Enter Keyword

Vitamin Untuk Kesuburan Lelaki Dan Wanita

Assalamualaikum, salam bahagia..

Kita semua tahu bahawa vitamin dan sumber nya adalah bagus untuk kita. Dan kita juga harus tahu bahawa vitamin juga boleh membantu dalam meningkatkan kesuburan. Jom baca bagaimana caranya kita boleh meningkatkan kesuburan dengan mengamalkan pengambilan vitamin, dan vitamin apa yang paling sesuai. ;)


1. Vitamin C
Lelaki harus  cuba mencukupkan keperluan vitamin harian. Kekurangan vitamin C pada lelaki boleh membawa kepada 'agglutination of sperm' di mana suatu keadaan sel sperma berkelompok2/ berkumpul dan memperlahankan atau mencegah pergerakan dan kemajuan maksimum sel sperma.
Perokok menurunkan sangat banyak jumlah vitamin C dalam tubuh!

Wanita pula tidak boleh mengambil dos vitamin C yang berlebihan kerana ia boleh mengeringkan cecair servikal dan menghalang sperma sampai kepada telur.
Awas kepada wanita yang terlalu obses kepada kecantikan dan mengabaikan dos sepatutnya yang telah di cadangkan.

2. Selenium
Bagi lelaki, diet yang kurang selenium boleh membawa kepada ketidaksuburan. Selenium berfungsi untuk mencegah oksidasi sel sperma dan membantu mengekalkan sel sperma yang berkualiti. Sumber terbaik selenium ialah daging merah, hati ayam dan makanan laut.

3. Vitamin E
Vitamin E jika di ambil dalam dos yang sepatutnya boleh menjadi sangat baik untuk kesuburan dan reproduktif. Vitamin E memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan sel sperma. Diet yang kurang vitamin E boleh membawa kepada kekurangan penghasilan sperma. Paras vitamin E yang rendah juga boleh membawa kepada kejatuhan hormon berkaitan seksualiti dan enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.

Vitamin E boleh di ambil oleh kedua-dua lelaki dan wanita mengikut dos yang sesuai.

4. Vitamin B
Folic asid dalam vitamin B membantu dalam kesuburan wanita, dan begitu juga dengan lelaki. Folic asid diperlukan untuk mempertingkatkan kualiti dan kepekatan sperma. Folic asid boleh dijumpai dalam  sayuran berdaun hijau, brokoli, asparagus, oatmeal dan sebagainya.

Vitamin B6 pula sangat penting kepada wanita dengan mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron. Vitamin B dipercayai membantu mengurangkan hormon estrogen dan meningkatkan penghasilan hormon progesteron semasa fasa luteal (dalam kitar haid).

sumber: www.ehow.com

SET KESUBURAN SHAKLEE


Set asas kesuburan  ini sesuai untuk lelaki dan wanita dan ia mengandungi ketiga2 vitamin diatas. Vitamin E yang lengkap dengan selenium, vitamin B kompleks yang lengkap dengan asid folic dan B6, serta Vitamin C yang lengkap dengan bioflavonoid.

Jikan anda ingin meningkatkan peluang untuk hamil, kami menawarkan beberapa lagi vitamin yg elok untuk di amalkan. KLIK SINI UNTUK BACA

Ingin memiliki set asas ini? Hubungi saya tanpa ragu2. Konsultasi berterusan selama anda menjadi pelanggan kami..

InsyaAllah kami akan membantu..

Suhaila 013-2369434
fb: Su Annajah
fb page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan