Enter Keyword

RAHIM LEMAH PUNCA KEGUGURAN???

Assalamualaikum, salam bahagia..

"Saya merupakan ibu kepada anak yang berusia 10 bulan. Dia dilahirkan secara ceasarean. Baru-baru ini saya mengalami keguguran ketika kandungan berusia 8 minggu. Apakah punca keguguran itu? Adakah ia disebabkan rahim saya yang lemah?"

Ikuti apa kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, CAMC.

"Kes ini adalah keguguran peringkat awal (janin kurang 13 minggu) dan bukanlah disebabkan oleh faktor rahim yang lemah. Ada beberapa sebab keguguran, antaranya;

1. Masalah Janin
Kebanyakan masalah keguguran adalah disebabkan janin tidak membesar dan berkembang dengan normal di dalam kandungan. Biasanya disebabkan kromosom bayi yang tidak normal. Masalah ini tiada kaitan dengan ibu bapanya.

2. Masalah Ibu
Jika ibu berusia 35 tahun keatas, di dapati risiko keguguran seperti ini lebih kerap berlaku. Jika ibu mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan penyakit tiroid, ia boleh menyebabkan keguguran. Masalah keguguran boleh meningkat bagi wanita yang sering merokok minum alkohol dan mengambil dadah.

Kajian juga menunjukkan keguguran boleh berlaku tanpa sebab yang ketara. Seramai 50% wanita yang mengalami keguguran di dapati sihat dan tidak mempunyai apa-apa risiko di atas. Oleh itu tidak perlu risau untuk mengandung semula dan melahirkan bayi yang sihat. :)

Artikel ini dipetik daripada Majalah Pa&Ma.

Semoga menghilangkan kegusaran anda. :))

**Dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan harga istimewa dengan mebuat pembelian dari blog ini ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan