Enter Keyword

TOKSIN: JANGAN FIKIR KITA SELAMAT

TAHUKAH ANDA??

Manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak dilahirkan. Manakala secara purata, bayi yang baru dilahirkan pula terdedah kepada lebih daripada 200 toksin, kimia dan industri dalam badan yang dipindah melalui tali pusat ibu.


Tanda -Tanda Tubuh Anda Ada Lebihan Toksin
1. Keletihan
2. Masalah penghadaman
3. Alahan
4. Selulit
5. Masalah berat badan
6. Kanser
7. Masalah reproduksi
8. Penyakit jantung
9. Asthma
10. Alzheimer
11. Penuaan pra masa (jeragat, jerawat, kulit berkedut sebelum masanya)

   Penyakit biasa yang kita hadapi seperti demam, adalah salah satu cara tubuh menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan.

   Kita tidak boleh untuk mengelak sepenuhnya dari agen-agen yang menyebabkan toksin kerana ia terdapat dimana-mana termasuk udara, air, makanan dan boleh jadi dari tubuh kita sendiri.

Bagaimana toksin disingkarkan?
   Toksin disingkirkan melalui pelbagai bentuk iaitu najis, peluh, air kencing, air mata, minyak muka dan sebagainya. Namun itu tidaklah bermakna proses detoks sudah sempurna. Ia hanya sebahagian kecil cara penyingkiran toksin tubuh.

   Sungguhpun begitu, organ utama yang menjadi sasaran dalam program pembersihan toksik yang efektif masih lagi usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi). Hampir semua penyakit degeneratif (penyakit keturunan) dapat dihubungkan dengan faktor toksin dalam saluran usus (intestinal toxemia).

   Bagaimana? Ini kerana setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, darah pula mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus.

   Ini bermakna toksin yang berada di usus juga turut ikut beredar bersama-sama aliran darah sampai ke sel-sel diseluruh penjuru tubuh. Toksin-toksin inilah yang menyumbangkan terjadinya berbagai kondisi penyakit kronik dan akut.

   Begitu juga menurunnya tahap tenaga dan penuaan sebelum waktunya. Oleh itu tidak ada cara lain yang lebih baik selain anda menyokong proses semulajadi detoksifikasi anda itu bagi mengelakkan anda mendapat penyakit.

Faktor Menyebabkan Lebihan Toksin Dalam Tubuh.
   Sedar atau tidak, kadangkala kita ibarat 'meracun diri sendiri'. Benarkah? Jom kita selongkar..

1. Pemakanan tidak seimbang dan makan mengikut nafsu
   Ramai diantara kita yang amat menggemari makanan segera. Tidak dinafikan ianya memang enak dan sedap, namun kita tidak pernah ambil peduli tentang racun tersembunyi yang terdapat di dalamnya seperti bahan pewarna, perasa dan pengawet, tinggi kandungan gula dan garam dan sebagainya lagi. Apa yang penting adalah nikmat makanan itu.

   Begitu juga dengan sayuran dan buah-buahan yang kita beli di pasar atau pasaraya. Sejauh mana kita pasti ia selamat dan bebas racun serangga, pestisid dan sebagainya? Saya teringat kata-kata pensyarah saya semasa di UM dulu, beliau lebih rela memakan sayur yang berlubang-lubang dimakan ulat kerana sayur yang cantik sudah tentu disembur racun serangga ke atasnya.

2. Pencemaran alam sekitar
   Selain itu faktor pencemaran udara, tanah, air yang datang dari asap-asap kenderaan, kilang bahkan penggunaan alat penjagaan diri juga mengandungi berjuta-juta bahan kimia yang boleh memudaratkan tubuh. Ikan di laut belum tentu selamat, sayuran dari tanah juga begitu. Pencuci muka yang kita guna setiap hari? Adakah jaminan ia selamat untuk kesihatan? Tidak kan?

3. Amalan gaya hidup tidak sihat
   Amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, tidak aktif, minum alkohol akan menjejas dan memburukkan lagi keadaan kesihatan. Seorang perokok contohnya akan membakar lebih 300 jenis bahan kimia berbahaya dan lebih 20 peratus bahan kimia yang lain akan menyebabkan individu itu mengidap kanser perut, usus, mulut, serviks dan payudara!

   Alkohol pula akan menyebabkan hati anda terpaksa bekerja keras selama beberapa jam untuk 'menaturalkan' toksin daripada arak yang diminum. Sekiranya toksin ini sudah tidak dapat lagi disingkirkan, ia menyebabkan tekanan darah meningkat sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung dan boleh mati bila-bila masa.

4. Tekanan
   Tekanan biasa berlaku terhadap individu yang mengalami masalah berkaitan kerjaya, keluarga, kewangan mahupun perhubungan.

   Secara saintifiknya, tekanan akan meransang hormon-hormon stress yang menjejaskan kesihatan tubuh dan menyebabkan bukan sahaja mental terganggu bahkan akan meransang tubuh menjadi letih lesu dan memudahkan pelbagai penyakit menyerang.

Detoksifikasi/ Nyahtoksin

Kenapa perlu detoks?
1. Untuk mengelakkan penyakit berbahaya
2. Untuk cantik , berseri dan awet muda
3. Untuk mendapatkan kesihatan optima dan menyeluruh
4. Untuk menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, mengekalkan tenaga
5. Untuk kekal positif, ceria, bersemangat

Cara Nyahtoksin Berkesan
1. Mengambil buah-buahan dan sayuran organik
   Tumbuhan organik ialah tumbuhan yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Tumbuhan seperti ubi kentang, lobak, keladi yang di tanam di dalam tanah mempunyai daya serapan bahan kimia yang tinggi, jadi anda harus mengelakkannya walaupun ia sihat. Tumbuhan organik agak mahal berbanding yang ditanam secara biasa.

2. Mengurangkan dos bahan kimia
   Caranya: basuh dengan cara yang betul, rendam dalam air garam selama beberapa minit.
                  mengupas terlebih dahulu kulit buah-buahan tersebut.

3. Puasa
   Puasa adalah anti-toksin terbaik dan saya akan bincangkannya dalam entri yang lain.

4. Mengambil suplemen
   Banyak suplemen yang dijual di pasaran boleh membantu anda untuk detoks dan saya mencadangkan agar anda memilih yang semulajadi, selamat serta berkesan seperti produk dari Shaklee.

Detoks Cara Shaklee
Detoks sangat perlu lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Sebelum seseorang itu mengambil apa-apa vitamin atau suplemen, dia mestilah menyingkirkan toksin berlebihan daripada badan supaya nutrien daripada suplemen/vitamin atau diet harian lebih mudah diserap oleh badan.

Herb-lax
   Suplemen yang berfungsi untuk mencuci usus. Sesiapa boleh amalkan, kecuali ibu mengandung perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu menyusu boleh amalkan pada hujung minggu (3-4biji). Kesan optimum, makan sebelum tidur dan minum sekurang-kurangnya satu liter air.

Alfalfa Complex

   Suplemen detoks yang agak lembut. Ibu menyusu boleh amalkan setiap hari, cuma perlu awasi keadaan kesihatan anak anda. Juga mengandungi 300mg kalsium.

DTX Complex
   Oleh kerana hati adalah salah satu organ yang paling teruk terjejas akibat kesan toksik dalam tubuh terutamanya bagi peminum alkohol, suplemen ini menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
**meminum minuman alkohol dan memabukkan adalah HARAM bagi umat Islam


Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, dan konsultasi anda boleh hubungi saya Su (013-2369434) atau emel ke butik.annajah@gmail.com atau ke facebook.com/su.annajah


Sumber: Majalah i-SIHAT edisi Julai 2012
              Dr. Wan Himratul Azliza Wan Harun (Tropicana)
              Dr. Haizal Harun (Tropicana)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan