Assalamualaikum, salam sejahtera...

Hmm pernahkah anda rasa sakit2 badan, mengantuk, sakit kepala, tumbuh jerawat, kerap buang air, sembelit, atau tiba-tiba berasa kuat makan setelah mengambil makanan tambahan? Tahukah anda bahawa itu adalah simptom krisis penyembuhan?

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah tindak balas tubuh setelah anda mengambil makanan tertentu atau lebih tepat lagi makanan tambahan terutama vitamin dan mineral semulajadi seperti Shaklee. Ini bukanlah petanda buruk malah ia adalah petanda bahawa suplemen tersebut berkesan, cepat menyerap ke dalam sistem dan tubuh anda memberi tindak balas positif terhadapnya.

Bagaimana?
Tindak balas ini berlaku apabila tubuh kita yang  sudah terbiasa dengan tabiat pemakanan kita tiba-tiba diberi makanan atau suplemen berkhasiat yang sama sekali berbeza dengan khasiat sebelumnya. Tubuh yang diberi suplemen berkhasiat kemudian akan bertindak balas melalui satu jangka masa tertentu. Tubuh anda akan mula menyesuaikan diri dengan khasiat suplemen yang anda ambil tadi. Tindak balas yang berlaku ini dinamakan krisis penyembuhan.

Sewaktu jangka masa penyesuaian tersebut, kelihatan tubuh anda seperti didatangi penyakit malah ada juga penyakit2 yang pernah dilalui dulu muncul kembali. Biasanya ini akan terjadi beberapa hari, dan tubuh yang lemah atau lebih banyak kandungan toksin akan mengambil waktu yg agak lama untuk pulih.

Kenapa krisis penyembuhan boleh berlaku?
Ini sebenarnya disebabkan oleh toksin dan radikal bebas yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama- sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress, diet tak seimbang kurang tidur, antibiotik, ubat-ubatan, radiasi elektromagnet.

Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu2 detoksifikasi ini, kemungkinan anda dihinggapi 'sakit-sakit' sudah tentu ada. Simptomnya mungkin berbeza bagi setiap individu dan tempohnya di antara 1 hingga 2 minggu,

Semasa krisis pemulihan ini berlaku, minumlah banyak air (sekurang-kurangnya 3L), rehat secukupnya dan makanlah lebih sayur dan buah-buahan.

Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Antara contoh simptom pemulihan dan organ yang terlibat
Mata merah, gatal- tanda toksin tinggi di jantung, menandakan jantung dalam proses megawal selia

Selesema dan demam- proses detok oleh tekak, keasidan yang tinggi dalam tubuh

Bibir kering dan pecah- tahap toksin tinggi dalam perut

Nafas berbau- mengawal selia perut untuk detoksifikasi

Jerawat- Stress utk jangka masa panjang, tidur lewat, diet tidak betul, dan malnutrisi. Menandakan proses detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin yg mengawal selia

Rambut gugur- fungsi ginjal lemah

Pening- mengawal selia anemia atau tekanan darah tak stabil

Kencing keruh, kuning-  normal apabila memulakan dietary suplemen. tubuh sedang mengalami penyesuaian dan mengawal selia. Mesti minum banyak air

Sembelit- pengeluaran toksin dari usus kecil

Kentut- mengawal selia sistem pencernaan dan simptom peningkatan bakteria yg mesra

Oleh yg demikian, janganlah anda risau dan khuatir jika menghadapi simptom2 penyesuaian tersebut. Ini menandakan yang tubuh anda sedang bekerja keras untuk memperbaiki dirinya semula.

Teruskan mengambil suplemen tersebut kerana jika anda berhenti di tengah jalan dan mengambilnya semula, proses penyesuaian tersebut akan berulang semula.

**Pastikan anda minum banyak air supaya nutrien dapat diserap dengan sempurna dan proses detoksifikasi berjalan dengan lancar.




Assalamualaikum, salam sejahtera..

Lagi sekali topik kecantikan menjadi tajuk entri. Obses sangatkah saya dengan kecantikan? Adalah sikit..hehe.. sebenarnya saya nk ceritakan tentang GLA Complex dari Shaklee yang sangat ada kena mengena dengan kecantikan, kesuburan dan kesihatan wanita.

Pernahkah anda dengar tentang EPO? Sejujurnya saya tak pernah. Hasil dari pembacaan barulah saya tahu bahawa EPO itu memberi banyak manfaat dalam kecantikan dan kesihatan wanita. Antaranya untuk menstabilkan hormon, melancarkan darah, membantu wanita dalam masalah PMS dan sakit sendi.
evening primrose

Apakah sebenarnya EPO? EPO adalah singkatan daripada Evening Primrose Oil iaitu minyak daripada ekstrak tumbuhan evening primrose. Biji benih EPO yang matang mengandungi 7-10% GLA, iaitu gamma linolenik asid yang sangat penting dalam mengatasi masalah2 kewanitaan. GLA juga terkandung dalam tumbuhan Borage yang telah digunakan sebagai bahan utama dalam suplemen GLA Shaklee yang semestinya lebih baik dari EPO!!

Kenapa Shaklee menggunakan Borage Oil?
Borage oil yang diekstrak dari bunga borage mengandungi 25% GLA; iaitu lebih tinggi dari EPO dan biji benih black currant. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.Kajian klinikal melaporkan bahawa minyak borage ini mengandungi anti-inflammatory dan anti-thrombotic effect yg sangat penting untuk mencegah mana2 anti-inflammatory disorder, atritis, ekzema, dan respiration inflammatory.
bunga borage

GLA Shaklee mengandungi Vitamin E dan asid lemak Omega-6 dari ekstrak biji benih bunga matahari yg sangat bagus untuk saraf, kulit dan kesihatan.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dan memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Fungsi utama GLA Complex Shaklee

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan (bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak)
  • melegakan sindrom PMS
  • membantu menangani menopaus
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu menangani ekzema
  • melegakan simptom akibat reumatoid atritis
  • vitamin E menguatkan dinding arteri
  • menguatkan imuniti tubuh
  • memperlahankan proses penuaan
  • mengurangkan blood-clot yg boleh sebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolesterol
  • meningkatkan kesihatan saraf
  • memperbaiki penumpuan kanak-kanak autisme dan hiperaktif
So, bagi anda yang masih tercari2 suplemen banyak fungsi dalam 1, bolehlah mencuba GLA Complex dari Shaklee.

Jom kita tengok apa kata mereka yang sudah mengamalkannya.


GLA bukan hanya untuk wanita malah baik untuk kesihatan lelaki, remaja, dewasa malah kanak-kanak.

Hubungi saya Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com untuk pembelian dan konsultasi istimewa.

Credit to: Mama Aiman

"Hai manusia, makanlah apa2 yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" Al-Baqarah:168

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Ramai yang tahu bahawa kicap, tauhu, tempe, adalah berasal dari soya. Tetapi sejauh mana kita tahu khasiatnya?

Sejarah soya
Kacang soya adalah bahan makanan yg sering di ambil sejak dulu lagi. Ia ditemui atau berasal dari Manchuria (china) dan Jepun. Pada abad ke-18 orang Eropah mula mengenali kacang istimewa ini. Seabad kemudian, petani Amerika mula menanam bijirin ini yang khusus untuk dijadikan bahan makanan ternakan.

Seiring dengan perkembangan teknologi makanan, saintis menemui cara menikmati kacang soya ini dalam pelbagai bentu citarasa. dan sejak itu kacang soya dijadikan pelbagai produk makanan seperti minyak masak, makanan tambahan dan air yang di tinkan.

Mengapa soya digemari ramai?
1. Fitrah manusia, makanan berkhasiat selalu mendapat permintaan tinggi. kacang soya popular kerana disebabkan kandungan khasiat yg sukar di dapati pada sumber makanan lain.

2. Kandungan protein kacang soya dua kali ganda dari protein yg terdapat dalam daging lembu. Ini menjadikan kacang soya sebagai sumber protein yg sangat diperlukan khusunya bagi pengamal vegeterian

3. Kadar lemak kacang soya juga relatif lebih rendah jika dibandingkan dengan bhn makanan yg berasal dari sumber haiwan.

4. Kacang soya kaya dengan vitamin A dan B kompleks yg diperlukan tubuh. 

Soya dan anak autisme
Kacang soya sering dijadikan makanan potensi bagi anak-anak autisme. Ini kerana kacang soya tidak mengandungi asid amino kasein(protein utama susu lembu). Kasein akan menjadi pemacu alergi bagi kanak-kanak autisme.

Kasein yg ada dalam susu lembu agak sukar dicerna sepenuhnya. Walaupun kasein yg anak anda ambil dapat dicerna, selalunya akan ada sedikit serpihan asid amino yg disebut peptida yg tinggal dan ia boleh memasuki pembuluh darah. Bila ia menembusi pembuluh darah ia akan mengalir ke blood brain barrier (saluran darah otak) dan masuk ke otak.

Peptida di otak akan berubah menjadi kaseomorpin yang dapat mengacau fungsi sistem saraf pusat. Ini mengakibatkan beberapa fungsi seperti persepsi (penerimaan), kognitif, emosi juga perilaku anak boleh terpengaruh.

Namun begitu tidak semua kanak-kanak bakal mengalami masalah ini. Hanya bagi sebilangan kanak-kanak autisme dikhuatiri akan muncul.

Selain susu kacang soya, tepung kacang soya baik untuk anak autisme yg umunya alergi terhadap gluten (protein gandum). Gluten juga sukar dicerna dan jika memasuki saluran darah otak, gluteomorpin dapat mengganggu sistem saraf pusat.

Tahukah anda???
Lesitin (komponen asid lemak)
-dapat mencegah penumpuan lemak berlebihan dalam tubuh. Dengan demikian, kolesterol jahat dalam tubuh dikenali sebagai LDL (low density lipoprotein) boleh dibuang dan dikurangkan.
-ia juga menyihatkan jantung kerana ia mencegah terjadinya aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah) serta menurunkan risiko terjadinya penyakit jantung koronari.

Isoflavon
-dapat menurunkan risiko terjadinya osteoporosis (pereputan tulang)
-juga disebut sebagai fitoestrogen yang mengandungi zat mirip hormon estrogen. Menjelang menopos, hormon estrogen pada wanita makin menipis, maka risiko osteoporosis makin meningkat.
-kacang soya dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan proses penurunan kalsium pada wanita yang lanjut usia sehingga risiko osteoporosis dapat dikurangkan.

Saponin dan lignin
-Zat saponin (sejenis fitokimia) dan lignin (bahan polimer) dalam kacang soya dipercayai dapat bertindak sebagai antioksidan yang membersihkan radikal bebas sehingga membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan jaringan proteinnya.
-bersama kandungan seratnya, antioksidan dapat mengurangkan risiko barah prostat dan usus besar untuk lelaki.

Sumber: Pa&Ma (Sept 2005)

RAHSIA SOYA...

by on Julai 26, 2012
"Hai manusia, makanlah apa2 yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu mu...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Macam syahdu je tajuk ye? Haha..Sesungguhnya tidak ada kena mengena dengan kesyahduan. Hari ni semangat berkobar-kobar. Seorang kawan merangkap pelanggan saya memberi feedback yang baik tentang set 3M yang beliau amalkan sejak lebih kurang hampir sebulan yang lalu. Jom saya ceritakan kisah beliau.

Lebih kurang 2 atau 3 bulan sebelum tarikh hari ini..lupe plak bila tarikh sebenar, beliau ada bertanyakan tentang alfalfa. Ye, alfalfa boleh membantu untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu namun ia perlu di iringi oleh vitamin2 yang lain. Supaya tubuh kita tidak berasa stress dan mood kita sentiasa baik. Namun beliau hanya ambil alfalfa saja..

Beberapa lama kemudian, beliau terbaca tentang testimoni beberapa pelanggan Shaklee lain yang mengambil set menyusu berserta ESP. Lalu beliau menghubungi saya. Dengan senang hati saya menceritakan kepada beliau bahawa set menyusu ini terbahagi kepada beberapa jenis.

  1. Set B - mengandungi set asas seperti Vitalea, B complex, Vita C dan Alfalfa
  2. Set E- Set B+ Ostematrix
  3. Set Eu 4 pack- mengandungi Set B (tanpa Alfalfa)+ Ostematrix + ESP 
  4. Set 3M- lengkap dari Set B+ Ostemarix+ESP.
Siapa yang perlu mengambil set2 tersebut? 
SET B

Set B 
- mereka yang tiada sebarang masalah menyusukan dan tidak berhajat untuk mengumpulkan stok. Vitamin2 hanya membantu tubuh menghasilkan susu yang lebih berkhasiat dan juga membantu kesihatan ibu secara menyeluruh.


SET E

Set E
-ibu yang ada kekangan untuk mendapatkan kalsium dalam diet harian. Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D
-ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS



SET EU 4 PACK

Set Eu 4 Pack dan Set 3M
-Ibu yg ada masalah penyusuan, ibu mula nak menyimpan stok, ibu yg mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yg sedang induce laktasi.
-ibu bermasalah penyusuan jika hanya mendapat sgt sedikit susu selepas dua jam pengepaman, dan ibu yg telah cukup minum 3L air sehari.

Kawan saya tadi mengambil set 3M!!
Alhamdulillah, dengan izin Allah yang memberi rezeki, beliau dapat mengumpul stok sejak sebelum puasa lagi.

Menariknya, beliau bukan saja dapat mengumpul stok, malah kulit semakin baik, alergik hilang dan baby beliau turut mendapat manfaatnya.

"susu memang banyak, sempatlah bety dapat buat stok seminggu sebelum puasa. sekarang tak risau lagi..
pastu tumit merekah ada perubahan, dah sembuh..luka gatal2 pun cepat kering dan lg 1..boleh makan seefood..tanpa rasa gatal2 lagi..kulit nampak macam lembap means tak kering terutama kat siku pastu bety campur sikit ESP tu dalam susu anak..Alhamdulillah..alergik gatal2 tu dah mula kering..mmg dah x tahu nak sapu ubat ape lagi kan..jadi bety try esp tu..ok ade perubahan..
ESP untuk baby sikit je stgh sudu pun x sampai..sb kalo letak banyak anak bleh rasa susu yang diminum tu rasa lain..pastu anak mintak susu lain..sbb cakap tu bukan susu dia..hahaha..

semalam minum ESP..tp letak 1 sudu je..mmg bulan pose semalam mencabar..susu still banyak tapi stamina down giler...pg td upkan lg ESP jadi 1 sudu membukit dan setengah...stamina ok..jadi aktif plak...setakat ni dah 2x pam susu..semuanya penuh... :)) sukee sgt..."

Begitulah kata-kata Baiti yang sangat berpuas hati. beliau juga dapat menjalani ibadah puasa dengan bersemangat dan bertenaga kerana ESP mempunyai indeks glisemik rendah yang melepaskan gula perlahan-lahan ke dalam tubuh, dan anda akan rasa bertenaga dalam masa yang agak lama.

Anda bagaimana? Dapatkan manfaat set 3M di bulan Ramadhan ini..Ia bukan hanya untuk ibu menyusu malah sesiapa saja kerana Vitamin2 yang terdapat di dalam set ini mempunyai fungsi yang cukup banyak. 

Pertanyaan/ maklumat lanjut/ konsultasi/ tempahan boleh hubungi Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com
Jom tonton video bagaimana ibu menyusu bekerjaya menangani masalah penyusuan!



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Tahukah anda?
Diketahui bahawa 85% wanita menderita osteoporosis selepas 10 tahun mengalami menopos!

   Gejala osteoporosis hanya muncul setelah usia lanjut. Namun tidak mustahil ada di kalangan wanita dewasa berusia awal 30an sudah mengalami gejala osteoporosis. Pencegahan osteoporosis perlu dilakukan sejak anda masih bergelar zigot. Sebab itu ibu hamil digalakkan mengambil kalsium yang mencukupi supaya pertumbuhan tulang janin menjadi sempurna.

   Penurunan paras hormon estrogen terutama selepas menopos akan mengganggu proses pembentukan tulang yang dimulai dengan kehilangan mineral tulang. Jika tiada langkah pencegahan, masalah ini akan berlanjutan sehinggalah timbul keadaan di mana tulang anda akan mereput dan akhirnya patah.

  Walaupun rakyat Malaysia sedar akan risiko osteoporosis yang bakal dialami, namun mereka masih memandang rendah kepentingan penjagaan kesihatan tulang dan tidak mengendahkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit ini. Berikut adalah langkah2 yang boleh anda lakukan

1. Ambil kalsium
- minum 4 gelas susu setiap hari (ketika hamil atau tidak) dapat membantu memadatkan tulang
-ambil juga makanan tinggi kalsium jenis lain seperti produk tenusu, susu soya, ikan salmon bersama tulangnya, brokoli, tempe, tauhu kekacang, ikan bilis dan lain2.
- perlu untuk anda ambil kalsium mencukupi sebelum tercapai tempoh kepadatan tulang maksima iaitu sekitar usia 30 tahun.

2. Sinar matahari
- cahaya matahari terutamanya UVB membantu tubuh menghasilkan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan kalsium berkesan.
- dedahkan diri di bawah matahari pagi sebelum jam 9 pagi dan selepas jam 4 petang

3. Senaman beban
- bersenam menggunakan beban seperti dumbel dan seumpamanya atau gunakan beban sendiri seperti berjalan dan menaiki tangga sekurang-kurang 3 kali seminggu mampu mencegah osteoporosis.

4. Gaya hidup sihat
- jauhilah rokok, arak kerana ia memang terbukti meningkatkan osteoporosis
- kurangkan minuman bersoda dan berkafein

5. Elak ubat tertentu
- hindarilah ubat-ubatan dalam golongan kortikosteroid kerana ia boleh mengganggu proses penyerapan kalsium, antaranya ubat anti kejang dan steroid. Jika tiada alternatif, pastikan pengambilannya dipantau oleh doktor.

6. Pemeriksaan tulang
- lakukan pemeriksaan tulang secara teratur (dianjurkan 6 bukan sekali)

7. Suplemen
- biarpun mengambil pelbagai jenis makanan yang mengandungi kalsium setiap hari, namun cara makanan itu dimasak mungkin merosakkan kandungan kalsium di dalamnya.
- pengambilan suplemen adalah sangat diperlukan

Kenali PENCURI Kalsium!!
  • Kurang Vitamin D- vitamin D amat penting untuk penyerapan kalsium dalam usus
  • Sodium- pola makanan tinggi sodium meningkatkan kehilangan kalsium dan mineral lain
  • Ubat- ubat asma dan jantung antara yang mengganggu penyerapan kalsium
  • Gaya hidup tak aktif- kurang olahraga/ banyak duduk berisiko kehilangan kalsium dari tulang
  • Gaya hidup tak sihat- rokok, kafein, soda, ganggu penyerapan kalsium ; alkohol merosakkan jisim tulang sehingga berisiko mematahkannya
**sumber: Majalah Pa&Ma (edisi Mac 2009)

OsteMatrix Shaklee
Ostematrix membekalkan:
1000mg kalsium daripada sumber2 berkepekatan tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium
(kalsium, magnesium dan vitamin D menepati 100% Pengambilan Harian)

Terbukti secara klinikal!
Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dan paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam.

 Antara fungsi: 
-membina tulang dan gigi yang kuat
-mengekalkan tekanan darah normal
-membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf
-membantu mengurangkan simptom2 sengugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Kekalkan kesihatan tulang sejak dari awal supaya risiko osteoporosis dapat dikurangkan. Jika anda jenis yg susah minum susu ataupun pengambilan susu hanya segelas sehari, pastikan anda turut mengambil suplemen kalsium tambahan agar keperluan hariannya mencukupi.

Hubungi saya Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com untuk dapatkan sebotol Ostematrix anda!!

7 LANGKAH CEGAH OSTEOPOROSIS

by on Julai 24, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahukah anda? Diketahui bahawa 85% wanita menderita osteoporosis selepas 10 tahun mengalami menopos! ...


  • Membantu detoksifikasi dan mencerdaskan semula organ-organ utama seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah pinggang
  • Puasa mencegah dan merawat kesan radikal bebas serta menangani penyakit yang berpunca daripada nutrisi berlebihan
  • Air kencing dan najis orang berpuasa mengandungi toksik organophosphate. Ini membuktikan puasa membantu detoksifikasi
  • Bagi orang berpuasa, kekurangan pengambilan makanan menyebabkan metabolisme dan bekalan tenaga menurun. Bagi memenuhi keperluan tenaga, badan melakukan autolisis (pemecahan sel). Sel lemak paling berkesan membekalkan tenaga maka sel lemak dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak mengandungi toksik seperti DDT. Apabila sel pecah, toksik dikeluarkan daripada tubuh.
  • Kajian mendapati puasa mendatangkan manfaat kepada kesihatan apabila ia dilakukan dengan semangat yang utuh iaitu berpuasa dengan ikhlas dan mengawal makan minum dengan baik
  • Puasa dapat mengawal nafsu primitif termasuk perkara yang dihalalkan seperti makan minum dan hubungan suami isteri
  • Puasa dapat meningkatkan rasa belas terhadap orang miskin
  • Puasa dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana kita meniru atau mengikut sifat-sifatNya yang tidak makan dan tidak minum. Ini bertujuan untuk kita sentiasa mencintaiNya dan makin dekat denganNya. Jika anda belum merasainya, maka perelokkanlah puasa anda.
Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengharapkan kehadiran seorang cahaya mata. Ada pasangan yang sudah bertahun berkahwin namun masih belum di anugerahkan anak. Ada pula yang gagal hamil untuk mendapat zuriat kedua, ketiga atau seterusnya. Kenapa ini berlaku? Adakah kesukaran mendapat zuriat disebabkan masalah kesuburan? Atau mungkin juga  kesilapan pemakanan?
 MY PRECIOUS!!

Punca-punca menyebabkan sukar hamil
Hasil carian di internet,berikut saya senaraikan antara punca seseorang itu sukar untuk hamil.

  1. ketidakseimbangan hormon akibat gaya hidup, pemakanan dan penggunaan bahan kimia dalam kosmetik dan penjagaan diri yang mematikan sel perembesan hormon endokrin
  2. penyakit dalam faraj, dalam rahim, dalam saluran tiub Fallopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih)
  3. haid tidak teratur dan pendarahan tidak normal
  4. faktor usia
  5. suami yang mati pucuk / kualiti dan kuantiti sperma yang rendah
  6. berat badan berlebihan atau terlalu kurang
  7. keguguran 3 kali berturut-turut
  8. suami atau isteri merokok atau mengambil minuman beralkohol
  9. tekanan dalam bentuk fizikal dan mental yg akan mengganggu penghasilan hormon
  10. mengamalkan ubat-ubatan
  11. PCOS (polycystic ovarian syndrom)- juga diwarisi secara genetik. **rujuk portal alam hamil
  12. endometriosis
  13. gangguan makhluk halus/ sihir
Faktor pemakanan sebabkan sukar hamil **dr website emjayjb
  1. Minuman bergas seperti coca-cola dan pepsi cola
  2. makan junk food
  3. segala jeruk (termasuk yang kering dan basah)
  4. makanan fast food
  5. burger dan nugget
  6. jambu batu
Bagaimana meningkatkan kesuburan?
Setelah mendapatkan rawatan kesuburan dari hospital dan pengamal perubatan Islam yang bertauliah namun anda masih sukar hamil, apa kata tingkatkan pengambilan makanan berkhasiat setiap hari. Caranya bukan susah, anda perlu sediakan masa cuma kurang 5 minit setiap hari dengan mengamalkan suplemen dari SHAKLEE.

Apa yang SHAKLEE ada?
GLA (gamma linolenik acid) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk prostaglandin- bahan berkesan berupa hormon yang membantu tubuh mengawal atur proses badan yang normal. Sangat membantu dalam mengurangkan simptom pra haid seperti sengugut dan simptom menopos, meningkatkan penghasilan mukus serviks yang berkualiti dan membantu sperma hidup dalam tiub fallopio wanita sehingga 5 hari. Membantu menstabilkan kitaran haid dan menyokong sistem imun.

Vitalea-mengandungi 19 vitamin dan mineral untuk nutrisi tubuh
Vitamin C- meningkatkan imuniti badan
Vitamin B kompleks- membantu dalam kesihatan saraf dan fungsi otak
Vitamin E- menyuburkan sel2 dan organ reproduksi lelaki dan wanita


Vitamin E- berfungsi untuk kesihatan dalaman wanita dan lelaki dan juga penting untuk hubungan intim suami isteri
Ostematrix- sumber kalsium yang membantu mengekalkan tekanan darah normal, membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
Ostematrix sangat membantu simptom2 pra-haid pada wanita seperti perut kembung, kekejangan, retensi air , mudah meradang dan kemurungan



Zink penting untuk meningkatkan kesuburan kerana bagi wanita, zink membantu melawan bakteria dalam vagina dan melindungi sperma. Bagi lelaki pula, zink penting untuk pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga agar sperma lebih aktif bergerak menuju sel telur. Zink juga berperanan dalam proses pembentukan genetik iaitu pada DNA.

Jangan tunggu sahaja tanpa sebarang usaha!
Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.**dari portal alam hamil

InsyaAllah, dengan usaha berterusan, tanpa putus asa dan tanpa mengabaikan hubungan anda dengan Yang Maha Pencipta, memiliki zuriat yang comel bukan lagi satu proses yang sukar.

Saya bersedia untuk membantu anda! Alhamdulillah, ramai yang berjaya. Jom sama-sama melakarkan kisah kejayaan anda mendapatkan zuriat dengan Shaklee...

Hubungi saya (SU 013-2369434) atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com. Konsultasi cara pengambilan sudah tentu percuma!

**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Tajuk entry yang ada kaitan dengan saya sekarang! Apa kaitannya? Hehe..saya sudah hampir 3 minggu mengamalkan pengambilan B complex setiap pagi. B complex termasuk dalam set kecantikan yang sedang saya amalkan sekarang. Saya mula perasan yg sejak dua menjak ini mood saya lain macam. Apa yang lain macam nye? hehe rasa happy yg tiba2. serius!! sambil mengadap Fb, saya boleh rasa mood sy bahagia je.. Saya lebih positif. Kat Fb ni kan kadang kita jumpa banyak status2 beraura negatif, tp peliknya ia sedikitpun x menganggu saya.

Apa kaitan mood postif, happy, ceria dengan B complex ni ye? Setelah saya kaji dan baca, inilah hasilnya..

Vitamin2 B adalah sekumpulan vitamin larut air yg memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Kenapa dinamakan B kompleks? Ini kerana saintis telah menemui kepelbagaian bentuk struktur kimia vitamin-vitamin ini dalam sumber makanan. Oleh itu, suplemen yang mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B ini dikenali sebagai B kompleks. Secara spesifiknya, nama vitamin B tersebut ialah B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12, dan setiap satunya pula mempunyai nama lain yang sepadan dengan fungsinya.

Jenis-jenis vitamin B, fungsi dan kesan kekurangannya.
1. Vitamin B1 (Thiamine)
Fungsi:

  • Sejenis antioksida yang melindungi tubuh dari kesan kemerosotan akibat penuaan, pengambilan alkohol dan merokok
  • mengoptimakan fungsi otak dan kognitif
  • meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sistem peredaran darah
Kesan kekurangan
  • penyakit beri-beri dengan simptom hilang berat, gangguan emosi, lemah dan sakit di bahagian anggota badan, tempoh rentak jantung tidak normal, edema, dan boleh membawa kepada kegagalan jantung.
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Fungsi
  • mencegah dan merawat katarak
  • penting untuk penghasilan dan pertumbuhan sel darah merah
  • menolong metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • mengurangkan kelemumur
Kesan kekurangan
  • menyebabkan penyakit ariboflavinosis dengan simptom bibir merekah, sensitif terhadap cahaya matahari, pembengkakan di kawasan lidah (glossitis), pharingitis (sakit tekak) dan penyakit yang berkaitan dengan mulut dan tekak.
3. Vitamin B3 (Niacin)
Fungsi
  • membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperbaiki peredarannya
  • memacu memori (meningkatkan daya ingatan)
  • membantu fungsi sistem saraf dan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
Kesan kekurangan
  • pellagra. Simptom termasuk agresif, insomnia, dermatitis, lemah, kecelaruan mental, dan cirit birit.
4. Vitamin B5 (Pantothenic acid)
Fungsi
  • menambah stamina, membantu mencegah anemia
  • peranan dalam penghasilan hormon adrenal dan penghasilan antibodi
  • membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein menjadi tenaga
  • sangat membantu mengawal tekanan dan rasa cemas
Kesan kekurangan
  • kekurangan boleh membawa kepada acne dan parestecia
5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Fungsi
  • terlibat dalam lebih banyak fungsi berbanding nutrien yang lain
  • diperlukan untuk fungsi normal otak, fungsi sistem imun dan penghasilan antibodi
  • membantu imuniti terhadap kanser dan membantu mencegah arteriosclerosis
  • membantu merawat alergy, ashtma dan artritis
Kesan kekurangan
  • boleh membawa kepada mycrotic anemia 
  • depresi
  • dermatitis
  • hipertensi
  • retensi air (edema)
6. Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi
  • diperlukan untuk rambut dan kulit
  • membantu pertumbuhan sel dan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak
  • membantu dalam kesihatan kelenjar peluh, sum sum tulang dan tisu saraf
Kesan kekurangan
  • kegagalan saraf pada bayi
  • kesilapan metabolisme semulajadi
7. Vitamin B9 (Folic acid)
Fungsi
  • penting dalam pembentukan sistem saraf tunjang yang sempurna
  • kekurangan dalam ibu hamil boleh membawa ke pada kecacatan bayi termasuk otak.
8. Vitamin B12 (Cobalamin)
Fungsi
  • aktif dalam perlindungan sistem saraf
  • mencegah penyakit Parkinson dan juga mengurangkan progresnya jika anda pengidap Parkinson
  • penting dalam kesihatan kardiovaskular
  • membantu mengawal pembentukan sel darah merah
  • membantu dalam pengambilan zat besi bagi mencegah anemia
Kesan kekurangan
  • anemia, hilang daya ingatan dan kurang fungsi kognitif
  • biasa terjadi pada orang berusia kerana penyerapan usus lemah seiring usia
  • penyakit auto imun dengam simptom kegilaan dan psikosis
  • paralysis namun jarang berlaku
Setelah diteliti, vitamin B kompleks banyak dikaitkan dengan kesihatan saraf tunjang termasuk otak, sistem darah, sistem saraf, pertumbuhan sel, kesihatan mental, penghasilan tenaga dan pengurusan tekanan.

Jadi, jika anda mengalami 'bad mood', stress, hilang daya tumpuan, susah fokus, mudah marah, sering bertindak agresif, kemungkinan besar anda sebenarnya kekurangan B kompleks dalam tubuh.

Sumber B kompleks
-Kekacang, hati, tuna, pisang, oats, kentang, avocado, salmon, cili, bayam, telur, bijirin gandum penuh, dan sebagainya.

B Complex Shaklee

Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • B Compleks Shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal dan masalah kecacatan saraf tunjang
Vitamin semulajadi yang dijamin selamat, berkesan dan Halal.

Saya sendiri telah merasa kebaikannya. Jom jadi orang yang lebih ceria, bertenaga, semangat dan positif setiap hari!!

Feel free to contact me Su- 013-2369434, email butik.annajah@gmail.com.

Salam ceria!!




Assalamualaikum, salam sejahtera..

Lagi 3 hari menjelang Ramadhan. Tak sabar nk puasa kan? Proses wajib detoksifikasi..Hari ni nk cerita tentang ESP.

Saya sangat2 admire ngan ESP ni..hasil dari pembacaan dan pengalaman customer, ESP terbaik dalam semua keadaan sama ada kita dalam keadaan sihat atau sakit.

Jika sihat, ESP boleh jadi suplemen protein yang hebat, jika sakit ia boleh jadi suplemen untuk baikpulih tubuh. Cuba anda tgk dalam set cadangan kesihatan http://www.ilhamfamilysihat.blogspot.com/p/set-cadangan-kesihatan.html , ESP boleh diambil dalam semua keadaan/masalah kesihatan anda.

Dalam entry yg lepas, saya ada tulis tentang kesan kekurangan protein terhadap tubuh. Ya, tubuh kita memerlukan karbohidrat, protein, vitamin, garam dan mineral untuk kekal berfungsi dengan baik. Protein umpamanya sangat diperlukan untuk pembinaan sel-sel baru termasuk organ terbesar iaitu kulit, kuku, rambut, dan juga sel-sel dalaman tubuh termasuk otot. Jadi, jika wajah kusam atau kulit kasar, badan cepat penat, kemungkinan besar kita mengalami kekurangan protein.


Apa itu ESP?
ESP adalah singkatan kepada Energizing Soy Protein, merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan soya secara semulajadi. Oleh itu, ia rendah lemak, bebas kolesterol, dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Fakta tentang ESP yang anda perlu tahu!

  1. membekalkan 14gram protein soya sihat, 500 mg kalsium dan semua asid amino perlu termasuk 9 asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  2. mengekalkan tenaga berjam-jam selepas diminum
  3. membantu mengekalkan kepejalan otot
  4. mempunyai nilai glisemik rendah dengan melepaskan gula secara perlahan ke dalam sistem darah. Oleh itu ia amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangka masa panjang.
  5. AIR digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan daidzein juga menyediakan anda dengan kebaikan keseluruhan soya.
  6. Non-GMO (tidak diubah suai secara genetik) untuk memastikan khasiat, kesegaran, ketulenan dan kebersihannya.
  7. membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal, menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
  8. Dijamin HALAL. Tanpa laktos, kolesterol dan bebas kafein.
Baca tentang tips memilih soya yg baik? KLIK SINI 

Jadi, anda boleh dapatkan ESP secara berasingan ATAU di dalam set pilihan anda.

Bagaimana ESP boleh membantu anda?
Nak sihat? ESP sumber protein terbaik yang membantu dalan kesihatan secara keseluruhan
Nak kurus? ESP mengekalkan dengan nilai glisemik rendah membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh lama
Nak cantik? ESP sumber protein untuk mencantikkan kulit, rambut, kuku, dan otot
Nak menyusu? ESP membantu menambah penghasilan susu badan dengan berkesan
Nak segar? ESP membantu anda mengatasi rasa letih, dah penat dengan membekalkan tenaga
Nak puasa? ESP kekalkan tenaga berjam-jam hingga waktu berbuka
Nak berpantang? ESP membantu baikpulih sel-sel dalaman dan sembuh dengan cepat

Apa kata mereka?
Testimonial 1
 Testimoni 2
 Testimoni 3
Ramai lagi yang telah berpuas hati dengan kesan pengambilan dan pengamalan ESP setiap hari.. Mengapa tidak anda??

Jom dapatkan produk paling laris dan hangat ini sekarang!! Hubungi saya Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com. Dapatkan juga konsultasi dan cara pengambilan yang sangat sedap dan lazat.

Soy Isolate Powder (ESP) Shaklee

by on Julai 17, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera.. Lagi 3 hari menjelang Ramadhan. Tak sabar nk puasa kan? Proses wajib detoksifikasi..Hari ni nk cerita t...
Assalamualaikum daln salam sejahtera..

   Sudah lebih 2 minggu saya mengamalkan vita-E complex dari Shaklee. Hasilnya setakat ini Alhamdulillah..Ada perubahan pada kulit wajah dan juga rambut. Kenapa saya ambil Vitamin E? Sebenarnya vitamin E ini termasuk dalam set kecantikan. Ia memang sangat bagus untuk kulit dan dikenali sebagai anti oksidan juga anti penuaan yang hebat. Anda nak tahu fungsi vitamin E? Boleh klik dan baca di sini .

  Mari kita berkenalan dengan Vitamin E Shaklee yang membuat saya jatuh cinta dengannya sekarang.
  1. Ia semulajadi, selamat dan HALAL
  2. Vitamin E nya dalam bentuk d-alpha tocopherol concentrate (400 IU) dan mixed tocopherol concentrate
  3. Datang sekali dengan selenium (10mcg) sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.
  4. Fungsi yang pelbagai ---->> baca link di atas
  5. Mudah diserap oleh tubuh berbanding vitamin tiruan / sintetik.
Vitamin  E dan Selenium
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. 
Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 

**dari blog Mama Aiman

Apa itu Selenium?
Selenium adalah unsur surih yang amat penting untuk fungsi system imun. Fungsi semulajadi selenium di dalam tubuh adalah di dalam memudahkan glutanione, satu enzim yg melawan radikal bebas. Selain meningkatkan system imun, selenium menolong meningkatkan elastisiti kulit dengan cara melawan radikal bebas yg boleh merosakkan kolagen kulit. Oleh itu, produk yg mengandungi selenium dipercayai sangat membantu utk melawan n mencegah kanser terutamanya kanser payudara dan kanser prostat.

Vitamin E dan Tocopherol

·       Vitamin  E sebenarnya adalah kombinasi beberapa bentuk berbeza- 4 tocopherol dan 4 tocotrienols. Banyak supplement diet mengandungi alpha tocopherol drpd vitamin E. Gamma tocopherol adalah bentuk utama vitamin E dlm makanan, menentang radikal bebas yg berbeza dlm tubuh drpd alpha tocopherol dan mempunyai kesan anti-imflammatory yg lebih baik. Mixed tocopherol dalam Vitamin E Shaklee adalah kombinasi baik antara lain-lain tocopherol yang wujud dalam alam semulajadi. Adalah penting untuk mengambil vitamin E dengan bentuk yg berbeza ini termasuk aras yg tinggi bg kedua2 jenis tocopherol.
      **sumber : internet

       Vitamin E Shaklee sememangnya mahal berbanding vitamin E lain yang terdapat di pasaran kerana ia lengkap dengan selenium juga tocopherol. Jadi mengapa perlu berkira untuk membayar harga yang sebenarnya sangat berbaloi untuk vitamin semulajadi yang sememangnya mempunyai nilai sangat tinggi untuk kesihatan yang bakal kita miliki.
      Vitamin E SHAKLEE boleh didapati dalam set berikut:
  •     SET D (SET KECANTIKAN/KESUBURAN)
  •     SET KASIH SAYANG
  •     SET UNTUK SUAMI
  •     SET WANITA
  •     SET-SET MENYUSU (DALAM VITALEA)


     Dapatkan Vitamin E lengkap dengan selenium dari saya Su dengan menghubungi no. 013-2369434 atau emel sahaja ke butik.annajah@gmail.com. Harga runcit untuk Vita E Complex (120 biji) adalah RM149.





VITA-E COMPLEX SHAKLEE

by on Julai 15, 2012
Assalamualaikum daln salam sejahtera..    Sudah lebih 2 minggu saya mengamalkan vita-E complex dari Shaklee. Hasilnya setakat ini Alhamdu...

Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Minuman soya amat digemari oleh kebanyakan dari kita. Pasaraya juga menjual pelbagai jenis dan jenama soya juga dengan pelbagai perisa tambahan. Tahukah anda kriteria soya yang bagaimana harus anda pilih untuk diminum? Jangan minum sebarangan soya kerana anda WAJIB tahu protein soya yang bagaimanakan diperlukan oleh tubuh.

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Kini, anda tahu soya yang bagaimanakah boleh diminum supaya khasiat sebenar soya dapat diserap oleh tubuh dan digunakan dengan sebaiknya.

TIPS MEMILIH SUPLEMEN SOY PROTEIN

by on Julai 15, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera..    Minuman soya amat digemari oleh kebanyakan dari kita. Pasaraya juga menjual pelbagai jenis dan jena...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Ramai antara kita tak perasan pun dengan kehadiran vitamin E dalam kehidupan dan kesihatan. Lebih malang kalau tak pernah dengar pun. Saya pun sebelum menyertai Shaklee cuma tau masa sekolah dulu ada belajar dalam subjek sains dan biologi. Tu pun tak berapa nak ambil kisah sangat tentang kepentingan vitamin E ni.

   Tapi, setelah menggali ilmu tentang nutrisi, vitamin, pemakanan dan sebagainya, saya mula faham dan tahu bahawa vitamin E tu sangat penting untuk kesihatan kita. Jom baca fakta tentang Vitamin E yang akan buat anda jatuh cinta..

1. Vitamin E lazim dijumpai di dalam sumber makanan seperti minyak sayur, marjerin, kekacang, bijian, kacang soya, avocado, kuning telur, minyak bunga matahari, sayuran hijau, dan gandum penuh.

2. Ia adalah antioksidan yang berfungsi menghalang radikal bebas dan mencegah kerosakan sel. Secara khususnya ia melindungi sel darah merah.

3. Membantu mengekalkan Vitamin C dan Vitamin A dalam tubuh.

4. Menyokong dalam pembentukan kulit yang sihat dan juga membantu dalam pembentukan sel.

5. Mengurangkan kesan parut dan mengurangkan kesan pembengkakan atau inflamasi.

6. Meningkatkan antibodi tubuh dan memberi faedah kepada individu yang mengidap selesema atau serangan virus.

7. Penting untuk kesihatan kardiovaskular dan kesihatan organ seks yang baik.

8. Memberi kelegaan akibat simptom PMS, simptom menopos, serta kesakitan sendi dan otot.

Vitamin E dan kulit
- Vitamin E meningkatkan sistem imun dengan membantu memusnahkan sel kulit yang rosak dan dengan itu membantu mencegah kanser kulit.

- Sebagai antioksidan, vitamin E melindungi kulit dari sinar UV dan radikal bebas yang dilepaskan dari pencemaran, tekanan dan asap rokok.

-Stratum comeum (lapisan kulit paling atas) terdiri daripada asid lemak, dan Vitamin E memainkan peranan penting dalam melindungi lapisan ini rosak akibat radikal bebas.

- Ia membantu mengurangkan inflamasi, melembut dan melicinkan kulit, membaiki tone kulit, mengurangkan kesan terbakar akibat terdedah di bawah cahaya matahari (sunburn) dan menyokong fungsi penghalang matahari untuk menyerap sinar UV.

- 90% masalah kulit akibat penuaan dipercayai adalah akibat daripada pendedahan yang lama terhadap matahari. Sinar UV akan merosakkan sel DNA dan meningkatkan risiko kanser kulit dan kerosakan sel serta tisu.

Vitamin E dan kesihatan lelaki
Vitamin bukan sahaja baik untuk wanita malah begitu juga dengan lelaki
1. Antioksidan yang melindungi daripada kerosakan sel, mencegah plak terbentuk dalam arteri yang boleh membawa kepada masalah jantung.

2. Radikal bebas boleh merosakkan kulit dan menjadi kanser. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E boleh menyumbang kepada penurunan risiko mengidap kanser prostat.

3. Meningkatkan kesihatan imun bagi lelaki yang berusia lebih 65 tahun. Juga akan mengurangkan jangkitan pernafasan dan selesema.

4. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E mampu mengurangkan risiko mengidap Alzheimer (nyanyuk).

5. Secara ironinya, senaman meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E antioksidan yang sangat melindungi dan boleh mengurangkan kerosakan sel dan meningkatkan fungsi otot dan masa penyembuhan.

6. Diet tinggi vitamin E adalah cara terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Dos yang disyorkan untuk vitamin E adalah 400-800 IU sehari, namun agak sukar dipenuhi kerana sumber makanan yg mengandungi vitamin E biasanya dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Bayangkan anda terpaksa makan 3 paun daun salad untuk melengkapkan nilai harian bagi vitamin E! Sebab itu pakar nutrisi mencadangkan pengambilan suplemen vitamin E atau vitamin E yang telah diperkaya.

FUNGSI VITAMIN E

by on Julai 14, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera..    Ramai antara kita tak perasan pun dengan kehadiran vitamin E dalam kehidupan dan kesihatan. Lebih ma...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Wahh berkobar-kobar nih..hajatnya nk continue cerita psl vitamin E yg tertangguh dan tak sempat publish. Tapi saje nak share since saya sedang mengambil set D iaitu set kecantikan so saya nk bgtau pengalaman saya sendiri.


Saya mula ambil set D ini (yg terdiri daripada sustained release vita C, Vitamin E dan Vitamin B kompleks).

Sebab apa saya amlbil set ni?
Ok, memulanya sebab nak raya! hehe saya nk masa raya nanti jerawat yg ada di muka saya ni x teruk sangat. saya sgt jeles kat mereka2 yg mukanya licin tp guna byk bhn kimia. saya nk tunjuk n buktikan yg saya tak perlu bahan kimia untuk cantik. (^_^)

Sebab no.2, saya bosan dengan muka yg berjerawat ni.. Dulu muka saya susah nk naik jerawat, sejak belajar dekat UM, maybe sebab selalu terdedah dgn pencemaran, matahari, radikal bebas, dan sebagainya kulit saya rosak. Jerawat mudah naik nak2 lagi waktu dtg bulan. Kulit pun macam kusam, x berseri, pencuci muka dan krim asik bertukar jenama. Duit habis, jerawat x surut2 pun.

Saya nk menikmati kesihatan sepenuhnya.. vitamin yg terdapat dalam set D ni bukan semata-mata untuk kecantikan sahaja, malah banyak manfaat yang lain seperti yg korang semua baca kat blog ni..boleh search kalau nk tau fungsi setiap vitamin, tp setakat ni entri saya baru tentang vitamin C dan akan datang tentang vitamin E.

Alhamdulillah syukur sangat, sy gembira, suami pun suka, saya tak sabar nak melihat hasil seterusnya nih. Kalau nk lagi best boleh ambil ESP sekali..Saya sedang membuat ujikaji terhadap wajah apa kesan jika kita ambil set asas sahaja. Saya akan kongsi kesan kepada kulit lepas ambil ESP nanti yer..

Sebenarnya, saya sedang berpuasa (puasa ganti x habis2 lagi) jadi saya mungkin kurang minum air putih. So kengkawan kalau nk cuba set ni, jangan lupa minum baaaaaaaanyaaaaakkkkk air tau. 3liter sekurang2nya.. barulah nurient dlm setiap vitamin lebih mudah diserap oleh tubuh.

OKlah..setakat ni saje pengalaman sendiri saya..gambar buat masa ni gambar belum ada, dah bersih licin nanti akan saya kongsikan dengan semua.. ;))

Kepada sesiapa yang nak order set D asas ini atau add on dengan ESP, jangan malu2 sms saya ke 013-2369434 (SU) atau emel je ke butik.annajah@gmail.com


Assalamualaikum, salam sejahtera..

Wah tajuk entry hari ni boleh buat ramai tersenyum lebar kan? Terutamanya wanita macam saya. hehe.. Betul, Allah jadikan wanita cantik dan suka pada kecantikan. Tidak ada wanita yang tak cantik semuanya cantik-cantik belaka..Bukan nak puji diri sendiri, tapi kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.

Saya tidaklah secantik Neelofa..(wink wink) tapi cukup cantik dan 'comel' di mata anak-anak saya..hahaha.. Bak kata Ammar lah anak sulung yang umur 4 tahun.. Budak-budak tak pandai menipu kan? :P

Okeylah, berhenti merepek. Sesiapa pun boleh jadi cantik. Nak kulit gebu? Cerah? Halus? Tegang? Siapa yang tak nak kan? Kalau tak tidaklah pula wanita2 zaman sekarang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kecantikan. Botox lah, cucuk vitamin C lah, mandi bunga, susuk, belum lagi masuk yang sanggup berbomoh bagai. Itu semua tanda-tanda wanita yang obses dengan kecantikan.

Bagi wanita biasa macam saya, tak perlulah menghabiskan duit semata-mata untuk nampak cantik dimata orang lain. Amalkan pemakanan sihat, ambil suplemen, wuduk dan beberapa amalan biasa sudah memadai. Pengambilan suplemen untuk kecantikan jangan diabaikan.

Satu masalah yang membelenggu kebanyakan wanita seperti saya ialah jerawat dan jeragat (tanda2 penuaan sedang berlaku...huhu). Semakin hari, kita terdedah dengan berbagai-bagai ancaman kesihatan dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besarnya. Pencuci muka yang kita pakai, belum tentu selamat, bahan-bahan penjagaan diri yang lain sudah tentu penuh dengan bahan kimia.

Bab makan pula, berapa ramai di kalangan kita mengamalkan pemakanan sihat? Walaupun dia seorang pakar pemakanan belum tentu jaminan dia mengambil makanan seimbang setiap hari. Selalunya kita makan ikut selera dan dalam bahasa agak kasarnya ikut nafsu. Main belasah aje.. Ramadhan akan datang saya percaya nafsu makan kita semakin membuak-buak. (termasuklah saya juga). Sebab itu elakkan kerap pergi ke pasar Ramadhan, selalulah memasak sendiri di rumah dengan bahan-bahan segar yang boleh kita dapati sendiri.

Makanan yang kita makan juga belum tentu selamat sepenuhnya untuk tubuh. Masalah lain ialah 'ketoksikan' yang terhasil daripada makanan terhadap tubuh. Apabila toksin mula berkumpul, masalah seperti jerawat, bisul, kulit berkedut dan tak menegang, kulit kusam, tidak berseri dan sebagainya boleh berlaku.

Selain itu, kita mungkin mengambil 'kurang' zat-zat tertentu dalam diet atau mungkin juga terlebih zat-zat tertentu dalam tubuh. Ini juga boleh menyebabkan masalah kecantikan. Kita selalunya tidak mengambil kisah tentang zat-zat yang terkandung di dalam sesuatu makanan asalkan rasanya sedap dan boleh ditelan, sedangkan zat-zat yang tidak perlu mungkin telah terlebih masuk ke dalam tubuh.

Alam sekitar sekarang sudah tidak sebersih dulu lagi..Pencemaran ada di mana-mana even di dalam rumah kita sendiri.Kita terdedah kepada asap kenderaan, cahaya matahari yang merosakkan kulit, pendingin hawa yang mengeringkan kulit, dan sebagainyalah.

Sebab itu pengambilan suplemen sangat sangat di perlukan. Sebaik memasuki umur 20an, hormon dalam tubuh kita semakin menurun dan pada usia 40 hanya tinggal separuh. Selepas itu masalah fisiologi akan bermula. Siapa yang boleh jamin apabila menginjak usia 40 dia masih kekal cantik? TIADA. Betul semua orang akan tua, TETAPI kalau tua sebelum masanya? Bayangkan seseorang yang berumur 40 tahun tapi nampak macam umur 30 tahun? Mesti semua orang tanya apa rahsianya kan? Bayangkan pula seorang yang berumur 40 tahun tapi nampak macam umur 50 tahun..Anda fikirlah sendiri..

Cuba tanya rahsia artis-artis kita yang usianya lebih 45 tahun tapi masih cantik, segar dan sihat. Okeylah, cuba ketepikan teknologi cucuk-cucuk tu..siapa dalam kepala anda? Tentu ada yang terbayangkan Sarimah, mak Atilia (nama ape lupa plak), Ramlah Ram, dan ramai lagilah. Tentu mereka ada mengamalkan pengambilan makanan tambahan. Tun Mahathir dan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah sendiri mengamalkan suplemen, sebab itu mereka kelihatan agak cergas dan lincah berbanding usia kan?

Vitamin apa yang perlu untuk cantik? YA, soalan yang saya sangat suka.

1. Vitamin C. Sebab ia membantu membina kolagen.

2. Vitamin B-compleks. Sebab ia sangat diperlukan untuk saraf dan mood yang ceria. Tahu tak muka kita ada sangat banyak saraf? Dengan pengambilan B kompleks, insyaAllah seri wajah akan naik.

3. Vitamin E. Sebab ia memang terbukti sangat bagus untuk kulit, memelihara kelembapan kulit, mengurangkan inflamasi juga baik untuk saraf.

4. Protein. Sebab tubuh kita akan menggantikan sel-sel tua dengan sel-sel muda. Jika kurang protein, proses penggantian sel tersebut akan terbantut. Tahukah sel kulit, rambut, kuku semuanya terhasil dari protein?

5. Air kosong. Jangan meremehkan kelebihan air putih. Dengan meminum sekurang-kurangnya 2 liter sehari, ia mampu menyingkirkan toksin dari tubuh kita dan menyerap nutrien dari makanan/vitamin yang kita makan.

Set Kecantikan Shaklee


Cukup lengkap dengan semua yang anda perlukan. Ingat, pengambilan vitamin semulajadi lebih mudah diserap oleh tubuh, dengan itu kecantikan yang anda idamkan kini mungkin bukan lagi mustahil. Saya juga sedang mengamalkan set D ini.. jom sama-sama dengan saya untuk melihat hasilnya di wajah anda :))

Testimonial pengguna 1


Perlukan khidmat konsultasi? Ada pertanyaan? Jangan malu-malu untuk hubungi saya Su (013-2369434) atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com.

Jom cantik dengan cara sihat!!

**produk bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis atau mencegah apa-apa penyakit.


TAK MUSTAHIL BOLEH CANTIK

by on Julai 10, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera.. Wah tajuk entry hari ni boleh buat ramai tersenyum lebar kan? Terutamanya wanita macam saya. hehe.. Bet...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Ramadhan tinggal lagi 10 hari (saat entri ini ditulis). Sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk menikmati hikmah berpuasa yang Allah berikan untuk hambanya yang ikhlas dan sabar.


   Di sebalik menahan lapar dan dahaga, serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, terselindung 1001 hikmah disebalik ibadah berpuasa yang diperintahkan. Antaranya, kegembiraan sewaktu berbuka, ibadah solat terawih yang hanya di khususkan semasa Ramadhan, pahala berganda untuk orang yang membaca Al-Quran, kegembiraan di Aidilfitri, serta hikmah 'mencuci usus' setelah setahun menikmati makanan tanpa menghiraukan kandungan toksinnya.

   Menarik bukan? Ya, ibadah puasa adalah proses detoks atau nyahtoksin yang paling mujarab untuk diamalkan terutamanya oleh mereka yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Sebab itu sesiapa jua jangan lepaskan peluang berpuasa ini kerana disamping beroleh pahala, kita juga boleh kekal sihat dengan menyingkirkan toksin sepanjang hari.

Bagaimana?

   Ketika berpuasa, kita memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri yang telah terjejas akibat dari pertambahan beban makanan sepanjang tahun kecuali bulan puasa.

    Dengan berpuasa juga, semua sumbatan yang menghalang laluan oksigen dan nutrisi ini akan disingkirkan dan kesannya tubuh bertenaga walaupun anda berpuasa dalam masa yang sama proses penggunaan lemak tersimpan juga berlaku manakala selebihnya disingkirkan dari tubuh. Kelebihan ini juga mengelakkan masalah obesiti, peningkatan kolesterol, dan memudahkan penyingkiran bahan toksik di dalam tubuh.

   Selain itu, detoks di bulan puasa boleh merawat  gejala 'keracunan'. Seperti diketahui, puasa adalah agen anti-toksin yang kuat. Paling penting puasa di anggap sebagai ubat merawat toksin tanpa kesan sampingan (adverse effect) kerana ia sangat semulajadi.

Awasi beberapa perkara semasa berpuasa
1. Jangan memilih makanan berbuka yang boleh kembali meracuni tubuh. Kawal nafsu dan selera walaupun anda penat berpuasa dan teringin mengambil sesuatu yang anda idamkan semasa berbuka.

2. Jangan makan berlebihan, dan makan apabila perlu sahaja.

3. Pilih sumber yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan tubuh.

4. Pilih makanan yang boleh melancarkan proses detoksifikasi agar kebaikan puasa terus dinikmati.

5. Awasilah perbuatan dan perkataan anda semasa berpuasa yang boleh mencemari kesucian Ramadhan.

Berapa lama tempoh berpuasa untuk detoksifikasi
Tidak ada tempoh masa yang khusus kerana setiap orang mempunyai tahap detoks yang berbeza. Namun tubuh sebenarnya mampu berpuasa selama 30-40 hari setahun. Puasa dua kali seminggu baik untuk tubuh.

Perubahan semasa proses detoksifikasi
Proses pengeluaran racun dari tubuh pada awalnya terasa sedikit membebankan kerana penyingkiran toksik memerlukan waktu. Sungguhpun begitu, masa yang diperlukan oleh setiap individu juga berbeza dan hasilnya lebih tahan lama.

Dalam terapi pengubatan semulajadi, reaksi tubuh seperti ini disebut sebagai healing crisis. Bentuk dan manifestasinya berbeza-beza contohnya warna air kencing berubah menjadi lebih keruh, kentut dengan bau sangat busuk, pening, mual, nyeri sendi/otot, batuk, demam, selesema, dan sebagainya.

Untuk mengatasi reaksi tubuh terhadap proses detoksifikasi, lakukanlah hal berikut:-

  • istirehat di tempat sejuk dan memiliki peredaran udara yang baik
  • tidak berpanas dibawah terik matahari
  • tidak melakukan aktiviti yang menghabiskan tenaga
  • banyakkan minum air putih dan jus buah segar semasa berbuka (berbuka hingga sahur)
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"- Al-Baqarah:183


Sumber: i-SIHAT Julai 2012.

PUASA: ANTI-TOKSIN TERBAIK!

by on Julai 09, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera..    Ramadhan tinggal lagi 10 hari (saat entri ini ditulis). Sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk meni...
TAHUKAH ANDA??

Manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak dilahirkan. Manakala secara purata, bayi yang baru dilahirkan pula terdedah kepada lebih daripada 200 toksin, kimia dan industri dalam badan yang dipindah melalui tali pusat ibu.


Tanda -Tanda Tubuh Anda Ada Lebihan Toksin
1. Keletihan
2. Masalah penghadaman
3. Alahan
4. Selulit
5. Masalah berat badan
6. Kanser
7. Masalah reproduksi
8. Penyakit jantung
9. Asthma
10. Alzheimer
11. Penuaan pra masa (jeragat, jerawat, kulit berkedut sebelum masanya)

   Penyakit biasa yang kita hadapi seperti demam, adalah salah satu cara tubuh menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan.

   Kita tidak boleh untuk mengelak sepenuhnya dari agen-agen yang menyebabkan toksin kerana ia terdapat dimana-mana termasuk udara, air, makanan dan boleh jadi dari tubuh kita sendiri.

Bagaimana toksin disingkarkan?
   Toksin disingkirkan melalui pelbagai bentuk iaitu najis, peluh, air kencing, air mata, minyak muka dan sebagainya. Namun itu tidaklah bermakna proses detoks sudah sempurna. Ia hanya sebahagian kecil cara penyingkiran toksin tubuh.

   Sungguhpun begitu, organ utama yang menjadi sasaran dalam program pembersihan toksik yang efektif masih lagi usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi). Hampir semua penyakit degeneratif (penyakit keturunan) dapat dihubungkan dengan faktor toksin dalam saluran usus (intestinal toxemia).

   Bagaimana? Ini kerana setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, darah pula mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus.

   Ini bermakna toksin yang berada di usus juga turut ikut beredar bersama-sama aliran darah sampai ke sel-sel diseluruh penjuru tubuh. Toksin-toksin inilah yang menyumbangkan terjadinya berbagai kondisi penyakit kronik dan akut.

   Begitu juga menurunnya tahap tenaga dan penuaan sebelum waktunya. Oleh itu tidak ada cara lain yang lebih baik selain anda menyokong proses semulajadi detoksifikasi anda itu bagi mengelakkan anda mendapat penyakit.

Faktor Menyebabkan Lebihan Toksin Dalam Tubuh.
   Sedar atau tidak, kadangkala kita ibarat 'meracun diri sendiri'. Benarkah? Jom kita selongkar..

1. Pemakanan tidak seimbang dan makan mengikut nafsu
   Ramai diantara kita yang amat menggemari makanan segera. Tidak dinafikan ianya memang enak dan sedap, namun kita tidak pernah ambil peduli tentang racun tersembunyi yang terdapat di dalamnya seperti bahan pewarna, perasa dan pengawet, tinggi kandungan gula dan garam dan sebagainya lagi. Apa yang penting adalah nikmat makanan itu.

   Begitu juga dengan sayuran dan buah-buahan yang kita beli di pasar atau pasaraya. Sejauh mana kita pasti ia selamat dan bebas racun serangga, pestisid dan sebagainya? Saya teringat kata-kata pensyarah saya semasa di UM dulu, beliau lebih rela memakan sayur yang berlubang-lubang dimakan ulat kerana sayur yang cantik sudah tentu disembur racun serangga ke atasnya.

2. Pencemaran alam sekitar
   Selain itu faktor pencemaran udara, tanah, air yang datang dari asap-asap kenderaan, kilang bahkan penggunaan alat penjagaan diri juga mengandungi berjuta-juta bahan kimia yang boleh memudaratkan tubuh. Ikan di laut belum tentu selamat, sayuran dari tanah juga begitu. Pencuci muka yang kita guna setiap hari? Adakah jaminan ia selamat untuk kesihatan? Tidak kan?

3. Amalan gaya hidup tidak sihat
   Amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, tidak aktif, minum alkohol akan menjejas dan memburukkan lagi keadaan kesihatan. Seorang perokok contohnya akan membakar lebih 300 jenis bahan kimia berbahaya dan lebih 20 peratus bahan kimia yang lain akan menyebabkan individu itu mengidap kanser perut, usus, mulut, serviks dan payudara!

   Alkohol pula akan menyebabkan hati anda terpaksa bekerja keras selama beberapa jam untuk 'menaturalkan' toksin daripada arak yang diminum. Sekiranya toksin ini sudah tidak dapat lagi disingkirkan, ia menyebabkan tekanan darah meningkat sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung dan boleh mati bila-bila masa.

4. Tekanan
   Tekanan biasa berlaku terhadap individu yang mengalami masalah berkaitan kerjaya, keluarga, kewangan mahupun perhubungan.

   Secara saintifiknya, tekanan akan meransang hormon-hormon stress yang menjejaskan kesihatan tubuh dan menyebabkan bukan sahaja mental terganggu bahkan akan meransang tubuh menjadi letih lesu dan memudahkan pelbagai penyakit menyerang.

Detoksifikasi/ Nyahtoksin

Kenapa perlu detoks?
1. Untuk mengelakkan penyakit berbahaya
2. Untuk cantik , berseri dan awet muda
3. Untuk mendapatkan kesihatan optima dan menyeluruh
4. Untuk menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, mengekalkan tenaga
5. Untuk kekal positif, ceria, bersemangat

Cara Nyahtoksin Berkesan
1. Mengambil buah-buahan dan sayuran organik
   Tumbuhan organik ialah tumbuhan yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Tumbuhan seperti ubi kentang, lobak, keladi yang di tanam di dalam tanah mempunyai daya serapan bahan kimia yang tinggi, jadi anda harus mengelakkannya walaupun ia sihat. Tumbuhan organik agak mahal berbanding yang ditanam secara biasa.

2. Mengurangkan dos bahan kimia
   Caranya: basuh dengan cara yang betul, rendam dalam air garam selama beberapa minit.
                  mengupas terlebih dahulu kulit buah-buahan tersebut.

3. Puasa
   Puasa adalah anti-toksin terbaik dan saya akan bincangkannya dalam entri yang lain.

4. Mengambil suplemen
   Banyak suplemen yang dijual di pasaran boleh membantu anda untuk detoks dan saya mencadangkan agar anda memilih yang semulajadi, selamat serta berkesan seperti produk dari Shaklee.

Detoks Cara Shaklee
Detoks sangat perlu lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Sebelum seseorang itu mengambil apa-apa vitamin atau suplemen, dia mestilah menyingkirkan toksin berlebihan daripada badan supaya nutrien daripada suplemen/vitamin atau diet harian lebih mudah diserap oleh badan.

Herb-lax
   Suplemen yang berfungsi untuk mencuci usus. Sesiapa boleh amalkan, kecuali ibu mengandung perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu menyusu boleh amalkan pada hujung minggu (3-4biji). Kesan optimum, makan sebelum tidur dan minum sekurang-kurangnya satu liter air.

Alfalfa Complex

   Suplemen detoks yang agak lembut. Ibu menyusu boleh amalkan setiap hari, cuma perlu awasi keadaan kesihatan anak anda. Juga mengandungi 300mg kalsium.

DTX Complex
   Oleh kerana hati adalah salah satu organ yang paling teruk terjejas akibat kesan toksik dalam tubuh terutamanya bagi peminum alkohol, suplemen ini menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
**meminum minuman alkohol dan memabukkan adalah HARAM bagi umat Islam


Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, dan konsultasi anda boleh hubungi saya Su (013-2369434) atau emel ke butik.annajah@gmail.com atau ke facebook.com/su.annajah


Sumber: Majalah i-SIHAT edisi Julai 2012
              Dr. Wan Himratul Azliza Wan Harun (Tropicana)
              Dr. Haizal Harun (Tropicana)

TOKSIN: JANGAN FIKIR KITA SELAMAT

by on Julai 08, 2012
TAHUKAH ANDA?? Manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak dilahirkan. Manakala secara purata, bayi yang baru dilahirkan p...