Enter Keyword

KESAN MAKAN CILI SECARA BERLEBIHAN

Assalamualaikum, salam sihat semua..

Sebagai rakyat Malaysia, memang tak boleh lari daripada makanan pedas. Ibarat kalau tak pedas sesuatu masakan itu memang tak sedap. Saya adalah seorang penggemar makanan pedas. Begitu juga anda kan?

Adakah anda tahu bahawa pengambilan cili berlebihan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan?


Pakar gastroenterologist dari India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas atau cili secara berlebihan boleh menyebabkan:

Peningkatan asid perut
Rasa pedas cili pada makanan pedas itu sebenarnya berasal daripada kombinasi asam. Jika masuk ke dalam sistem pencernaan, di mana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi,maka asam dalam makanan pedas akan menambah jumlah asid di dalam perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus menerus akan mencestuskan gangguan lambung akut di kawasan lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, cirit-birit dan sakit kepala.

Keradangan
Hal ini berlanjutan daripada gangguan lambung akut yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuatkan nanah muncul dan keluar daripada luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas akan menyebabkan suhu tubuh meningkat dan mengeluarkan peluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas hendaklah di kurangkan kepada 2-3 kali seminggu.

Untuk menurunkan kadar keasidan dalam perut, minumlah susu dan air kelapa muda berterusan akan menghindarkan anda dari gangguan pencernaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan