Enter Keyword

PUASA: ANTI-TOKSIN TERBAIK!

Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Ramadhan tinggal lagi 10 hari (saat entri ini ditulis). Sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk menikmati hikmah berpuasa yang Allah berikan untuk hambanya yang ikhlas dan sabar.


   Di sebalik menahan lapar dan dahaga, serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, terselindung 1001 hikmah disebalik ibadah berpuasa yang diperintahkan. Antaranya, kegembiraan sewaktu berbuka, ibadah solat terawih yang hanya di khususkan semasa Ramadhan, pahala berganda untuk orang yang membaca Al-Quran, kegembiraan di Aidilfitri, serta hikmah 'mencuci usus' setelah setahun menikmati makanan tanpa menghiraukan kandungan toksinnya.

   Menarik bukan? Ya, ibadah puasa adalah proses detoks atau nyahtoksin yang paling mujarab untuk diamalkan terutamanya oleh mereka yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Sebab itu sesiapa jua jangan lepaskan peluang berpuasa ini kerana disamping beroleh pahala, kita juga boleh kekal sihat dengan menyingkirkan toksin sepanjang hari.

Bagaimana?

   Ketika berpuasa, kita memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri yang telah terjejas akibat dari pertambahan beban makanan sepanjang tahun kecuali bulan puasa.

    Dengan berpuasa juga, semua sumbatan yang menghalang laluan oksigen dan nutrisi ini akan disingkirkan dan kesannya tubuh bertenaga walaupun anda berpuasa dalam masa yang sama proses penggunaan lemak tersimpan juga berlaku manakala selebihnya disingkirkan dari tubuh. Kelebihan ini juga mengelakkan masalah obesiti, peningkatan kolesterol, dan memudahkan penyingkiran bahan toksik di dalam tubuh.

   Selain itu, detoks di bulan puasa boleh merawat  gejala 'keracunan'. Seperti diketahui, puasa adalah agen anti-toksin yang kuat. Paling penting puasa di anggap sebagai ubat merawat toksin tanpa kesan sampingan (adverse effect) kerana ia sangat semulajadi.

Awasi beberapa perkara semasa berpuasa
1. Jangan memilih makanan berbuka yang boleh kembali meracuni tubuh. Kawal nafsu dan selera walaupun anda penat berpuasa dan teringin mengambil sesuatu yang anda idamkan semasa berbuka.

2. Jangan makan berlebihan, dan makan apabila perlu sahaja.

3. Pilih sumber yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan tubuh.

4. Pilih makanan yang boleh melancarkan proses detoksifikasi agar kebaikan puasa terus dinikmati.

5. Awasilah perbuatan dan perkataan anda semasa berpuasa yang boleh mencemari kesucian Ramadhan.

Berapa lama tempoh berpuasa untuk detoksifikasi
Tidak ada tempoh masa yang khusus kerana setiap orang mempunyai tahap detoks yang berbeza. Namun tubuh sebenarnya mampu berpuasa selama 30-40 hari setahun. Puasa dua kali seminggu baik untuk tubuh.

Perubahan semasa proses detoksifikasi
Proses pengeluaran racun dari tubuh pada awalnya terasa sedikit membebankan kerana penyingkiran toksik memerlukan waktu. Sungguhpun begitu, masa yang diperlukan oleh setiap individu juga berbeza dan hasilnya lebih tahan lama.

Dalam terapi pengubatan semulajadi, reaksi tubuh seperti ini disebut sebagai healing crisis. Bentuk dan manifestasinya berbeza-beza contohnya warna air kencing berubah menjadi lebih keruh, kentut dengan bau sangat busuk, pening, mual, nyeri sendi/otot, batuk, demam, selesema, dan sebagainya.

Untuk mengatasi reaksi tubuh terhadap proses detoksifikasi, lakukanlah hal berikut:-

  • istirehat di tempat sejuk dan memiliki peredaran udara yang baik
  • tidak berpanas dibawah terik matahari
  • tidak melakukan aktiviti yang menghabiskan tenaga
  • banyakkan minum air putih dan jus buah segar semasa berbuka (berbuka hingga sahur)
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"- Al-Baqarah:183


Sumber: i-SIHAT Julai 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan