Enter Keyword

HIKMAH BERPUASA DARI SUDUT KESIHATAN



  • Membantu detoksifikasi dan mencerdaskan semula organ-organ utama seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah pinggang
  • Puasa mencegah dan merawat kesan radikal bebas serta menangani penyakit yang berpunca daripada nutrisi berlebihan
  • Air kencing dan najis orang berpuasa mengandungi toksik organophosphate. Ini membuktikan puasa membantu detoksifikasi
  • Bagi orang berpuasa, kekurangan pengambilan makanan menyebabkan metabolisme dan bekalan tenaga menurun. Bagi memenuhi keperluan tenaga, badan melakukan autolisis (pemecahan sel). Sel lemak paling berkesan membekalkan tenaga maka sel lemak dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak mengandungi toksik seperti DDT. Apabila sel pecah, toksik dikeluarkan daripada tubuh.
  • Kajian mendapati puasa mendatangkan manfaat kepada kesihatan apabila ia dilakukan dengan semangat yang utuh iaitu berpuasa dengan ikhlas dan mengawal makan minum dengan baik
  • Puasa dapat mengawal nafsu primitif termasuk perkara yang dihalalkan seperti makan minum dan hubungan suami isteri
  • Puasa dapat meningkatkan rasa belas terhadap orang miskin
  • Puasa dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana kita meniru atau mengikut sifat-sifatNya yang tidak makan dan tidak minum. Ini bertujuan untuk kita sentiasa mencintaiNya dan makin dekat denganNya. Jika anda belum merasainya, maka perelokkanlah puasa anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan