Enter Keyword

PANDUAN MENINGKATKAN BERAT BADAN DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum, salam bahagia..

Menjadi kurus idaman semua orang, tetapi menjadi gemuk mungkin idaman sesetengah orang. Mungkin tak ada orang yang nak jadi terlalu gemuk tetapi cukuplah mendapat berat badan yang ideal daripada di panggil "si kurus kerempeng", "tulang", "tiang elektrik bergerak" dan sebagainya..

orang kurus juga PERLU bersenam untuk membina otot

Mengikut takrif Wikipedia, "underweight" di takrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan biasanya mempunyai body mass index (BMI) di bawah 18.5 atau berat badan 15-20% lebih rendah berdasarkan umur dan ketinggian.

Penyebab
Seseorang berkemungkinan menjadi sangat kurus disebabkan oleh faktor:
  • genetik
  • metabolisme
  • kurang makanan berkhasiat
  • keadaan perubatan termasuk hipertiroidisme, kanser, tuberculosis
  • bermasalah hati atau gastrointestinal (susah untuk menyerap nutrien)
  • masalah aneroksia nervosa atau bulimia
  • kanser, penyakit berjangkit seperti AIDS, penyakit buah pinggang
  • tekanan
  • alkoholisme
Masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku terhadap orang yang sangat kurus ialah:
  1. stamina fizikal yang lemah
  2. lemah sistem imun
  3. mudah mendapat jangkitan
  4. amenorrhea (menstruasi tidak hadir)
  5. ketidak suburan
  6. masalah ketika hamil
  7. anemia
  8. keguguran rambut
  9. osteoporosis
5 perkara yang perlu di amalkan:

1. Pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
- boleh makan lebih banyak jika anda sedang berselera, jika tidak mempunyai masa, gantikan dengan pengambilan susu atau makanan berkhasiat.

2. Kira tiap suapan

3. Pengambilan makanan yang bekalkan tenaga
-termasuk makanan kaya protein dan tenaga seperti daging, ayam, ikan, telur, susu, keju, yogurt, kastard, kekacang

4. Minum minuman berprotein tinggi
- seeloknya selepas makan seperti jus buah-buahan, susu dan yogurt

5. Menikmati pelbagai makanan
-supaya anda tidak hilang selera atau berasa jemu
-makan bersama2 keluarga atau rakan2 ialah waktu yg menyeronokkan

Makanan yang boleh meningkatkan berat badan terbahagi kepada dua:

1. Nasi, bijirin dan alternatif
-seperti nasi, bubur, mi, capati, kentang, oat, biskut, roti, kraker
-boleh dihidangkan bersama2 makanan kegemaran seperti jem, kaya, madu, susu, di goreng, mentega, krim atau coklat.

2. Daging dan alternatif
-ayam, ikan, telur, tauhu, kekacang, produk tenusu, susu kocak, keju
- boleh di ambil bersama2 buah-buahan, sandwich, dan sebagainya.

Shaklee mempunyai beberapa jenis vitamin dan makanan segera yang sesuai di amalkan untuk mereka yang ingin meningkatkan berat badan di samping ingin menjaga kesihatan secara lebih menyeluruh.

Set Kesihatan Optima

Mealshakes Shaklee
Bagaimana vitamin2 ini dapat membantu?
Untuk menaikkan berat badan, kita perlukan banyak protein di samping zat2 yang lain supaya apabila berat badan meningkat, kesihatan turut sama meningkat dan jadi lebih baik.

Kita tak mahulah apabila kita sudah mencapai berat badan yang diinginkan, penyakit lain pula mula menyusul akibat kekurangan nutrisi lain seperti vitamin, garam dan mineral yg juga sangat penting dalam diet seharian.

SET OPTIMA (SET A) 
Vita-lea: multivitamin terbaik yg kaya nutrisi, penambah tenaga, kecergasan tubuh, metabolisme, keupayaan produktif, melindungi organ dan proses pembesaran.

Vitamin B complex: juga baik untuk tenaga, kesihatan saraf, membantu tumbesaran, memperbaiki kulit, mata, pembentukan sel darah merah, meransang sirkulasi tubuh, meredakan alahan.

Vitamin C: Baik untuk kolesterol dan tekanan darah, meransang kolagen,  mengukuhkan sistem imun, mencantikkan kulit, memerangi kanser.

MEAL SHAKES
Nutrisi lengkap tinggi protein yang sesuai untuk semua peringkat umur, membantu tumbesaran tulang dan otak, sebagai antioksidan melawan radikal bebas. Sesuai sebagai makanan segera juga bagi kanak-kanak yang cerewet, org dewasa yang kurang selera makan dan kekurangan nutrisi.

Alhamdulillah, ramai yang berjaya menaikkan berat badan termasuk juga kanak-kanak yang sangat memilih, terlalu kurus, tidak cukup berat.

Nanti sy akan kongsikan testimonial mereka yang telah berjaya menaikkan berat badan dengan mengamalkan nutrisi Shaklee.. Untuk anda yang mempunyai anak yang terlalu kurus, terlalu memilih jom baca pengalaman mereka. Testimoni Meal Shakes

Ingin tahu bagaimana aturan makan yang betul vitamin2 tersebut? InsyaAllah anda akan di beri panduan yang mudah dan menyeronokkan.

Hubungi saya untuk pertanyaan/ order/ konsultasi berterusan ;)
Suhaila 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
facebook page: Saya Mahu Sihat
personal fb: Su Annajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan