2: Air kosong
Sangat penting untuk kurus! Cukupkan 8 gelas sehari. Caranya; segelas sebelum gosok gigi, kemudian bahagikan 1 gelas setiap jam. Jika anda peminat tegar air soda, tambah sedikit minuman tersebut dalam air kosong anda.

No.3: Warna warni!
Warna warni buah dan sayur ada makna dan khasiat tersendiri..Semasa shopping cukupkan 4 atau 5 warna sayur/buah yg berbeza.

Tetapkan 1 warna 1 hari. Contohnya isnin merah, dengan epal, carrot atau strawberi, selasa unggu untuk terung dan anggur, rabu kuning untuk jagung dan pisang dan seterusnya.

No.4 : Kurangkan mengunyah!
Memang ada orang yg tak boleh diam asyik nak mengunyah je. Caranya kunyah gula-gula getah tanpa gula dalam mulut. Kira berapa keping makanan dan berhenti serta merta setelah sampai kepingan ke 10! Atau boleh juga sibukkan tangan pegang air atau benda2 bukan makanan.

No. 5: Tetapkan pendirian
Dapatkan sokongan ahli keluarga atau rakan, berkongsi idea dan rancangan anda untuk aktiviti 'projek kurus' anda. Tinggalkan semua godaan dan kegemaran seperti minuman soda, airkrim, kentang goreng, burger, makanan segera, dan makanan yang tidak sihat. Lakukan aktiviti sosial yang tidak melibatkan makanan.

No.6: Bergerak!!
Berjalan kaki 30 minit setiap hari pada kebanyakan hari. Parking kereta jauh-jauh, guna tangga bukan lif.

Ambil ujian seperti pemeriksaan kolesterol, prostat, pap smear, jantung dan sebagainya untuk memantau tahap kesihatan anda.

Rehat secukupnya! Tidur membantu mengecas semula tenaga tubuh dan jiwa, kekalkan kesihatan dan menangani tekanan.

Jika anda mahukan bantuan suplemen Shaklee, jangan teragak2 agak menghubungi saya! Kami ada set kurus yang hebat ;)

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
page: Saya Mahu Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan